Sugar Glider: Haiwan Yang Sangat Comel

INFO:


SUGAR GLIDER (Pretaurus Breviceps)
Origin Class : Mammalia
Subclass : Marsupialia
Order : Diprotodontia
Suborder : Phalangerida
Superfamily : Petauroidea
Family : Petauridae



Apa Itu Sugar Glider ?
Sugar Glider adalah haiwan marsupial berasal dari Australia, dan sebahagian daripada Indonesia dan New Guinea. Haiwan ini bukan tergolong dalam spesies tupai terbang, dan diklasifikasikan sebagai haiwan exotik di amerika. Haiwan ini adalah haiwan nocturnal iaitu berjaga dan mencari makanan pada waktu malam hari dan tidur sepanjang siang hari. Haiwan ini jika melahirkan anak, ia akan di jaga dan disusui di dalam kantung perut ibunya sama sebagaimana kanggaru.

Asal Nama SUGAR GLIDER?
Nama Sugar Glider datangnya daripada pemakanan mereka yang gemar makan buah-buahan manis (gula atau madu) dan glider dari tingkah laku mereka yang suka melompat dan menjunam menggunakan membran yang dinamakan patagium.



Jangka Hayat?
Jangka hayat haiwan ini di dalam hutan adalah 4 tahun. Namun kebanyakan sugar glider yang dibela, boleh hidup sehingga mencapai usia 12 ke 15 tahun kerana dijaga cara pemakanan mereka. Jika salah jaga, pendek jugalah.

Pemakanan Sugar Glider 
HPW (High Protein Wambarro) adalah makanan yang paling asas untuk Sugar Glider. Ia juga boleh hidup dengan memakan buah-buahan sepertt epal, pear, jambu, betik, tembikai susu, mangga, dan pelbagai lagi jenis buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, bak choy, sawi, kangkung dan lain2. Selain daripada itu , makanan tambahan juga diperlukan unttk memberikan nutrisi lain seperti kalsium, protein dan vitamin.

Harga Sugar Glider
Harga bagi seekor Sugar Glider ini adalah RM300. Jika ingin membeli Sugar Glider bersama pakej penjagaannya iaitu Pakej Cage + HPW + Honey + Sleeping Pouch & Bondi Pouch pula adalah mencecah sehingga RM530 seekor.



 

Ulat Bulu Berhijrah

Kebiasaanya mat-mat rempit yang berkonvoi. Tetapi kali ini ulat bulu  pula yang berkonvoi. Mari kita saksikan bagaimana rupanya ulat bulu berkonvoi ^_^





Waaaahhhhhhh lurusnya barisan. Kalau lah orang-orang yang konvoi itu barisannya lurus seperti ini, alangkah cantiknya. Gambar ini ditangkap oleh Jamie Rooney di Taman Nasional Kruger yang terkenal di Afirika Selatan. Tahniah kepada ulat bulu kerana berkonvoi dengan kemas

Gagak, Haiwan Yang Bijak Menurut Al-Quran dan Sains?





Burung umumnya tidak dianggap haiwan yang bijak. cuba anda baca dan fahami sebuah ayat dari Al-Quran yang melibatkan burung. Berikut adalah petikan ayat tersebut:

"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah ia orang-orang yang rugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)

Ini memberi petunjuk agar melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. hal ini berkait dengan burung gagak kerana ayat ini jelas menunjukkan burung ini sebagai mentor bagi manusia, dan jelas menunjukkan bahawa manusia terasa "direndahkan" oleh solusi yang ditemui oleh gagak untuk beberapa masalah kritis mereka.

Majalah American Scientific memperlihatkan hasil penelitian para ilmuwan, Bernd Heinrich dan Thomas Bugnyar - Vermont University, Canada dan St Andrews University, Scotland - yang menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari gagak. "Burung ini menggunakan logika untuk memecahkan masalah dan beberapa kemampuan mereka bahkan melampaui dari monyet." kata mereka.

Dalam percubaan ini, gagak diberi tugas yang sangat kompleks yang mereka belum pernah dapati sebelumnya dan naluri mereka tidak diprogram untuk melakukannya secara semulajadi. namun mereka selalu berjaya mencari kreativiti dan solusi logik untuk menyelesaikan tugas-tugas tersebut. Yang lebih mengejutkan lagi, mereka melakukannya dengan pertama kali, setiap kali, tanpa proses trial and error pun!

Beberapa percubaan menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh membuat binatang lain bekerja untuk mereka. membuat haiwan lain mencarika makanan untuk mereka atau mempermudahkan mereka.

Bukti lain kecerdasan yang tinggi dari Gagak adalah mereka boleh beradaptasi dengan daerah yang sangat berbeza, iaitu dari padang pasir ke pegunungan. Mereka belajar untuk menemui makanan bahkan dalam keadaan paling sukar, dan mereka tahu bagaimana dan bila harus menggunakan haiwan lain untuk membantu mereka mendapatkan makanan yang mereka tidak bole mendapatkannya sendiri.

Ketika para peneliti melihat gagak lulus dari ujian yang sukar, para peneliti bertanya-tanya apa tujuan semua kepandaian ini berfungsi, kerana burung-burung lain menjalani hidup dengan baik walaupun dengan kepandaian jauh lebih sedikit? mungkinkah gagak memiliki tujuan yang lebih tinggi di dunia daripada kehidupan burung yang sederhana? 

Labu Terberat di Dunia



Diameternya lebih dari 5 meter dengan berat 750 kg. labu raksasa ini hasil tanaman Ian dan Stuart Paton. Pasangan kembar Ian dan Stuart Paton telah menanam labu-labu raksasa ini selama 30 tahun, dan tahun ini salah satu hasil tanaman akan menjadi yang terbesar di dunia. Beratnya yang sudah mencapai 750 kg lebih dan terus bertambah sekitar 13 kg tiap harinya, labu ini lebih berat dari sebuah keretaFiat 500. pasangan kembar dari  Lymington, Hampshire ini berharap, berat buah labu akan bertambah kepada 784 kg lebih, rekod dunia yang ketika ini belum dipecahkan. buah labu mereka sudah memecahkan rekod di Eropah, tinggal menunggu saja diangkat sebagai rekod labu terberat di dunia .



 

Pemerintah Paling Lama Memerintah

Berikut adalah senarai Pemerintah (Raja / Ketua Negara) yang paling lama memerintah/ menduduki tahta.

1. Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand : 64 tahun



2. Queen Elizabeth II of the United Kingdom: 59 tahun





3. Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah (Malaysia): 52 tahun



4. Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei: 43 tahun





 5. Qaboos Bin Said dari Oman: 40 tahun





 6. Muammar Gaddafi dari Libya: 40 tahun





 7. Queen Margrethe II of Denmark: 39 tahun




 8. King Carl XVI Gustaf 0f Sweden: 37 tahun





 9. King Juan Carlos I of Spain: 35 tahun





 10. Ali Abdullah Saleh, Presiden Yemen: 31 tahun





 11. José Eduardo dos Santos of Angola: 31 tahun





 12. Robert Mugabe, Presiden Zimbabwe: 30 tahun 
 




 13. Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa Bahrain: 30 tahun


Adolf Hitler: Bangsa Aryan Juga Bangsa Yahudi


Siapa yang tidak kenal dengan Adolf Hitler. Biografi, filem dokumentasi, buku-buku, bahkan filem-filem hollywood juga banyak yang diinspirasikan daripadanya. Diktator Nazi ini dikenali sebagai tokoh rasis yang menganggap bahawa bangsanya iaitu Bangsa Arya@Aryan (Bangsa Jerman) sebagai bangsa yang paling unggul.


Di samping kebanggaannya pada bangsa Arya (dimana Hitler mengakui sebagai berbangsa  Arya), Hitler juga memandang rendah pada bangsa lain, khususnya Yahudi. Dengan terus-menerus Hittler menunjukkan kebenciannya pada kaum Yahudi. Tindakan diskriminasi sehingga genocide untuk "membersihkan" kaum Yahudi yang bertebaran ke seluruh Jerman. Kem-kem konsentrasi jiga didirikan untuk memisahkan kaum Yahudi dengan bangsa lain. Begitu besar kebencian Hittler pada kaum Yahudi sudah diketahui oleh dunia.

Tetapi tahukah anda bahawa dalam darah Hittler ternyata mengalir ‘darah’ Yahudi@Bani Israel? Berdasarkan ujian DNA yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan fakta yang mengejutkan, Hitler ternyata keturunan Yahudi dan Afrika.


Seorang jurnalis, Jean-Paul Mulders dan sejarawan, Marc Vermeeren yang menggunakan DNA untuk menjejak 39 ahli keluarga ‘sang Fuhrer’ awal tahun ini. Termasuk, seorang petani Austria yang diketahui satu-satunya sepupu Hitler, Norbert H. Sampel DNA juga diambil daripada seorang warga Amerika Alexander Stuart-Houston, 61, cucu saudara Hitler.

Sampel air liur yang diambil daripada orang-orang tersebut mengesahkan asal usul darah Hitler. Terdapat kromosom yang disebut Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) terdapat dalam sejumlah sampel itu dan ia sangat jarang ditemui di Jerman, bahkan di Eropah Barat.

“Kes biasanya ditemui di Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia dan juga diantara Yahudi Ashkenazi dan Sephardic,” kata Vermeeren, seperti dimuat laman Daily Mail, 23 Ogos 2010.

Haplogroup E1b1b1 yang menyumbang sekitar 18%-20% daripada bangsa Ashkenazi — dan 8.6%-30% daripada Sephardic-kromosom Y, menunjukkan salah satu pembangunan garis keturunan utama daripada penduduk Yahudi.

“Ini merupakan hasil yang mengejutkan,” kata Ronny Decorte, pakar genetik yang bersetuju yang Hitler mungkin mempunyai "akar keturunan" di Afrika Utara.

Majalah Knack mengatakan, DNA diuji dalam keadaan kawalan makmal yang amat ketat untuk mendapatkan hasil maksimum.

Ini bukanlah kes pertama kali sejarawan yakin bahawa Hitler berketurunan Yahudi. Ayahnya, Alois juga diyakini berketurunannya tidak sah bersama seorang pembantunya yang bernama Maria Schickelgruber, dan seorang lelaki Yahudi pada waktu itu berusia 19 tahun bernama Frankenberger.

Sebuah laporan menyebutkan, saudara Hitler, Patrick pernah mengirimkan sepucuk surat kepada bapa saudaranya — memperingatkan tentang isu sensitif soal darah campuran Alois Hitler.

Kerana perkara itu, Hitler pernah mengarahkan Hans Frank untuk menyelidiki hal itu. Sebelum Perang Dunia II tercetus, perkara itu diumumkan ‘tanpa dasar’.

Hal ini bertentangan dengan konsep Nazi terhadap dunia bahawa bangsa dan darah adalah persoalan umum. Untungnya Hittler telah terkubur dan menanti azab di alam Barzah, kalau tidak, mungkin ia tetap memilih untuk membunuh diri daripada menanggung malu ketika mengetahui bahawa beliau juga sebahagian daripada bangsa yang selama hidupnya berusaha untuk musnahkan.

Masih adakah bangsa yang menganggap dirinya lebih baik dari bangsa lain? Maha Sempurna Allah yang menilai manusia daripada ketakwaan, tidak peduli padawarna kulit, bangsa, bahasa, jabatan, dan harta yang mereka miliki.

Berkenaan dengan susur galur keturunan Bani Israel@Yahudi, bangsa Arya@Aryan juga tergolong dalam 12 puak Bani Israel yang hilang@lost tribe. Sila rujuk pada posting sebelum ini iaitu Bangsa Melayu Berasal dari Keturunan Bani Israel yang Hilang? ( https://www.facebook.com/note.php?note_id=238245459530871 )



Sumber: http://revealpics.blogspot.com

Bangsa Melayu Berasal daripada Keturunan Bani Israel Yang Hilang?



Daripada apa yang saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s., jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal daripada salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Nak tahu mengenai sejarah-sejarah dan rahsia-rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa Kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum Bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum Bani Israel yg sesat atau bangsa yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)


Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu berkenaan asal-usul mereka (bercanggah dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan tutut membuat kajian DNA juga. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN. Maka jika berpandukan kepada kitab Yahudi tua menunjukkan bahawa 'lost tribe' daripada kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.



Mengikut manuskrip kuno yang diselewengkan menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu daripada kumpulan Lehi (iaitu terus daripada Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s.). Nabi Yusuf a.s. ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah daripada bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapakah Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia? 

Dari mana salasilah "Melayu". Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf a.s.? Kenapa? MAHADI berasal daripada darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?.  Apakah itu "3Mim"? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?

MELAYU - JAWI


Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri ini berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka. Dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

KETURAH, IBU MELAYU
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim a.s  selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.  Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnyaAl-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim a.s. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim a.s. ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi daripada sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi daripada tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.  Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Leviiaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan dan telah menemui kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil daripada bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal daripada satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon') tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya. Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s. dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)? Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland. Terdapat kemisterian di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, daripada manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya daripada era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan bangsa Kamboja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kamboja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha.

Bangsa Mala itu memang bukan daripada Yahudi. Perlu diingatkan Yahudi itu daripada seorang lelaki bernama Yehudah (Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s.).  Sedangkan hipotesis daripada Ralph Olsen mengatakan bahawa Bangsa Mala ini daripada Bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof a.s ini jelas apabila kajian DNA telah dilakukan pada puak 'Bani Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan bahawa mereka mempunyai DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari daripada peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian mengatakan Bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana itu, bangsa Mala yang sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya iaitu Shimon dan Yehudah.



Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph), maka layaklah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi. Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ia lahir daripada 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu Yahudi, lalu Allah SWT tegaskan baginda bukan Yahudi. Mana tidaknya, Yahudi hanyalah salah satu suku kaum daripada Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s. Seperkara lagi bangsa Bani Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada mempunyai genetik Bani Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di China juga mempunyai keturunan Bani Isarel yang sudah bercampur dengan bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Oleh yang demikian, "Lost Tribe Israel" sememangnya lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan, Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad s.a.w. yakni Islam). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.



Maka bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s. Maka pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri dan tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipotesis Dr. Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau, link: www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka akan lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki lost tribe disebelah South East Asia region.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  
Kajian ini hanyalah satu kajian untuk mencari asal-usul Kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat tentang kajian ini, hanya jadikan ia sebagai salah satu bahan bacaan kerana tiada bukti sahih daripada Kaum Melayu dan Islam itu sendiri, kebanyakannya hanyalah berpandukan pada kajian barat dan orang-orang yahudi. Wallahua'lam.

Tetapi sebagai orang Islam, saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin & Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahdi di hari kebangkitan nanti. Insya'allah

Lukisan Malam Yang Menakjubkan



Siapa  Leonid Afremov? Namanya mungkin asing kerana dia memang belum begitu terkenal seperti pelukis ternama lainnya. Namun setelah melihat karya-karyanya yang sangat menakjubkan dibawah ini, kamu pasti setuju, bahawa seniman Belarusia ini sama sekali bukanlah pelukis sembarangan. Ditambah lagi, Afremov melukis lukisannya hanya menggunakan pisau palet!

Rumah Terpencil Paling Cantik


Foto foto rumah terpencil yang sangat menakjubkan terletak di tempat yang kebanyakkannya tiada kemudahan pengangkutan dan komunikasi! Tidak begitu pasti sama ada rumah terpencil tersebut berpenghuni atau tidak tetapi ia kelihatan seperti satu tempat yang bagus untuk lari daripada hiruk pikuk kota yang sibuk dan pencemaran bandar. Rumah terpencil ini bukanlah semewah hotel 5 bintang tetapi ia sangat cantik.

Saksikan sebahagian daripada foto foto rumah terpencil yang menakjubkan ini. Ada yang kelihatan seperti sangat mustahil untuk diduduki. Bagaimana agaknya mereka sampai ke sana ya? 

 
 
 

Lif Paling Mengerikan di Dunia









Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...