Cinta dan Kasih Kepada Anak


Binatang pun sayangkan anak







 

Namun Ada Manusia Membuang Anak Sendiri



Mesin Membasuh Manusia ( Mesin Memandikan Manusia )



Mesin aneh ini telah dinamakan sebagai "Ultrasonic Bath". Mesin mencuci tubuh manusia ini telah diperkenalkan sebagai konsep perintis memandikan manusia menggunakan robot pada Expo Dunia 1970 di Osaka, Jepun. Mesin ini dibina dengan ketinggian 2 meter dan menggunakan sebuah tangga untuk memasuki ke dalamnya. Setelah itu, pengguna perlu menetapkan suhu air yang dikehendaki untuk mencuci tubuhnya. Selepas 15 minit maka proses permulaan pencucian tubuh badan pun akan bermula.

Proses pertama adalah selama 5 minit yang diberi nama sebagai proses pre-rinse iaitu proses penyemburan air ke tubuh badan pengguna dengan menggunakan air suam. Setelah itu mesin tersebut akan diisikan dengan air yang telah ditetapkan suhunya dan kemudian diperuntukan pula masa selama 3 minit untuk proses mandian mencuci bersih tubuh badan pengguna.

Setelah selesai, tubuh badan pengguna berkenaan akan dibilas dengan menggunakan air suam selama 2 minit. Proses terakhirnya pula adalah diperuntukkan selama 5 minit untuk proses pengeringan tubuh. Ketika proses pengeringan ini berlaku, udara hangat akan ditiupkan ke tubuh pengguna, sementara itu sinar inframerah dan ultraungu juga dipancarkan bagi membunuh bakteria yang masih berada pada tubuh pengguna.

  
Lihat jenama penciptanya-Sanyo

Syarikat Elektrik Terkemuka Sanyo turut juga mengeluarkan mesin yang seumpama ini yang telah diberi nama sebagai HIRB (Human In Roll-lo Bathing). Mesin ciptaan syarikat Sanyo ini modelnya adalah lebih kecil dan diletakkan di rumah-rumah orang tua (warga emas) untuk digunakan sebagai tujuan memudahkan proses memandikan warga emas di sana.

P/S: Namun rekaan mesin ini tidak pula dikeluarkan dan dipasarkan secara banyak di pasaran dunia. Agaknya mungkin kurang relevan untuk digunakan oleh manusia kerana nampak seperti tubuh je dicucinya. Kepala tak cuci sekali ke? 

7 Tinggalan Purba Yang Terkenal dan Popular di Dunia



Menelusuri sejarah peradaban manusia, menyenaraikan 7 kawasan purba paling popular di dunia. Kawasan ini meliputi pelbagai tamadun daripada Greek, Rom, China, India dan Mesir Purba.


7. Ayutthaya
Dibina pada tahun 1350 oleh King U-Thong, Ayutthaya pernah menjadi ibu kota kerajaan Siam dan merupakan satu daripada Bandar paling besar di dunia ketika itu dengan populasi seramai lebih kurang 1 juta penduduk dalam tahun 1700. Ia juga merupakan antara Bandar paling cantik di dunia dengan 3 istana mewah dan lebih 400 kuil keagamaan. Ayutthaya telah dibakar oleh tentera Burma sekitar tahun 1767, namun begitu, ia masih mampu menarik jutaan pelancong setiap tahun yang bersemangat untuk melihat tinggalan hebat Thailand ini.


6. Pompeii

Terletak berdekatan Naples di daerah Campania, Italy, Pompeii adalah kawasan tinggalan purba di kota Rom, tertimbun dibawah aliran larva dan debu-debu sewaktu letusan Gunung Vesuvius dalam tahun 79 AD. Setelah sekian lama, Pompeii telah ditemui semula secara tidak sengaja pada tahun 1748 dan penemuan seterusnya membongkar rahsia kehidupan sewaktu zaman kegemilangan empayar Rom. Kawasan tinggalan ini adalah antara yag paling popular di Itali dengan lebih 2.5 juta pengunjung pada tahun 2008 sahaja.


5. Chichen Itza
Satu daripada contoh terunggul dan unik daripada senibina Maya, Chichen Itza adalah satu kawasan tinggalan besar yang terletak di Utara Semenanjung Yucatan. Walaupun penemuan arkeologi telah menunjukkan kawasan purba ini musnah dalam tahun 1000 AD, tinggalan jalan yang menghubungkan semua struktur utama kota dan senibina yang kompleks menggambarkan betapa majunya peradaban purba ini suatu masa dahulu. El Castilo, juga dikenali sebagai Temple of Kukulkan, telah dinamakan sebagai satu daripada New Seven Wonders of The World selepas pengundian antarabangsa.


4. Stonehenge
Stonehenge adalah kawasan prasejarah yang terletak di negeri Wiltshire, lebih kurang 3.2 kilometer daripada Amesbury. Pakar arkeologi menganggarkan bahawa monument batuan ini telah didirikan sekitar tahun 2500 BC dipercayai digunakan sebagai kawasan perkuburan lampau. Selain menjadi kawasan purba tarikan pelancong, ia juga telah diiktiraf di dalam UNESCO’s list of World Heritage Sites in 1986.


3. Machu Pichu
Kawasan pelancongan paling popular di Peru, Machu Pichu telah digambarkan oleh UNESCO sebagai “an absolute masterpiece of architecture and a unique testimony to the Inca civilization”. Dibina dalam tahun 1460 pada altitude 2400 meter di atas paras laut, Machu Pichu telah ditinggalkan 100 tahun kemudian, sewaktu penjajahan Sepanyol. Terletak hanya 50 batu barat laut ibu kota lama Inca, Cusco, Machu Pichu tidak pernah ditemui oleh penjajah Sepanyol dan hanya ditemui pada tahun 1911 sewaktu Hiram Bingham, seorang sejarawan Amerika telah dibawa ke kawasan tinggalan ini oleh penduduk Cusco. Sejak itu, ia telah menjadi kawasan pelancongan utama dunia.


2. Acropolis of Athen
Bangunan ini dikenalpasti sebagai pembinaan paling kompleks dan unik yang ditinggalkan oleh tamadun Greek Purba kepada masyarakat dunia. The Acropolis of Athen adalah antara tapak purba paling kerap dilawati di dunia. Pengunjung datang untuk melihat sendiri hasil ciptaan pengukir terkenal Pheidias. Proses baik pulih telah mula dijalankan sejak tahun 1975 dan masih diteruskan sehingga kini.


1. Pyramid of Giza
Piramid-piramid di Mesir sudah selalu dikatakan sebagai yang struktur pembinaan yang paling menakjubkan yang pernah dibina di dunia dan piramid Giza antara yang teristimewa. Piramid giza ini adalah pembinaan piramid yang terbesar dan Piramid Khufu merupakan satu daripada 7 benda ajaib lampau yang masih teguh berdiri. Lebih 10 juta pengunjung yang datang ke Mesir untuk menerokai piramid ini tertarik dengan misteri pembinaan piramid-piramid ini lantaran waktu pembinaan dalam tamadun yang tidak mempunyai teknologi canggih seperti hari ini.

Khasiat Pokok Patawali



Pokok Patawali atau juga dikenali sebagai Akar Seruntun, Brotowali, Batang Wali mempunyai nama botani Tinospora crispa (Miers). Pokok ini merupakan pokok menjalir dan terdapat pada pagar-pagar lama dan runtuhan rumah tinggal. Ia mempunyai rasa yang pahit, dan dipercayai dapat memahitkan darah, dengan itu mengurangkan gigitan nyamuk. Oleh itu, ia digunakan dalam perubatan tradisional.. dipercayai dapat merawat sakit kulit, merawat darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah batang pokok ini dipotong, direbus dan diminum airnya.


Pernahkah anda melihat pokok ini? Pokok ini masih banyak lagi dijumpai di kampung-kampung dan ianya mudah hidup dengan menjalar dan menumpang pokok-pokok besar yang lain.

Mungkin anda pernah menggunakan pokok ini dalam merawat sesuatu penyakit. Harap dapat dikongsikan di sini…

Keunikan Pulau Krismas (Christmas Island) ~ Pulau Ketam Merah



Pulau Krismas adalah sebuah pulau yang terletak di Selatan Jawa Barat dan ia sejajar dengan bahagian Utara Benua Australia. Kota terbesarnya adalah Flying Fish Cove. Nama kota ini telah diberikan bersempena dengan nama sejenis ikan iaitu ikan flying fish yakni spesis ikan yang boleh terbang di atas permukaan air. Pulau ini adalah lebih kecil daripada Pulau Bali di Indonesia. Populasi penduduk yang menetap di Pulau Krismas ini hanyalah dalam sekitar 1500 orang sahaja.

Salah satu spesis ikan terbang

Populasi penduduk di sini amat sedikit namun keunikannya adalah pulau ini juga dihuni dan dipenuhi dengan KEPITING MERAH atau bahasa mudahnya adalah KETAM MERAH. Anggaran ketam merah yang menduduki pulau ini adalah lebih kurang 30 juta ekor ketam merah. Suatu jumlah yang sangatlah banyak. Ketam merah ini berkeliaran di mana-mana sahaja di tanah pulau ini.

Pada musim hujan setiap tahun iaitu pada bulan Oktober atau November, ketam-ketam ini akan berhijrah dari hutan ke laut untuk bertelur dan melepaskan telur-telurnya ke dalam laut. Ketam-ketam ini mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 bulan dari hutan ke laut (betul ke ni, boleh tahan lama juga kan?). Penghijrahan ini akan diketuai oleh ketam jantan, iaitu ia akan berada di hadapan diikuti oleh ketam betina dibelakang. Ketam jantan akan kembali semula ke hutan, dan kemudian ketam betina pula akan balik ke hutan bersama anak-anaknya (newborn).

Apabila berlakunya migrasi ketam-ketam ini, semua jalan akan dipenuhi bukan sahaja oleh ribuan malahan jutaan ketam. (Agak-agak takut tak kalau kena kerumun dengan ketam yang banyak² mcam ni? hahaa) Bayangkan hingga siap ada signboard lagi kat jalan di Pulau Krismas ini.


Secara logiknya, pulau ini lebih berdekatan dengan perairan indonesia, namun pihak australia menyatakan pulau ini masih dibawah bahagian negara mereka. Maka statusnya masih "organisasi teritori Australia". Oleh itu mata wang yang digunakan adalah Autralian Dollar (AUD). Walaupun pulau ini terpencil namun apa yang boleh dibanggakan Bahasa Melayu turut dituturkan di sini, dan pemerolehan Bahasa Melayu itu sendiri terdapat di sini. Adalah cukup membanggakan tempat sekecil ini masih ada Bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda kita dituturkan. Lihat sebuah papan tanda Ucapan Selamat Datang yang ada di sana di bawah ini.


Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di sini, cuma ia masih belum diperkenalkan lagi, di sini juga turut terdapat hotel, airport kecil, restoran, dan kemudahan kemudahan sepertimana yang kita ada sekarang.

Sila Lihat Gambar² Di Bawah Untuk lebih Ketakjuban:

Sebahagian panorama Pulau Krismas:

Gambar² aksi ketam merah berkeliaran di Pulau Krismas:

P/S: Berkaitan tempat pembiakan ketam merah ini ada juga yang berkata ia bertelur di darat dan berhabitat di sekitar pantai. Mohon kajian anda sendiri untuk menetukan kesahihan yang sebenarnya berkenaan tempat pembiakan dan habitat haiwan Ketam Merah ini. Kedua² rujukan artikel ini adalah diambil melalui penulis amatur sahaja.

Sumber: 1) aininarasidan.blogspot.com/2011/03/pulau-natal-aka-pulau-krismas.html
               2) anazaysrun.blogspot.com/2011/03/percaya-atau-tidak.html

Blog Archive

putihkan gigi, gigi putih & gigi kuning
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan