Permainan Game Yang Disediakan Di Dalam Tandas




Tidak lama lagi mungkin anda akan dapat bermain game sambil-sambil membuang air kecil. Atau sambil-sambil kencing bermain game? Dan game ini hanya sesuai untuk golongan lelaki yang kencing berdiri.

Syarikat British, Captive Media kini membangunkan satu konsol permainan game yang dikawal oleh pancutan air kencing.

Permainannya mudah saja, kencing tepat pada tempat yang disediakan di mangkuk kencing, seterusnya akan dikesan oleh cahaya infra-red yang diletak pada tiga kawasan.

Jika tepat dikesan, permainan yang boleh dimain adalah sama ada bermain ski, menjatuhka penguin dan menjawab kuiz. Ha, ha ..Guna IQ sambil kencing.

Permainan ini dilengkapi dengan skrin LCD 12 inci dan prosesor Intel Atom-dual core.

Buat masa ini permainan di tempat kencing ini masih dalam percubaan di pub Cambridge yang mendapati kawsan tempat kencingnya semakin bersih apabila pengunjung cuba untuk kencing di tempat yang betul supaya dapat bermain game tersebut

Muzium Permainan Komputer di Berlin, Jerman


Muzium Permainan komputer adalah syurga bagi dunia permainan komputer.Di sini terdapat ribuan perkakas permainan komputer yang,dan lebih daripada 3,000 permainan video games boleh di dapati di sini termasuklah game arked pertama di dunia "Computer Space" yang di released pada tahun 1971.

Muzium permainan Video ini pertama kali di buka pada tahun 1990 tetapi telah ditutup pada tahun 2000.Muzium baru pula kemudiannya di buka pada awal Januari 2011 bertempat di bahagian Timur Berlin.

Peranan pembinaan muzium ini adalah untuk mendokumentasikan video games termasuklah grafik,hardware,muzik dari tahun 1951 hinggalah sekarang.Salah satu bahagian interior muzium ini telah dilapik dengan 50 permainan video tape yang popular pada tahun 1951.

Permainan konsol yang popular pada tahun 1990 seperti Super Nintendo dan Game Boy pula di pamerkan dalam ruangan neon berwarna hijau.Baer;patron bagi muzium ini mahu kanak-kanak yang kini bermain PSP,Xbox 360 dan PS3 perlu tahu sejarah permainan video ini bermula sejak zaman Atari’s legendary Pong

Hotel Garam di Bollivia


Hotel Garam di Bollivia!

Selalunya hotel dibina menggunakan batu atau kayu tetapi tidak bagi hotel mengagumkan di Bolivia ini, di mana setiap bahagian bangunan, termasuk perabot, dibina menggunakan garam. Jangan terkejut tau. Garam yang sama kita gunakan untuk memasak itu.

Hotel de Sal di Colchani, Bolivia, ini dibina di dataran garam Salar de Uyuni yang menjadi tarikan pelancong di negara Amerika Selatan itu.

Dengan bayaran 84 pound satu malam (RM415), pengunjung boleh menyewa bilik dengan dua katil diperbuat daripada garam.

Penjara Ke Empat Terbesar Di Dunia


Penjara Maricopa County di Arizona adalah penjara yang ke 4 terbesar di dunia. Pada tahun 1993, ia telah melebihi bilangan maksimum penghuni banduan.Dianggarkan bahawa pembinaan kemudahan baru akan menelan kos kira-kira AS $ 70.000.000.

Sheriff Penjara;Arpaio claimed bahawa Penjara ini pada mulanya di bina daripada khemah dan masih lagi di kekalkan. Ia terdiri daripada khemah-khemah era Perang Korea yang diderma oleh tentera Amerika Syarikat,selain tambahan pembinaan menara peninjau setinggi 50 kaki (15.4 m).

Kos akhir projek penjara ini adalah kira-kira $ 100,000 dan ia mampu menempatkan lebih 2400 penghuni. Semua penghuni ditempatkan di dalam khemah-khemah terbuka (N bagi lelaki dan O untuk perempuan). Penghuni banduan ini terikat dengan peraturan dalam penjara ini dan mereka hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas.

Mana-mana banduan yang degil akan di campak masuk ke dalam kawalan penjara keselamatan yang lebih ketat.Semua banduan memakai stoking dan seluar dalam berwarna pink tak kira lelaki atau perempuan.

Lelaki Tumbuh Hujung Jari Di Perut





Doktor di China telah menyelamatkan seorang lelaki separa putus jari dgn melekatkn jari tersebut pd perut...

pekerja tersebut Wong Yongjun,20 telah terpotong jarinya dgn gergaji elektrik dlm satu kemalangan di tempat kerja...doktor membedah dan melampirkan jarinya pd perut dgn harapan kulit dan otot br akan tumbuh di sekitarnya...

doktor berkata lg ini adalah slh satu teknik utk memulihkn peredaran daran ke jari yg cedera supaya tumbuh dan membaikinya sendiri...

pembedahan itu berjaya dan wong mempunyai jari br dan dipisahkan dr perutnya dlm tempoh sebulan....

Daging Burger Diperbuat Daripada Najis Manusia


Daging Burger yg diperbuat daripada Najis Manusia.

Agak agak korang kan, kalau dibagi 1 juta nak tak korg makan daging burger ni?

Ikeda Mitsuyuki saintis Jepun telah membangunkan “burger” yang dibuat daripada soya, sos intipati steak, dan protein yang diekstrak daripada najis manusia!!


Industri pembungkus daging menyebabkan 18 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau, kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan metana dari haiwan. Industri ternakan juga mengambil sejumlah besar makanan dan air berhubung dengan jumlah daging bahawa ia menghasilkan,

 dan banyak industri tidak berperikemanusiaan dan kejam kepada haiwan. Faktor-faktor ini sahaja alasan yang cukup untuk vegetarian untuk menggantikan pengambilan daging mereka dengan protein sayur-sayuran dan kekacang. Tetapi Ikeda, seorang saintis di Pusat Penilaian Alam Sekitar di Okayama, cuba untuk melanjutkan bidang protein alternatif dengan kitar semula bentuk sisa yang kaya dengan protein iaitu kumbahan lumpur.

*err.. Jepun sume benda pon boleh dimakan.

Wanita Rogol Lelaki Kerana Mahukan Air Mani


Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam.

Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.

Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.

Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.

Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.

Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.

Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.

Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.

Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.

Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.

Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.

Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.

Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.

Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: "Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut."

Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata "Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini."

"Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih."

Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.

''Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,''katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.

Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang "panas" di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215)

sumber : Kosmoonline

Sejarah Istana Negara


Istana Negara Malaysia yang terletak di Jalan Istana ini pada asalnya adalah milik seorang bangsa cina yang kaya raya yang bernama Chan Wing. Pada Tahun 1942 – 1945 Istana Negara ini pernah digunakan sebagai markas tentera jepun. Selepas pihak jepun menyerah diri kepada pihak british Istana ini menjadi hak milik kepada kerajaan negeri selangor dan dijadikan istana pagi sultan selangor. Selang beberapa tahun kemudian, Istana ini dibeli oleh kerajaan Wilayah Persekutuan dan dijadikan sebagai istana rasmi Malaysia.


Tarikan Di Istana Negara

Untuk pengetahuan anda semua, Istana Negara kini menjadi salah satu tarikkan pelancong luar dan juga dalam negara. Kerana para pelancong yang bernasib baik akan dapat melihat istiadat penukaran pengawal istana setiap satu jam. Pegawal istana yang berdiri dan berkuda akan ditukar setiap satu jam.

Untuk pengetahuan anda semua pengawal Istana Negara ini terdiri dari Rejimen Askar Melayu Diraja. Mereka juga pernah berkhidmat di Bukingham Palace yang terletak di United Kingdom pada tahun 2008.

Ingin Masuk ke Istana Negara ?

Pada setiap 1 Syawal setiap tahun, Istana Negara Malaysia akan dibuka kepada orang ramai untuk datang beraya bersama Agong. Tapi dengan syarat dilarang memakai pakaian berwarna kuning, bukan kerana pihak kerajaan phobia gejala perhimpunan BERSIH yang lalu #LOL , tetapi warna kuning adalah warna diraja dan hanya dibenarkan kepada kerabat diraja sahaja

5 KESILAPAN WANITA DALAM MENJAGA KESIHATAN



1. MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI

Pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabakan masalah postur, tekanan yang berlebihan pada sendi dan penyakit seperti sakit belakang,kecederaan urat. Di nasihatkan supaya menggunakan menggunakan kasut tinggi yang tidak melebihi 1.5 inci


2. MEMBAWA HAND BAG YANG BERAT

Membawa hand bag yang berat boleh membaca kepada masalah belakang yang serius dan masalah leher kerana beban yang terpaksa dipikul diatas bahu pada setipa hari. Walaupun kesannya tidak dapat dirasa sekarang tetapi dibasihatkan supaya ubah tabiat ini dengan membawa benda penting dan tukar hand bag yang lebih kecil. Takkan nak tunggu kena baru nak berubah.


3. TIDAK MENANGGALKAN SOLEKAN SEMASA TIDUR

Akibat terlalu penat, kadang-kadang wanita tertidur tanpa menanggalkan solekan pada muka. tabiat ini boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat akibat dari kotoran dan minyak yang terkumpul semasa melakukan aktiviti harian. Selan itu juga, mata boleh gata-gtal jika solekan pada mata tidak ditanggal


4. MENGGUNAKAN SAIZ BRA YANG SALAH

kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku termasuk sakit pada belakang, leher dan buah dada, sesak nafas, kerengsaan kulit, masalah peredaran dan juga cepat marah. Dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membeli.


5. TIDAK CUKUP TIDUR

Statistik menunjukkan bahawa masalah tidur memberi kesan lebih ramai terhdap wanita daripada lelaki. Tidur boleh mempengaruhi tekanan darah wanita dan perasaan (mood) yang lebih daripada lelaki. Dibasihatkan supaya wanita mendapatkan tidur yang cukup setiap hari.

Rupa Sebenar Seekor Berudu




Rupa sebenar seekor berudu di bawah mikroskop

Tahukah korg bagaimana rupa sebenar seekor berudu apabila dilihat menggunakan high-end mikroskop?Gambar berudu ini diambil sewaktu usianya 14 hari menggunakan mikroskop elektron milik saintis David Spears bernilai lebih kurang duit Malaysia RM445 ribu!

 Apa yang menarik, dikatakan berudu tersebut kelihatan tersenyum apabila gambarnya diambil.

Senarai Laman Speedtest internet



disni saya nak share beberapa senarai speedtest dimana anda boleh menguji & mengetahui tahap mana kelajuan internet anda. ada pelbagai jenis laman web speedtest tersedia di internet..,, jadi, jenis2 tersebut lah yang saya nak kongsikan dengan anda semua secara link...


maybe ada salah satu atau beberapa speedtest yang baik & tepat yang anda boleh gunakan mengikut keselesaan dan pendapat anda sendiri mengenai laman2 speedtest berikut...

www.speedtest.net 
http://www.u.com.my/broadband/check-your-connection-speed 
http://www.bandwidthplace.com/ 
http://speed.p1.com.my/ 
http://www.unifi.my/unifi/index.php?option=com_content&view=article&id=75&Itemid=269 
http://www.my-speedtest.com/speedtest.htm 
http://www.internetfrog.com/mypc/speedtest/ 
http://www.whatismyip.com/tools/internet-speed-test.asp 
http://www.speed.io/index_en.html 
http://www.zdnet.co.uk/broadband-speedtest/ 
http://www.wugnet.com/myspeed/speedtest.asp  - memerlukan java...

tapi yang terbaik bagi saya adalah speedtest.net... sbb boleh pilih host setiap negara... semua host kat dunia ni ada dlm senarai speedtest.net... :)

Sumber :bualkomputer.com

Minuman Pembuka Selera Malaysia Tahun 1968


Astagfirullahlazim..

Guinness Stout !! 'baik untok kita lagi' korang ada. siap memulihkan tenaga tuh. berkhasiat sungguh.. .ni adalah iklan tanah Melayu pada hujung tahun 60an. thanks sapa yg email kat aku. ada nota bersama gambar ni yg berbunyi...

Someone found this in the library at Ohio University. It is in a program booklet of KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968, and this advertisement appeared on p.2, side by side with the message from the then Deputy Prime Minister, Tun Abdul Razak Hussein. How different it was in those days.

siap mesej dari timbalan perdana menteri tu. biasa la kan zaman2 jahiliah dulu. cop halal pun blum ada lg.. . skrg tak payah iklan pun ada org minum gak. sedih2 .

Tikus Gergasi Di Dalam Rumah




BRADFORD, England – Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar.

Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm).

Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka.

Jiran Goddard, Julie Briggs berkata, dia dan suaminya, Andrew Denton, 24, pernah mendengar bunyi tikus itu bergaduh di sebalik dinding rumah mereka sambil kejar-mengejar seperti perlumbaan kereta.

Masalah itu dilaporkan kepada seorang pakar di Persatuan Mamalia Britain, Laura Drake yang datang menyiasat ke kawasan kediaman tersebut.

Dia menganggap tikus itu mungkin coypu, sejenis rodensia dari Amerika Selatan dan sering dirujuk sebagai tikus gergasi.

Katanya, haiwan itu sudah pupus di Britain lebih 20 tahun lalu namun menegaskan adalah tidak mustahil keturunannya masih wujud manakala Presiden Kelab Tikus Yorkshire, Colin Arundel berkata, tikus tersebut mungkin gemuk kerana mendapat banyak sumber makanan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Saintis Berjaya Hasilkan Hujan Di Dubai Dengan Teknologi Ion





DUBAI – Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.

Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan. Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

“Kami berjaya menghasilkan hujan,” kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.

Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai

berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.

Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos 7 juta (RM33.21 juta). – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Fosil Dinosaur Berusia 75 Juta Tahun Dari Spesies Baru Ditemui


LONDON – Seorang pelajar ijazah kedoktoran, Michael Pittman telah menemui fosil dinosaur terbaru yang diberi nama Linheraptor, lapor sebuah akhbar.

Dia dan rakannya, Jonah Choiniere dari Universiti George Washington Amerika Syarikat (AS) membuat penemuan itu di wilayah Inner Mongolia, China.

Dinosaur berkuku tajam seperti sabit itu hidup sekitar 75 juta tahun lalu dengan memakan haiwan kecil termasuk burung.

Ia mempunyai berat kira-kira 25 kilogram dan panjang 2.4 meter.

Bentuk Linheraptor menyerupai Velociraptor iaitu dinosaur kecil tetapi amat ganas seperti yang dipaparkan dalam filem Jurassic Park.

Penemuan itu diberikan gambaran terperinci dalam jurnal Zootaxa.

Menurut pakar paleontologi, Profesor Xu Xing di Beijing, fosil yang ditemui itu amat cantik dan ia mendokumentasikan satu peralihan evolusi. – Agensi



kredit : kosmo.com.my

Kecil Itu Lebih Merbahaya



Kita selalu memandang sesuatu yang kecil itu sebagai sesuatu yang remeh..betul kan?Sebenarnya kita tak sedar bahawa sesuatu yang kecik tu lagi berbisa dan berbahaya.Kenapa?Sebab kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan sesuatu yang besar kerana kita tahu kemampuan sesuatu yang besar untuk menjahanamkan kita..yer dak?

Kita perlu tahu yang mana sesuatu yang kecil lagi berpotensi untuk menjahanamkan kita..mari kita lihat contoh yang boleh dijadikan sebagai iktibar buat kita semua...

Ular Tedung VS Ular Sawa
-walaupun ular tedung itu kecil saiznya, tetapi lebih berbahaya kerana bisanya bersifat membunuh berbanding ular sawa yang mana bisanya bersifat untuk melemahkan mangsa..

Cili Padi VS Cili Besar
-yang mana semua orang tahu bahawa cili padi adalah lebih pedas berbanding cili besar..

Nyamuk Aedes VS Lintah
-kedua-duanya menghisap darah...tapi nyamuk aedes mampu menyebarkan penyakit denggi yang amat bahaya berbanding lintah yang hanya tahu hisap darah lepas tu perut memboyot..:)

Semut VS Gajah
-waktu kecil-kecil dulu kita selalu dengar cerita semut dengan gajahkan?yang mana gajah sangat belagak kerana ianya besar..berbanding semut yang kecil amat..tapi bila semut menyerang gajah dan masuk dalam telinga gajah, gajah dah tak tahan dengan gigitan semut lalu mengaku kalah..yer dak?lebih kurang macam itu lah ceritanya..

Boleh dilihat dari sudut falsafah kehidupan pula, yang mana kekalahan seseorang yang besar terhadap seseorang yang kecil dianggap sebagai satu kehinaan buatnya...seperti mana kisah Raja Namrud yang mati dikalahkan seekor nyamuk yang telah masuk ke dalam lubang hidungnya :) , lagi satu yang man kita pernah dengar tentera Bergajah Abrahah yang telah dikalahkan oleh burung-burung yang kecil yang membawa batu-batu dari api neraka.

Begitulah dalam kehidupan kita seharian, kita perlu berhati-hati juga dengan sesuatu yang kecil ini, kita jangan sangkakan mereka kecil tetapi tidak berbisa..mereka mampu mengalahkan kita..Kita perlu tahu setiap kejadian ada hikmahnya..ada kelebihannya...

Kita jangan anggap dalam kehidupan, kita seharusnya bertemu buku dan ruas!!!tidak semestinya...kita perlu fikir adakalanya, hanya kerana seekor lalat yang sentiasa duduk menghurung lubang hidung kita, akan menyebabkan terbengkalai kerja seharian kita

Jambatan Kaca Di Tianmen Mountain, Zhangjiajie, China.




Jambatan Kaca Di Tianmen Mountain, Zhangjiajie, China.



Jambatan selalunya diperbuat dari besi, keluli ataupun konkrit. Di Tianmen Mountain, Zhangjiajie, China ia berlainan sedikit kerana jambatan laluan di bukit tersebut diperbuat dari kaca.

 Bukit tersebut bukan rendah tetapi tinggi sangat-sangat taw. Tinggi jambatan ini berukuran 4700 kaki ataupun 1,430 meter dari paras laut.

Sanggupkah korg melalui jambatan ini? Jika korg tak berani, pasti korg kecut perut melaluinya nanti. Mana tidaknya, korg boleh nampak lantai jambatan itu menembusi cerun dibawah wooo.

Untuk pengetahuan anda, panjang jambatan ini adalah 60 meter sahaja

Birds Of America : Buku Termahal Di Dunia



Salinan John James Audubon's "Birds of America" telah terjual di acara lelong di London pada harga £ 7,3 juta ($ 11.500.000),dan dengan demikian menjadi buku yang paling mahal yang pernah dijual.

Acara lelong tersebut adalah peluang terbaik untuk memiliki salah satu edisi karya terbaik dari abad ke-19,dengan 435 ilustrasi tangan yang berwarna.Tawaran yang dimenangi oleh peniaga seni yang berpangkalan di London,iaitu Michael Tollemache.

Gambar Cara Potong Kuku Paling Ekstrem



*perghh extreme gilerr .. Silap-silap bukan kuku yang potong , jari hilang ..

Surat Khabar Yang Boleh Dimakan Selepas Dibaca



Metro.co.uk,berusaha bekerja sama dalam menghasilkan paper yang boleh dimakan. Jadi lepas selesai dibaca,paper tak perlu dibuang,tetapi boleh terus dimakan saja.Heston Blumenthal, ilmuwan kuliner, mempunyai peranan besar dalam mewujudkan idea unik ini.

Surat khabar yang boleh dimakan ini sedikit banyak merupakan obsesi saya",katanya.Jadi bagaimana dengan rasanya?,Para sukarelawan sudah menggigit paper itu dengan gigi mereka dan menelannya.Mereka pun menganggukkan kepala dan mendakwa rasa paper itu sangat lazat.

Tentu saja penghasilan paper itu tidak hanya memerlukan editing yang ketat,tetapi pengolahan adunan yang juga harus cermat.Adunan itu sendiri terdiri dari tepung maizena,minyak sayur,gula arab,air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran kertas.

Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline,foto dan artikel.Proses pembuatan dan pencetakan paper lazat ini memerlukan beberapa jam.Untuk mengeringkannya memerlukan waktu yang agak lama.

Untuk sentuhan terakhir,paper itu diberi aroma vanila yang baunya lembut.Charles Bouquet,dari Edible Paper Company,mengatakan projek itu akan mendorong kebiasaan daur ulang (recycle) dalam masyarakat."Kami berharap ini memberikan tambahan aroma pada berita dan menyajikan menu isu-isu terkini yang lebih berwarna".


*Perghhhhh, makanan pun leh jadi paperr, ni lagi sorang gileee yg mencipta, tp bagus kerana ideanyer begitu unik sekali. jd takdelah berkumpul je surat khabar tuh kt rumah kan? hahahha

Puluhan Duit Syiling Aneh Jatuh Dari Langit



SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.

Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya.

Sumber: harian metro online

Buah Epal Yang Isinya Berwarna Merah



Kita hanya mengenali buah epal yang berwarna merah atau hijau yang isinya berwarna putih. Namun kini, terdapat epal yang bukan hanya kulitnya yang berwarna merah, malah isinya juga berwarna merah. Sutton, iaitu sebuah syarikat perusahaan agrotani Inggeris telah menghasilkan epal yang diberi nama Redlove. Ketika ini, pohon epal ini hanya berada di Devon, England.

Uniknya mengenai epal ini ialah, ia mampu bertahan selama 14 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti ais. Jika ia disimpan di dalam peti ais, Red Love ini mampu bertahan selama sebulan. Menurut Foxnews, epal Red Love ini akan berada di pasaran 5 tahun akan datang.


Kuda Laut Jantan Yang Melahirkan Anak



Kuda laut membiak dengan cara yang sangat aneh iaitu bukan induk betinanya yang mengandung tetapi yang jantan yang mengandung. Pipefishes dan kuda laut adalah spesies di dunia binatang yang mengalami “male pregnancy”.

Kuda laut Jantan memiliki kantung benih yang digunakan untuk menyimpan telur yang diberikan sang betina. Ketika mengawan, mereka saling melilitkan ekor dan sang betina memasukkan tabung panjang yang dinamakan ovipositor ke kantung benih sang jantan.

Telur-telur mengalir melalui tabung ke kantung benih dimana kemudian disenyawakan. Embrio berkembang selama 10 hari - 6 minggu, bergantung pada spesies dan keadaan air. Kantung kuda laut jantan juga mengatur kadar garam, dengan perlahan meningkatkan kadar garam di kantung agar sesuai dengan lingkungan luar ketika telur dewasa. Telur yang menetas tidak bergantung pada induk. Bahkan kadang-kadang induk jantan memakan telur yang baru dilahirkannya. 

Saksikan rakaman kuda laut jantan mengeluarkan anak²nya:

http://www.youtube.com/watch?v=VzwrRKrw7Sk&feature=player_embedded


Kanak-Kanak Ini Memiliki Tangan dan Kaki Di Dada



Deepak Kumar Paswaan, 8 tahun dari Indian akhirnya hidup seperti kanak-kanak normal yang lain setelah ‘kembar parasit’nya dipisahkan dari badannya.

 Kanak-kanak ini yang mendapat gelaran ‘budak sotong’ dilahirkan bersama kaki dan tangan yang lengkap seperti kembar siam yang membesar di dadanya.

 Satu pembedahan selama 4 jam dilakukan kepadanya untuk memisahkan kembarnya itu di Hospital Fortis, Bangalore dan berjaya. “Saya penat menjadi budak yang lain dari kanak-kanak lain, saya mahu hidup normal” Ujar Deepak selepas pembedahan .


Gambar Pemandangan Dilelong RM13.5 Juta








NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.

 Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie. Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut. Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled. Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu. –


Sumber : Agensi

Akibat Mencangkung Atas Mangkuk Tandas Duduk


akibat mencangkung d atas mangkuk tandas duduk .....



ramai di kalangan kita ketika mgunakn tandas (slalunyer tandas awam la kan).. terpaksa naik dan  mencangkung d atas mangkuk tandas tu utk mhindari dr duduk d mangkuk tandas utk mengelak dari kekotoran dan kemungkinan jangkitan.....

 bagaimanapun tindakan ni akan mengakibatkan kita berada pd posisi yg sgt2 marabahaya krn tandas ni dbuat dr seramik / porselein, x mampu utk menampung berat sluruh badan pd 1 masa. (kita bkn nyer ringan) ingat yek kwn2......tandas duduk adalah untuk duduk...bukan mencangkung atas nyer....


Teleskop Eropah Temui Kelompok Bintang Purba Luar Biasa

Teleskop Eropah temui kelompok bintang purba luar biasa




 Imej dari VISTA ini merupakan ceraian kecil dari Vista Variables di dalam peninjau Via Lactea (VVV) yang secara sistematiknya mengkaji bahagian pusat galaksi Bima Sakti di dalam cahaya inframerah. Di bahagian kanan terletak gugusan kelompok bintang UKS1 dan di bahagian kiri terletak satu penemuan baru yang sukar untuk dilihat, VVV CL001- gugusan yang tidak diketahui sebelum ini iaitu satu daripada 160 gugusan bintang di dalam galaksi Bima Sakti yang dikenali pada masa kini.


Imej :ESO/VVV Team/D. Minniti Teleskop tinjaun milik Eropah telah menemui dua kelompok bintang –bintang yang sangat tua di dalam galaksi Bima Sakti, menambah bilangan objek-objek kosmik yang jarang dikenali.

 Gugusan bintang adalah merupakan koleksi 100,000 atau lebih bintang-bintang purba. Mereka adalah antara objek-objek tertua di dalam alam semesta, dengan beberapa daripadanya terbentuk pada permulaan galaksi Bima Sakti. Hanya 158 gugusan bintang diketahui berada di dalam galaksi Bima Sakti sehinggalah teleskop peninjau VISTA di Balaicerap Eropah Selatan, di Balaicerap Paranal Chile, mengesan dua kelompok bintang yang lemah di panggil VVV CL001 dan VVV CL002.

 Kelompok bintang itu ditemui di dalam imej terbaru dari teleskop VISTA yang merupakan sebahagian daripada Vista Variables di dalam peninjau Via Lactea. Kajiselidik VVV produktif juga meletakkan kelompok bintang yang pertama jauh dari pusat galaksi Bima Sakti;di mana cahayanya perlu melalui tirai debu dan gas di tengah galaksi Bima Sakti untuk sampai ke teleskop-teleskop Bumi.

 Di dalam imej inframerah terbaru dari VISTA, gugusan bintang UKS 1 yang mempersonakan mendominasi di bahagian kanan. Tetapi penemuan yang paling mengejutkan ialah medan yang kaya dengan bintang-bintang :kelompok binatng yang lebih pudar telah ditemui dengan mengkaji data dari satu kaji selidik VISTA. Penemuan gugusan bintang baru ini iaitu VVV CL001, adalah lebih rumit untuk dilihat, tetapi koleksi kecil bintang itu terletak di tengah kiri imej.


crdt: http://astronomi.angkasa.gov.my/

The Butterfly Nebula



 Gambar Butterfly Nebula yg diambil oleh NASA,ESA ngn the Hubble SM4 ERO Ia dinamakan Buterfly Nebula kerana kelihatan seperti rama-rama dengan kepak yg besar.

 Kelompok-kelompok (bintang2 berkumpul) yg terang dan nebula2 yg dpt di lihat dr langit bumi kebanyakkannya akan di namakan dgn nama serangga atau bunga (dan lain2 mcm headhorse nebula, eagle nebula) Suhu pd permukaan nebula rama2 ini dianggarkan sekitar 250,000 d.c

Bintang yg berada di tengah-tengahnya (teras nebula) sgt panas dari permukaannya, sementara cahaya yang berkilauan terang dengan cahaya ultraungu, tetapi terlindung dari pandangan mata oleh debu-debu torus yg padat Bermula dari tahun 2009 teleskop angkasa Hubble telah di naik taraf utk melihat kejadian bintang mati (kejadian nova/supernova/ mawar angkasa) secara dekat. Amazing!!


 Image Credit: NASA, ESA, and the Hubble SM4 ERO Team


Kenapa Muka Tumbuh jerawat


kenapa ada jerawat ........




 DAHI -

Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.


HIDUNG -

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.


 DAGU -

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


 PIPI KIRI -

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


PIPI KANAN -

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.


 PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) -

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik


Gunung Berapi Dalam Laut




 Aktiviti gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro, Kepulauan Canary boleh dilihat di permukaan laut dengan kewujudan gelembung buih. Gas, asap dan objek panas terapung dari gunung berapi dasar laut itu. 

Aktiviti di gunung berapi dasar laut itu bermula sejak 17 Julai lalu dan lebih 10,000 gegaran telah direkodkan.

 Ini kali pertama penulis tahu bahawa terdapat gunung berapi dalam laut. Subhanallah, kejadian Gunung Berapi Dalam Laut ini memang jarang kita dengar/lihat, tetapi kejadian itu tetap wujud. Hebat sungguh ciptaan Allah..


sumber gambar : kosmo online

Belalang Emas


BELALANG EMAS


 Diceritakan, ketika Nabi Ayub AS sedang mandi tiba-tiba Allah SWT mendatangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis lengan bajunya agar belalang jatuh. Lantas Allah SWT berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?” Nabi Ayub AS menjawab: “Ya benar, wahai Sang Pencipta! Demi keagungan-Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkahan-Mu.

” Kisah di atas menegaskan betapa pentingnya keberkatan atau keberkahan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kekayaan tidak akan membawa erti tanpa ada keberkahan. Dengan adanya keberkahan, harta dan rezeki yang sedikit akan bolehterasakan mencukupi.

 Sebaliknya, tanpa keberkahan rezeki yang meskipun banyak akan terasakan sempit dan menyusahkan. Agar rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita menjadi berkah, Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak sedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan: “Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, ‘Ya Tuhanku, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah’. Yang satu lagi menyeru, ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya’.”

 Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT. Orang yang kedekut dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak ada keberkahan. Jadi, sejatinya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab, menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah, dan sebaliknya menahannya adalah celaka. -


alkurawi.blogspot.com

Bandar Mini Monaco Menakjubkan Bernilai RM3.3 Billion




LONDON - Beberapa pereka kapal layar mengemukakan pelan untuk membina kapal layar yang mengandungi replika bandar raya mini Monaco yang terapung di laut, lapor sebuah akhbar semalam. Kos pembinaan bandar mini itu ialah £700 juta (RM3.35 bilion) yang mengandungi replika trek lumba, Hotel de Paris, Cafe de Paris, Hotel Loews dan kasino Monte Carlo selain kolam renang serta gelanggang tenis. Ia merupakan idea firma Yacht Island Design yang beribu pejabat di Derbyshire, Britain.

Pengarah syarikat itu, Rob McPherson berkata, reka bentuk itu bertemakan sebuah kapal layar unik dan menggambarkan gaya hidup dan prinsip canggih. Reka bentuk bandar terapung itu sudah siap dan firma itu menunggu seorang bilionair untuk melabur dan memilikinya supaya ia menjadi realiti. - Agensi

Eskalator Terpendek Di Dunia




Eskalator terpendek di dunia terletak di sebuah pusat membeli-belah Kawasaki More Department Store di Jepun. Eskalator ini mempunyai ketinggian hanya 834mm.

 Eskalator ini dibina untuk laluan turun dan bukan untuk laluan naik. Sementara bersebelahnya terdapat anak tangga untuk dinaiki atau dituruni. Eskalator ini juga sudah diiktiraf “Guinness Book of Records” sebagai eskalator terpendek di dunia


Asal-Usul Perkataan Kasanova

Asal Usul Ayat Kasanova




Perkataan "kasanova" memang cukup fobia bagi orang perempuan kerana ia melambangkan jenis lelaki yang kaki perempuan dan suka mempermainkan perasaan perempuan. Tetapi tahukah anda perkataan kasanova atau dalam bahasa Inggeris "casanova" itu di ambil daripada nama seorang pengembara Itali iaitu Giovanni Giacomo Casanova. Beliau dilahirkan di Venice, Itali pada tahun 1725 dan merupakan anak kepada seorang aktres bernama Zanetta Farussi, isteri kepada pelakon bernama Gaetano Giuseppe Casanova yang merupakan sepupu kepada tokoh muzik dunia, Wolfgang Amadeus Mozart.

 Di dalam biografinya, beliau mengakui telah mula melakukan hubungan seks pada seawal usia 16 tahun. Pada usia tersebut juga beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang perundangan dari Universiti Padu. Dia juga mengambil kursus dalam falsafah moral, bidang kimia dan matematik di universiti yang sama. Pada 1740 Casanova kembali ke Venice di mana dia memulakan kerjayanya sebagai pendakwah bagi hal yang berkaitan undang-undang di gereja.

Tetapi dia tidak menghabiskan banyak masa dengan kerjayanya di gereja oleh kerana sifat semulajadinya yang agak liar dan lebih banyak terdorong dengan aktiviti-aktiviti seksual. Kerjayanya di gereja juga banyak terpalit dengan skandal-skandal akibat tabiat buruknya tersebut. Selepas meninggalkan gereja, dia memasuki perkhidmatan tentera sebagai pegawai rendah tentera bagi Republik Venice.

 Dia dihantarkan ke Constantinople (Istanbul sekarang) untuk berkhidmat. Oleh kerana dia merasakan bosan dan menganggap kariernya dalam bidang ketenteraan tidak menjamin masa depannya, maka sekali lagi dia menukar karier. Kembali ke Venice, dia menjadi seorang pemain biola dalam Teater San Samuele. Pada usia 21 tahun, dia telah menyelamatkan nyawa seorang bangsawan Venice dari keluarga Bragadin, yang mana mereka inilah yang menjadi tempatnya bergantung dan seterusnya mereka inilah yang menjadikannya sebagai salah seorang lelaki yang kaya raya.


Casanova sekali lagi meninggalkan Venice pada 1748, kali ini juga disebabkan oleh satu lagi skandal di mana dia dituduh memperkosa seorang gadis. Bagaimanapun pertuduhan ke atasnya ini ditarik balik dan dibersihkan namanya. Pada tahun 1756, beliau mengembara ke paris dan menjadi pemegang amanah Loteri Kebangsaan yang pertama. Kedudukannya ini menjadikannya dapat mengumpul kekayaan yang amat besar. Bagaimanapun sebahagian dari kekayaan yang terkumpul hilang akibat banyak kegiatan tidak bermoralnya dengan wanita-wanita yang menjadi pekerjanya. Akibat dari itu, dia menanggung hutang piutang yang banyak lalu dipenjarakan selama 4 hari atas sebab ini.

 Casanova juga berhasrat untuk menjadi seorang paderi Katolik. Bagaimanapun niat itu ditukar dan beliau kemudiannya mengunjungi Albrecht von Haller dan Voltaire. Bermula 1760, dia mula mengelarkan dirinya dengan gelaran Chevalier de Seingalt (Chevalier merupakan gelaran bagi pangkat seperti panglima) dan terkadangnya dia menggunakan gelaran Count de Farussi (Farussi merupakan nama asal ibunya) dengan niat mengelabui mata orang ramai dan mencari kedudukan dalam masyarakat.


 Bagaimanapun, Pope Clement XIII akhirnya pada satu ketika menganugerahkannya dengan anugerah pingat Éperon d'Ã’r. Akhirnya Casanova memperolehi gelaran Chevaliar yang diidam-idamkannya secara sah menerusi pemberian angurah dari Pope tersebut. Pada tahun 1785, dan seterusnya dia berkhidmat sebagai pustakawan kepada Count Joseph Karl von Waldstein, seorang chamberlain (pengurus kediaman diraja) bagi Maharaja di Istana Dux, Bohemia (kini dikenali sebagai Istana Duchov, Republik Czech).

Disinilah tempatnya di mana dia memulakan usahanya menulis autobiografinya. Kehidupan diakhir-akhir penghujung usianya sangat membosankan, menyakitkan dan mengecewakan dirinya. Semua yang bekerja di Istana Dux tersebut membenci sikap dan perangainya dan dia bukanlah merupakan seorang yang dihormati di sana malah dibenci. Pada 1798 akhirnya dia menghembuskan nafas yang terakhir di tempat di mana ramai manusia disekelilingnya membenci dirinya. Begitulah riwayat hidup seorang lelaki yang matinya tanpa disanjung malah di benci oleh masyarakat pada zamannya. Akan tetapi sekarang ini namanya diabadikan bagi gelaran lelaki yang kaki perempuan dan suka mempermainkan perasaan perempuan.




5 Fakta Untuk Anda Percaya Atau Tidak


5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK



 1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

 4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Kenapa Love Bite (Gigitan Cinta) Berbahaya





Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung.

Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya.Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

 Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok! So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

sumber : dailymail

Kek Aiskrim Terbesar Di Dunia





kek aiskrim gergasi seberat 10.13 tan ini mengandungi 20,000 pound ais krim lebih 200 kek span...

lebih dr 300 pound icing..dan pecahan oreo... kek aisk krim ini menggunakan khidmat 100 pakar dr Dairy Queen dan mengambil masa selama 14 jam...rekod aiskrim terbesar pernah dibuat di Beijing..

Cara Mudah Menyegarkan Wajah



Setelah sehari suntuk menjalani rutin harian, anda tentu letih. Bila badan letih, muka anda pun kelihatan kurang bermaya. Andainya anda ada temujanji di malam harinya, sama ada atas urusan perniagaan ataupun peribadi; tentu anda nak muka nampak segar, kan?


Begitu juga halnya jikalau anda seorang isteri. Tentu anda nak sentiasa kelihatan menawan di mata suami. Janganlah hanya cantik bila nak keluar rumah je. Tapi bila kat rumah, langsung tak dijaga. Kalau macam ni, jangan salahkan suami bila dia dah susah nak puji kecantikan anda tue.

Bagi mengatasi masalah ini, ada satu cara yang boleh anda gunapakai untuk menyegarkan wajah pada waktu malam. Iaitu dengan memakai masker wajah atau masker muka buatan sendiri.

Bahan-bahan untuk membuatnya pun ag kmudah untuk dicari. Iaitu;

1. 1 biji telur ayam.

2. 1 sudu teh madu.

3. Beberapa sudu makan susu.


Anda boleh gunakan sama ada susu pekat manis ataupun susu tepung. Oleh sebab saya takde susu tepung, jadi saya la pakai susu pekat sebagai ganti.

Sebelum - Ramuan Masker Wajah
Sebelum - Ramuan Masker Wajah


Cara membuat masker muka ni pula seperti berikut;

1. Anda campurkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan dalam satu bekas.

Boleh rujuk gambar di atas. :)

2. Kemudian, kacau bahan-bahan tadi sampai sebati.

Selepas - Ramuan Masker Wajah
Selepas - Ramuan Masker Wajah


3. Bila dah rata atau sebati, anda sapukan saja ia pada seluruh bahagian muka dan leher.

4. Biarkan ia kering dan mengeras iaitu kira-kira dalam 30 minit.

Oleh kerana saya pakai susu pekat manis, ianya taklah begitu keras. Tapi jikalau ada di antara anda yang pakai susu tepung, harap boleh kongsikannya pada ruangan komen nanti ya. :)

5. Selepas 30 minit, bilaslah masker wajah anda ni dengan air suam.

6. Akhir sekali barulah anda cuci dengan air bersih yang biasa digunakan.

Selepas membuat rawatan muka di rumah ni, saya yakin kulit muka anda akan lebih segar berbanding sebelumnya.




sumber : http://petuasejagat.blogspot.com

Petua Hilangkan Jerawat dan Parut di Muka




Masalah jerawat umpama satu tembok halangan yang cukup sukar ditembusi. Ia tentunya merimaskan anda. Lebih-lebih lagi bila pelbagai usaha telah dibuat bagi mengatasi jerawat. Namun, semuanya tak membuahkan hasil. Kecewa pun ada. Sedih pun ada. Tapi, selalunya setiap penyakit ada ubatnya, kan?

Jadi, andainya anda masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk hilangkan jerawat, apakata gunakan daun mertajam. Ia merupakan salah satu ubat jerawat tradisional. Di bawah ini ada contohnya. Saya ambil dari web toptropicals.com.

Buah dan Daun Mertajam
Buah dan Daun Mertajam

Kemudian, di bawah ini pula Pokok Mertajam. Atau nama saintifiknya "Erioglossum Rubiginosum".

Pokok Mertajam
Pokok Mertajam

Daun mertajam ni dikatakan boleh hilangkan jerawat dan tidak meninggalkan sebarang kesan parut. Petua yang perlu anda ikuti adalah seperti berikut;

1. Ambil beberapa helai daun mertajam dan bersihkannya.

2. Kemudian, anda tumbukkan atau gilingkan daun mertajam tadi serta campurkannya dengan kemenyan (kira-kira sebesar ibu jari).

Tujuan disarankan mencampurkan kemenyan adalah untuk mempercepatkan proses pengecutan jerawat serta menjaga kulit muka.

3. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sampai halus.

4. Setelah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk.

Tujuan mencampurkan bedak sejuk ni pula supaya kulit muka anda tak terasa panas nanti. :)

5. Seterusnya, sapukan saja campuran itu ke muka anda seperti memakai masker (topeng muka).

6. Anda boleh sapu masker jerawat ni pada waktu malam dan cuci pada keesokan paginya ya.

Amalkanlah petua di atas setiap hari untuk hilangkan jerawat dan parut di muka anda. Mudah-mudahan selepas ini, ada bebas daripada jerawat dan tiada lagi kesan parut di muka.

Petua Memutihkan Ketiak Yang Hitam dan Leher Hitam





Bagi yang mahukan cara lain untuk memutihkan ketiak, hari ini saya kongsikan cara alternatifnya. Cara kali ini ada dua fungsi. Bukan setakat memutihkan ketiak yang hitam. Malah sesuai buat anda yang ingin memutihkan bahagian bawah leher. Itu hanya tambahan jikalau bahagian bawah leher anda hitam.



Andainya bawah leher agak hitam, cubalah petua di bawah ini;


1. Sediakan bahannya iaitu kunyit, limau nipis dan timun.

2. Memula, anda perahkan limau nipis.


Gambar limau nipis - commons.wikimedia.org



3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.


Gambar timun - ladangfertigasi.blogspot.com


4. Seterusnya, anda tumbukkan sedikit kunyit.

5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.

6. Akhir sekali, anda sapukan bahan-bahan di atas pada bahagian bawah leher atau ketiak. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.

Petua ini perlu dibuat setiap hari sehinggalah anda puas hati dengan hasilnya.




~petuasejagat~

Gambar Model Jepun Berusia 43 Tahun Yang Nampak Muda Seperti Remaja



Masako Mizutani ialah seorang model berusia 43 tahun dari Jepun. Beliau mempunyai seorang anak berusia 20 tahun tapi just look at her! Tak ada rupa perempuan 40-an langsung.Take that Rozita Che Wan! Rahsia beliau? 5 jam setiap hari didedikasikan kepada penjagaan kulit! So on the upside memang dia nampak muda. Downside? 5 jam sehari dihabiskan dengan penjagaan muka .







Laporan asal Sankaku Complex

Tikus Dalam Roti



berlaku di England. Beli roti dari TESCO dapat free tikus!.. Akibatnya syarikat pembuat roti disaman pihak berwajib GBP 5500 kerana tidak menjaga kebersihan. Mereka juga dipaksa membayar kos pengendalian kes mahkamah sebantak GBP 11,109.47 .

Yang best pasal berita ini di England ialah derang takde problem melaporkan roti dibeli di TESCO dan nama syarikat roti yang pengotor. Dekat Malaysia akhbar jarang sangat nak dedahkan nama!



Laporan asal Daily Mail

Buah Berbentuk Kemaluan Manusia








Mesti korang sendiri tepuk dahi kan bila tengok gambar kat atas tu..Hahahahaha....




Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...