Durian Berbuah Di Pangkal Pokok



Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Kepulauan Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia adalah daripada jenis Durio, termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis. Nama saintifik -  Durio zibethinus Murrdari keluarga Bombaceae.

Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan penghujung musim, buah durian dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Namun pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak.

Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia. 


Pada kebiasaannya pokok durian berbuah pada dahan pokok dan di hujung rantingnya. Akan tetapi pemilik dusun durian ini mempunyai pokok durian yang sungguh pelik kerana mengeluarkan buah pada batang utama pokok dan juga di bahagian pangkal pokok.

Secara tidak langsung, kejadian pelik ini memberikan kemudahan kepada petani ini untuk memungut hasil buah durian. Apa tidaknya, buah tersebut mudah dilihat dan diambil kerana berada di pangkal dan batang pokok.

Bagi memastikan buah durian tersebut tidak rosak dan dimakan oleh haiwan di dusunnya, beliau memagari di sekitar pangkal pokok dengan jaring dawai. Apabila masak buah tersebut akan gugur dari tangkainya dan buah durian akan tetap sentiasa berada di dalam kawasan yang dipagarinya itu.


NOTA: Di kawasan-kawasan lain mungkin ada banyak kejadian sebegini juga kot rasanya.. Tetapi bagi yang tak pernah lihat kes macam ni memang agak jangal jugaklah kan,.. huhuhu

Lipan Galapagos : Lipan Terbesar Di Dunia



lipan galapagos



Huhu,semua orang pernah tengok lipan.. Semua orang tahu lipan sangat berbisa.. Tapi cuba anda bayangkan bila anda kena gigit dengan lipan Galapagos.. Lipan yang terbesar sekali di dunia..


 Panjang lipan Galapagos (Scolopendra Gala­pa­goen­sis) ini boleh mencapai sehingga 44-46 cm. Bayangkan?? 44-46 cm?? Itu kalau kena gigit,cormfirm anda akan tersenyum..huhu


Di sebabkan saiz nya yang besar,lipan ini juga mampu untuk melawan haiwan yang besar. Menurut sumber,lipas galapagos ini mampu untuk menyerang tikus dan juga kelawar.. Dan lipan galapagos ini juga pernah di jumpai tengah bertarung dengan ular.. Haha,kuat betul lipan ni.. Lipan merupakan haiwan arthropoda yang memiliki sepasang kaki di setiap tubuhnya..


Haiwan ini termasuk dalam ketegori haiwan yang berbisa,dan haiwan nocturnal(tidur di siang hari) dan aktif di waktu malam.. Gigitan lipan ini mampu membuatkan seseorang itu menjadi lumpuh.. Selain di kepulauan galapagos,lipan yang berukuran besar juga dapat di jumpai di persisiran ekuador,peru selatan di kepulauan cook dengan spesis yang berbeza..

Kelebihan Minum Air Sambil Duduk







Orang tua selalu melarang minum air sambil berdiri. Kita disuruh minum air sambil duduk. Sebenarnya ada kelebihan minum air sambil duduk. Kita juga sering mendengar saranan supaya minum air putih yang banyak untuk kesihatan diri.


Namun, jika cara anda salah ketika minum air putih pun boleh memberi kesan kepada kesihatan diri. Kajian kesihatan akupuntur membuktikan bahawa minum air sambil duduk lebih baik berbanding secara berdiri. Ini kerana, air putih yang diminum ketika duduk akan disaring oleh 'sfringer', iaitu struktur berotot yang boleh membuka dan menutup untuk disalurkan pada penyaringan di ginjal.



Sebaliknya, jika anda minum air putih secara berdiri, air akan masuk tanpa sebarang saringan. Akibatnya, boleh berlaku penyakit ginjal. Untuk mengatasinya, biasakan minum air sambil duduk, minumlah secara perlahan-lahan dan jangan terburu-buru. Pesanan orang-orang tua kadangkala sememangnya ada rahsia tersirat di sebaliknya.

Senaman Kuruskan Badan Untuk Wanita





Masalah berat badan ataupun struktur badan untuk wanita memang selalu menjadi isu pada wanita. Tidak terlepas juga ke pada lelaki. Tapi kali ini nak tunjukkan cara-cara senaman kuruskan badan khasnya untuk wanita. Mudah dan senang untuk diamalkan.

Seperti senaman untuk punggung yang menarik merupakan keyword yang dicari, Samada nak melansingkan tubuh badan mahupun mengecilkan paha. Untuk wanita, dipersilakan mengikuti langkah-langkah yang bisa dilakukan di mana anda berada. Jangan lupa, 











10 Kereta Kebal Terbaik Di Dunia


Assalamualaikum..


Simple dan santai je post hari ini kerna aku mahu kongsikan entri mengenai TOP 10 KERETA KEBAL TERBAIK. Sebut kereta kebal, tentu kalian dapat membayangkan bagaimana rupa parasnya kan, ianya adalah satu kereta bersenjata yang besar, berat main ikut tan bukannya kilogram, ada senjata meriam yang panjang, rodanya unik dan mampu menahan serangan peluru dari pihak musuh.

Jadi aku senaraikan TOP 10 KERETA KEBAL TEBAIK ini dengan gambarnya sekali. Mungkin senarai ini boleh berubah dari semasa ke semasa kerana teknologi semakin pesat.  

LEOPARD 2 - JERMAN 
PROFIL LENGKAP LEOPARD 2 KLIK SINI


FV 4034 CHALLENGER 2  - ENGLAND
PROFIL LENGKAP FV 4032 CHALLENGER 2 KLIK SINI


M1 ABRAM - AMERIKA SYARIKAT
PROFIL LENGKAP M1 ABRAMS KLIK SINI


K2 BLACK PANTHER - KOREA SELATAN
PROFIL LENGKAP K2 BLACK PANTHER KLIK SINI


MERKAVA IV -ISRAEL
PROFIL LENGKAP MERKAVA IV KLIK SINI


K1A1- KOREA SELATAN
PROFIL LENGKAP K1A1 KLIK SINI


TYPE 90 - JEPUN
PROFIL LENGKAP TYPE 90 KLIK SINI


AMX-56 LECLERC OPERATORS - PERANCIS
PROFIL LENGKAP AMX-56 LECLERC OPERATORS KLIK SINI



TYPE 99 MBT - CHINA
PROFIL LENGKAP TYPE 99 MBT KLIK SINI


T-90 BHISMA- RUSIA
PROFIL LENGKAP T-90 BHISMA KLIK SINI



TENTU KALIAN TERTANYA-TANYA MANA MALAYSIA PUNYA KERETA KEBAL, JANGAN RISAU MALAYSIA ADA PUNYA. KAT BAWAH NI KERETA KEBAL YANG MALAYSIA MILIKI. IANYA BERNAMA PT 91 ATAU PENDEKAR.

PT 91 ATAU PENDEKAR
PROFIL LENGKAP PT91 ATAU PENDEKAR KLIK SINI

Rumah Terbalik Pertama di ASIA TENGGARA! : The UPSIDE DOWN HOUSE Only in Borneo





AMAZING! Hanya itu yang dapat saya gambarkan apabila melihat rumah ini yang sangat unik dan lain daripada yang lain. Dibuka untuk lawatan orang ramai pada 1 Feb 2012, 'UpsideDown House' ini akan menjadi ikon Pekan Tamparuli di masa hadapan. Terletak di tepi Jalan Telibong Tamparuli, tidak sukar untuk melawat rumah ini memandangkan lokasinya yang strategik di tepi jalan.

Lokasi Rumah Terbalik

Harga tiket untuk masuk ke sini ialah : RM18 (non-IC holder),RM10 (IC-holder),RM5(pelajar SMK dan SK) dan budak berumur bawah 3 tahun boleh masuk percuma.

Setibanya anda disini, anda akan disambut oleh para staf Rumah Terbalik ini, dan sememangnya mereka tidak lokek dengan senyuman.


Gambar dari 'Entrance'

Selesai membayar tiket, anda akan dibawa masuk ke dalam rumah ini. Seperti biasa,anda akan disuruh ketuk pintu menandakan kedatangan anda. Jangan terkejut sekiranya jika anda masuk, TV dan sofa berada di atas kepala anda! Ruangan yang ada dalam rumah ini spt ruang tamu, beranda, bilik tidur utama, tandas, bilik tidur anak lelaki dan dapur. Apa yang menarik perhatian saya, perabot-perabot yang ada dalam rumah ini semuanya dalam keadaan terbalik. Maaf saya tidak dapat tunggu lama-lama dalam rumah ini kerana berasa pening melihat semuanya yang seakan-akan menunjukkan anda berjalan di siling rumah! 

Perhatikan baju yang disidai. Seakan-akan rambut yang dikenakan 'Wax'.


Basikal juga turut 'UpsideDown'

Selesai anda dibawa meronda ke dalam kawasan rumah, terdapat juga 'Tamu' atau kedai yang menjual cenderamata dan 'Kedai Kopi' untuk anda bersantai mengembalikan anda ke dunia yang sebenar setelah melihat keadaan rumah yang 'Upside Down' ini. 

Tamu atau Kedai Cenderamata.


Antara cenderamata : 'Wood Bookmark'


Rekaan baju juga turut 'UpsideDown'! 

FAKTA MENARIK 'UPSIDEDOWN HOUSE'    
  1. Rumah ini mengisahkan tentang kehidupan bahagia keluarga yang berasal dari Kota Belud yang mana mereka mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Ayahnya berasal dari Kota Belud dan berbangsa Dusun Tindal, Emaknya pula berasal daripada Papar dan berbangsa Cina-Kadazan (Sino)  dan anaknya mewarisi darah Dusun dan Cina.
  2. Konsep rumah terbalik ini hanya terdapat lima buah sahaja di dunia buat masa ini, dan ini yang kelima. Sementara rumah terbalik yang berada di Sabah ini adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. 
  3. Sebaik anda memasuki rumah, semua barang dan perabot akan kelihatan terbalik. Cuma ada satu sahaja benda yang berada pada kedudukan normal (tidak terbalik). Perhatikan betul-betul jika anda berpeluang ke sini nanti. 
  4. Anak lelaki tunggal mereka amat meminati seni pertahanan diri Aikido. Yang menarik, di bilik anak lelaki mereka ada poster Steven Seagel, lagenda Aikido dunia.
  5. Perabot yang paling berat di dalam rumah ini ialah MESIN JAHIT iaitu seberat 35kg! 
  6. Rumah ini berkonsepkan rumah tempatan terutamanya rumah-rumah di daerah Kota Belud.
  7. Anda tidak masuk melalui pintu hadapan tetapi dari ruang tamu rumah. Beranda rumah pula ditutup dengan cermin agar hujan tidak masuk walaupun hakikatnya beranda rumah sebenar 'open air'.
  8. Pembukaan 'Grand Opening' rumah ini ialah pada 28 Feb 2012 tetapi sudah mula dibuka untuk lawatan orang ramai pada hari ini (1 Feb 2012). 
  9. Bilik tidur utama juga menarik dengan hiasan komputer terbalik! Di bahagian tandas pula, mesin basuh terbalik, di laman rumah pula, kereta Kancil terbalik!
  10. Rumah ini dan kawasan sekitarnya dilengkapi CCTV!
  11. Tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam rumah, jika mahu, anda mesti membayarnya dengan harga RM100 sekeping pada masa sekarang!
Perhatikan kereta sorong tersebut.


Tamu, Pejabat, Kedai Kopi dan Tandas.


Kemudahan tandas yang selesa.


Kereta 'Kancil' terbalik.


Gambar dari tepi sebelah garaj.


Menakjubkan


Lihat Stesen Minyak Shell itu. The UpsideDown House betul-betul terletak di tepi jalan ini. 

'UpsideDown House' ini dibuka 8 pagi hingga 8 malam setiap hari dan akan dirasmikan pada 28 Feb 2012. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Mr. Kenny Anthonio Jinidu di talian 016 8395736 dan anda juga boleh mengikuti perkembangan mereka di FB Page mereka (Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo!).

Gambar² di bawah pula adalah antara koleksi gambar bahagian dalam 'UpsideDown House' yang telah dipaparkan oleh Halaman Peminat mereka sendiri iaitu Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo! di Fanpage Facebook mereka semasa di dalam proses pembikinan rumah terbalik berkenaan. Anda juga boleh masuk ke bahagian album page tersebut ( Klik Sini ) untuk melihat lebih banyak gambar 'UpsideDown House' di sana.

8 Tips Elak Perut Buncit !



Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.


Di artikel ini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.


1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.



2.Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.


3.Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.


4.Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.


5.Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !


6.Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.



7.Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.


8.Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !




sumber : blog kevin zahri

Tips Menangani Anak Merajuk



Elakkan Dari Anak Merajuk

Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk. Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan....


Cuba Kenali Punca Anak Merajuk

Seandainya anak sedang merajuk, cuba selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang kita maksudkan.


Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk

Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk. Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut.


Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk....

Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri. Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula.


Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk

Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku, kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai hati nak sepak terajang kucing tu kan....

Jika semua cara masih juga tidak berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Bukannya hendak menakut-nakutkan anak, cuma sekadar mengajar. Iyalah anak kalau dimanjakan dengan keterlaluan nanti akan menjadi 'Anakku Sazali' pulak kan. Selepas keadaan reda, kita kena terangkan pada anak tersebut rasional kita berkeras dengan dia dan apa salah dia agar si anak sedar akan kesalahannya....

Restoran Mcdonalds Terbesar Di Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, mesti ramai yang pernah makan di restoran Mcdonalds ni kan? haa, tapi tahukah anda restoran ni juga ada dicatatakan sebagai restoran Mcdonalds terbesar di dunia? tengok gambar di bawah ni.. 

Restoran Mcdonalds Malaysia terdekat

Restoran Mcdonalds Malaysia termurah

Restoran Mcdonalds Malaysia terbesar

Restoran Mcdonalds Malaysia di pekan

Restoran Mcdonalds Malaysia promotion

kupon Restoran Mcdonalds Malaysia


Perghhh, memang besar yang amat, Restoran ini terletak di 200 meter daripada stadium Olimpik utama di Stratford, timur London. Ianya mempunyai keluasan 3000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan sebanyak 500 pekerja dan sebanyak 200 pekerja akan bertugas pada satu shift. 

Memang tak menang tangan la nampak gaya pekerja Mcd ni..
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...