Statistik Umat Islam Di Malaysia



Berikut merupakan statistik berkenaan umat Islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:


1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.

2.
80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.

3.
70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan.

4.
50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya.

5.
Hanya 10% umat Islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.

6.
Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.

7.
80% remaja hari ini tidak pandai mengaji.

8.
90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt.

9.
80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.

10.
95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.

11.
95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam.

12.
100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.

13.
50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.

14.
50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15.
90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16.
Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.

17.
3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari.

18.
90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.

19.
Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit.

20.
Dan hanya 1% sahaja umat Islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.

21.
90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH.

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman Islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"


Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,


Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?


Wallahua'alam.


#Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan penduduk.


Gambar Menakjubkan - Natural Mirrors


Sila kagum dengan keindahan gambar-gambar di bawah ini...ianya dipanggil sebagai seni fotografi pantulan atau reflection art photography...

 










sumber gambar: http://www.coolpicturegallery.us

Kitab Injil (Bible) Berusia 1,500 Tahun Yang Cuba Disembunyikan Gereja Kristian



Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.


Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).



Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).


Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

sumber: berita harian, dailymail.co.uk



Saintis Temui Spesis Haiwan Baru Yang Kelihatan Seperti Udang

 



Ekspedisi saintis British ke salah satu bahagian lautan dalam telah menemui satu lagi spesis krustasia yang besar bentuknya juga kelihatan seperti seekor udang dan panjangnya kira-kira 11 inci (28cm).

Haiwan 'Supergiant' itu adalah sejenis amphipod yang telah ditemui lebih daripada empat kilometer di bawah permukaan air di perairan utara New Zealand.

Kebanyakan amphipods biasanya hanya berukuran 0.8 - 1.2 inci panjang. Tetapi spesimen baru ini yang ditemui oleh pasukan dari University of Aberdeen adalah lebih sepuluh kali ganda daripada saiz yang biasa ditemui.

Penyelidik-penyelidik itu berkata bahawa amphipods yang baru dijumpai itu adalah spesimen terbesar 'supergiant' yang berjaya ditangkap


sumber : daily.co.uk

Kingdom Tower,Arab Saudi







Seperti yang sedia maklum, rekod menara tertinggi didunia pada masa kini di pegang oleh Burj Khalifa yang berketinggian 828 meter dan terletak di Dubai. Tapi rekod ini bakal dipecahkan tidak lama lagi oleh Kingdom Tower yang telah mula dibangunkan pada Januari 2012.

Menara yang akan berketinggian 1000 meter ini menelan belanja 1.23 billion USD (RM 3.74 billion) dan bakal siap pada tahun 2016/2017 kelak. Berikut adalah gambar janaan komputer tentang bagaimana rupa Kingdom Tower berkenaan.

Penjara paling mewah di dunia!





Selepas aku tengok entri dari Obefient Blog Serious tentang dua penjara yang macam langit dan bumi, aku teringat yang aku pernah terbaca tentang penjara yang sangat-sangat mewah; lagi mewah dari bilik korang. Penjara tersebut ialah Leoben Justice Centre yang terletak di Steiermark, Austria. Seriously, penjara ni memang sangat awesome!


Mesti korang akan terfikir, apahal lak government Austria ni nak buat penjara cantik-cantik sangat, untuk penjenayah je kot! Sebenarnya pendekatan diorang ni adalah bertepatan dengan International Covenant on Civil and Political Rights iaitu "Semua manusia dilahirkan merdeka dan mempunyai kehormatan dan hak yang sama". Kiranya dorang treat prisoners ni as human dengan harapan dorang akan berubah dan bukannya nak kurangkan jenayah dengan torture and all other

Rumah Hijau Yang Dihasilkan Daipada Lumut


Dinding guna cat? Ketinggalan betul la, sekarang orang guna lumut. Lebih jimat, lawa dan dapat udara segar sekali, tapi geli la sikit. Direka oleh 2 orang arkitek dari Mass Studies di sebuah rumah seorang fesyen designer Ann Demeulemeester’s store in Seoul, South Korea.

Rumah ni ada 3 level, kedai Ann Demeulemeester di tingkat atas, restoran di tingkat bawah dan kedai serbaneka di bahagian bawah tanah.

Apa-apa pun design bangunan ni amat mementingkan kehijauan alam semulajadi dan dilihat satu langkah bagi menyokong kehijauan bumi. Ia juga merupakan gabungan bijak senireka dalaman, senibina dan landskap.

Kesan Memakai Seluar Dalam Ketika Tidur



Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. 


‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.

sumber:http://rc.my/archive/index.php/thread-3504.html
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...