Sebab Doktor Bedah Memakai Baju Hijau







Walaupun sukar hendak dipastikan kenapa warna hijau jadi popular kerana alasan ini, hijau memang sesuai pada doktor untuk melihat dengan lebih baik di dewan bedah, kerana hijau adalah lawan dari warna merah dalam roda warna.

Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau dapat menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah semasa pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak kurang sensitif terhadap variasi warna merah.


Alasan lain adalah, apabila dengan terus-menerus fokus kepada warna merah akan menyebabkan ilusi berwarna hijau pada latar warna berwarna terang atau putih. Ini akan menggangu penlihatan doktor. Jika warna baju doktor bedah berwarna hijau, ilusi ini akan berkurangan dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Makna Mesej Error Ketika Mengakses Internet.



Selalunya ketika kita sedang Asyik Browsing dan Berinternet Ria muncul mesej Eror yang tidak kita kehendaki.Sebenarnya Hal tersebut masih di kategorikan Wajar Kerana di pengaruhi Oleh Beberapa Faktor.Anda Harus Tahu apa penyebab dan makna mesej Eror tersebut.



500 - Internal Server Error


Mesej error di atas diertikan sebagai adanya masalah atau kesalahan dalam server internal laman sehingga anda tidak boleh mengakses laman web yang berkenaan, selama administrator laman belum memperbaiki mesej kesalaahan tersebut.


404 - Not Found


Anda beberapa hal yang menyebabkan munculnya mesej kesalahan di atas:
* Data di database sebelumnya sudah ada, namun sudah dibuang atau dihilangkan dari database server.
* Terjadi gangguan akses internet atau down
* Jika akses internet tetap gagal, maka kemungkinan laman tersebut memang tidak ada
* Ralat penulisan alamat URL


400 - Bad Request

Mesej ralat tersebut dialami oleh server yang tidak boleh memahami arahan dari client. Penyebabnya pada umumnya berupa kesalahan script coding di server, sehingga hanya administrator server-lah yang boleh mengatasinya.

403 - Forbidden


Mesej kesilapan tersebut mempunyai dua alasan:

* Menunjukkan bahawa halaman laman web ini tidak adapat diakses kerana telah diatur demikian dalam servernya.

* Owner atau pemilik laman belum membayar sewa hosting ke syarikat pemilik server, sehingga terjadi sekatan dari pihak syarikat server.



408 - Request Timeout


Mesej ini memiliki alasan bahawa timer atau waktu untuk mengakses laman telah habis. Hal tersebut disebabkan oleh kelajuan akses Internet yang cukup lambat, dan pelayan biasanya mempunyai Pemasa atau batas waktu tertentu dalam pengaksesan data dalam database-nya.


401 - Unauthorized


Mesej kesalahan tersebut ertinya user tidak mempunyai kuasa atau kebenaran untuk mengakses laman web tersebut. Biasanya laman diberi keselamatan username dan password, sehingga anda harus mengerti username dan password laman web tersebut.

Montalvo Bukan lagi ‘Budak Penyu’




BOGOTA: Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan, lapor media semalam.


Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir dengan masalah itu – dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital Melanocytic Nevus – dan berpotensi membahayakan dirinya.Bagaimanapun, disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan.



Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul.
Berdasarkan pandangan pawang, budak itu dipercayai mula menjadi janin ketika gerhana.Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan.

Namun, sekumpulan doktor, diketuai pakar pembedahan plastik dari Britain, Neil Bulstrode, menawarkan diri membantu Montalvo secara percuma selepas mengetahui kisahnya.Menurut Bulstrode, dia pergi ke Bogota untuk membantu sekumpulan pakar bedah negara itu membuang tanda lahir pada badan kanak-kanak terbabit.


sumber : hrianmetro.com.my

Buaya Besar Ini Manja Dengan lelaki Yang Menyelamatkannya

Ok ni kisah antara manusia dan Haiwan pulak. lihat photo2 mereka yg bermain bersama sama ni, ala ala sweet gituu kann?










Buaya ini pernah hampir mati namun diselamatkan oleh pemuda ini. Lelaki yg sangat berani ini namanya ialah Chito, dan dinamakan buayanya Pocho!

Dua puluh tahun lalu Chito menemui buaya ini di sungai dengan keadaan hampir mati, terluka kerana tembakan senjata api. lalu kerana kasihankan buaya itu, Dia menaikkan buaya besar itu ke perahunya dan dibawa ke rumah, lalu luka buaya itu diubatinya.

“Setiap malam saya tidur di sebelah Pocho ketika dia cedera. saya menganggapnye dan melayannya dengan penuh kasih sayang,” kata Chito seperti yg dikupas Blog Berita dari Moolf.

Chito mengambil masa lapan tahun untuk saling memahami dengan Pocho. Sekarang dia sudah boleh berenang bebas bersama Pocho di kolam. apabila hendak memberi Pocho makan, Chito terus masuk ke dalam air. Persahabatan di antara manusia dengan buaya ini menjadi tontonan para pelawat yang hadir disitu.

p/s : so sweeeett laaaaa, dah mcm binatang perliharaan,

nak tengok video ni klik sini ==> http://www.youtube.com/watch?v=PefKwpNynyc

Kapal Layar RM45 juta




MODEN... kapal layar Adastra dianggap binaan membawa ciri era angkasa lepas.


AKTIVITI perkapalan kini memasuki era baru dengan terbinanya kapal layar mewah bernilai AS$15 juta (RM45 juta) yang memakan masa lima tahun untuk disiapkan.

Dianggap satu daripada kapal layar paling mengagumkan di dunia, Adastra sepanjang 42 meter itu pasti menarik perhatian sesiapa saja ketika ia dilancarkan secara rasmi di China beberapa hari lalu.


Ditempah Anto dan Elaine Marden dari Hong Kong, Adastra adalah hasil ciptaan daripada perancangan dan pembinaan selama lima tahun. Ia dilihat satu-satunya kapal layar yang mampu mencabar koleksi bilionair Russia, Roman Abramovich.


Foto

BENTUK UNIK... pandangan belakang Adastra.


Foto

SEDIA BERLAYAR... selepas melalui tempoh lima tahun merancang dan membina, Adastra berjaya disiapkan dan bersedia untuk berlayar di laut.


Foto

SERBA MEWAH... kemasan di ruang dalam Adastra.



Adastra dibina hasil ilham pereka kapal layar terkenal di dunia yang berpangkalan di Sussex Barat, John Shuttleworth. Ia dibina dengan lebar 16 meter dan berat 52 tan.


Kata Shuttleworth, pembinaan Adastra memerlukan kajian terhadap konsep trimaran yang lebih canggih berbanding yang pernah ada sebelum ini.


“Cabaran mengubah konsep ini menjadi kapal layar mewah memaksa saya membuat kajian lebih dalam bagi membangunkan pemikiran baru mengenai kestabilan dan keselesaan di laut,” katanya.

Badan Adastra dibina daripada kaca dan Kevlar. Saiznya membolehkan kapal layar berkenaan memuatkan sehingga sembilan tetamu dan enam anak kapal.


Ruang dalam Adastra dipastikan selesa dan membolehkan penghuninya menikmati pemandangan indah di sekeliling, manakala kokpit terbuka dipasang sofa di kedua-dua sisi.

Dek terbuka di bahagian belakang pula menyediakan landasan untuk penghuninya mandi.


Kelajuan maksimum Adastra boleh mencecah 22.5 knot dengan jarak sejauh 4,000 batu nautika (7,408 kilometer) pada kelajuan 17 knot. Jarak itu mencukupi untuk perjalanan dari United Kingdom ke New York.


Majalah Boat International berkata, Adastra boleh mendorong pembinaan kapal layar untuk jarak jauh yang lebih efisyen pada masa depan.


sumber : harianmetro.com.my



Sebagai langkah keselamatan, Adastra dipasang dengan sistem pemantauan kapal dan boleh dikawal dengan seunit iPad Apple dalam jarak 50 meter.


Adastra digerakkan dengan seunit enjin Caterpillar C18 yang memiliki kekuatan 1,150 kuasa kuda dan dua unit Yanmar 110 kuasa kuda.


Di ruang dalam Adastra dibina kawasan lounge, meja makan dan pusat kawalan. Pusat kawalan utamanya - mempunyai dua tempat duduk - berada di kawasan lebih tinggi di antara dek belakang dan kawasan rehat.


Ia adalah sebahagian daripada rasuk lintang yang membentuk Adastra.

Antara Kelebihan Bila Perempuan Menjaga Dara




Di zaman moden sekarang, tidak sedikit perempuan yang sudah aktif berhubungan seksual meskipun belum rasmi bernikah, bahkan diantaranya ada yang masih pelajar sekolah. Padahal banyak manfaat kesihatan yang boleh dirasakan perempuan bila boleh menjaga keperawanannya.

Keperawanan masih sangat dihargai di negara dengan adat timur, termasuk di malaysia Perempuan dianggap suci secara agama dan moral bila boleh menjaga keperawanannya sebelum menikah.

Sayangnya, pergaulan bebas yang sedang marak di kalangan anak muda dan remaja, membuat perempuan boleh melepas keperawanannya bila-bila saja, walaupun masih di bangku sekolah sekalipun. Padahal keperawanan adalah salah satu hadiah paling istimewa yang Tuhan berikan pada seorang perempuan.

Berikut beberapa manfaat kesihatan kepada perempuan yang boleh menjaga keperawanannya sebelum menikah, seperti dilansir Timesofindia:

1. Tak perlu takut hamil di luar nikah
Dari banyak keuntungan, yang satu ini adalah yang paling jelas. Banyak perempuan lajang yang rutin berhubungan seks selalu bimbang dengan kehamilan. Jadi jika Anda SEOrang anak dara, Anda tidak perlu bimbang dengan hal ini. Anda juga tidak perlu pening karena harus menjaga rutin minum pil pencegah kehamilan bila tak ingin hamil sebelum menikah.

2. Tidak kena infeksi menular seksual (IMS)
Perempuan yang boleh menjaga daratentu saja tidak akan melakukan hubungan seksual yang berbahaya. Hal ini tentu saja akan menjauhkannya dari berbagai infeksi menular seksual, seperti HIV/AIDS, herpes dan kutil kelamin, sifilis (raja singa) dan gonorhea (kencing nanah).

3. Tidak ada trauma emosional dari hubungan
Cinta tidak melulu soal seks. Ada banyak hal yang boleh dilakukan pasangan belum menikah tanpa seks. Ingat, kekecewaan seksual dapat membuat Anda merasa sakit hati, stres, depresi, kesepian dan jadi pemarah.

4. Lebih bahagia
Faktanya, kebanyakan lelaki lebih menyukai menikahi perempuan yang masih dara. Perempuan yang dapat menjaga keperawanannya sampai menikah nanti cenderung memiliki pernikahan yang lebih bahagia ketimbang yang melakukan seks pra nikah.

Masukkan daging babi dalam kasut jemaah masjid




LONDON : Seorang lelaki memasukkan daging babi ke dalam kasut penduduk Islam yang ditinggalkan di luar masjid ketika mereka menunaikan solat.


Jamie Knowlson, 30, yang melakukan perbuatan itu ketika mabuk, juga meninggalkan kepingan daging babi pada pagar sekeliling masjid berkenaan.

Sebuah mahkamah di sini diberitahu, ketika meninggalkan tempat berkenaan, Knowlson menjerit ke arah jemaah di dalam masjid: “Lain kali saya akan melakukan lebih teruk daripada ini. Orang terkutuk.”


Knowlson melakukan perbuatan jahat itu di Masjid Al-Baseera di St Judes, Bristol yang sering dikunjungi kira-kira 2,000 umat Islam keturunan Somalia.

Apabila ditangkap berhampiran masjid itu, dia memberitahu polis, dia hanya bergurau.

Dia kemudian mengaku menyedari perbuatan itu menyakitkan hati umat islam dan kembali ke masjid itu untuk meminta maaf.

Hakim mengenakan hukuman penjara tertangguh enam bulan kerana Knowlson sudah meminta maaf.


Imam Masjid Al Baseera, Mubarak Mohamud berkata: “Kami terkejut dengan perbuatannya tetapi kami diajar untuk bersabar dan bertolak ansur.” -


sumber : Agensi

Telur Menyala Selepas Direbus Dengan Air Cuka





Anda boleh mencuba eksperimen ini di rumah, hanya perhatikan langkah-langkah keselamatan apabila bekerja dengan asid asetik dan memakai sarung tangan pelindung. Kita lihat hasilnya dibawah.Telur akan menjadi elastik dan bernyala.
















Kaum Maya Tidak Pernah ramalkan Dunia Kiamat pada 2012 ?



Reuters - Jika anda bimbang dunia akan berakhir pada tahun depan berdasarkan kalendar Maya, relaks, akhir zaman masih jauh.

Begitulah kata pakar-pakar Maya yang mahu menghapuskan mana-mana kepercayaan bahawa kaum Maya kuno meramalkan satu peristiwa besar (apokalips) dunia tahun depan.

Kalendar Maya menandakan akhir kitaran 5,126 tahun di sekitar 12 Disember 2012 yang membawa kepulangan Bolon Yokte, tuhan Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan.

Pengarang Jose Arguelles mengatakan tarikh 'berakhir masa seperti yang kita tahu' dalam buku tahun 1987 yang melahirkan tentera ahli-ahli teori Maya, yang mana spekulasi tentang satu bencana akhir zaman banyak terdapat dalam talian (internet).

Tetapi mesyuarat pakar-pakar di bandar Maya purba ini di selatan Mexico berkata, ia semata-mata menandakan penamatan satu tempoh penciptaan dan permulaan yang lain.

"Kita perlu jelas tentang perkara ini. Tidak ada ramalan untuk 2012," kata Erik Velasquez, seorang pakar etchings di National Autonomous University of Mexico (UNAM). "Ia adalah satu anggapan pemasaran yang salah."

The National Institute of Anthropological History di Mexico telah cuba memadamkan sekatan peramal yang meramalkan apokalips itu. "Pemikiran mesianik Barat telah memutarbelitkan pandangan dunia tentang tamadun purba seperti Maya," institut itu berkata dalam satu kenyataan.

Dalam kalendar Maya, kiraan kalendar panjang bermula pada 3,114 SM dan dibahagikan kepada kira-kira 394 tahun tempoh yang dipanggil Baktuns. Maya memegang nombor 13 suci dan Baktun ke-13 berakhir tahun depan.

Sven Gronemeyer, seorang penyelidik kod Maya dari La Trobe University di Australia, yang telah cuba untuk decod kalendar, berkata hari akhir kononnya mencerminkan peralihan dari satu era di mana Bolon Yokte pulang.

"Kerana Bolon Yokte telah hadir pada hari penciptaan ... ia hanya kelihatan semula jadi untuk kaum Maya bahawa Bolon Yokte sekali lagi akan hadir," katanya.

Daripada kira-kira 15,000 teks glyphic berdaftar yang terdapat di bahagian-bahagian yang berlainan empayar Maya, hanya dua menyebut tentang 2012, institut itu berkata.

"Maya tidak fikir tentang kemanusiaan, pemanasan global atau meramalkan kutub akan menyambung bersama-sama," kata Alfonso Ladena, seorang profesor dari Universiti Complutense di Madrid. "Kami melahirkan rasa bimbang kami ke atas mereka."

[Reuters]

Kelebihan Dan Khasiat Biji Bunga Matahari (Kuaci)





Biji bunga matahari (kuaci) merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari


Kelebihan vitamin E :

Antioksidan

Pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular

Sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome

Memelihara pembekuan darah yang normal

Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan

Mengurangkan tekanan darah

Membantu dalam pencegahan penyakit katarak

Mengendurkan otot kaki dari kekejangan

Meningkatkan pengeluaran air mani

Menguatkan dinding kapilari

Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat

Mencegah anemia

Mencegah “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh Menjangkiti bayi pramatang

Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok

Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.

Ayam Seperti Penguin







ayam ni merasakan dirinye seekor penguin.so ayam ini tidak pernah terbang dan kerap melihat ke arah air dengan memikirkan ia boleh berenang.hehe..




disebbkan kelihatan seperti penguin ayam ni terselamat daripada menjadi hidangan masakan oleh tuannya.Menurut tuannye,ayam ni memiliki kepak yang kecil seperti penguin menyebabkan ia berjalan secara tegak dan tidak boleh terbang seperti ayam lain


7 Pesaing iPad | Senarai Pesaing iPad

I PAD



KEHADIRAN iPad baru mencetus fenomena malah mendapat sambutan luar dugaan di seluruh dunia. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih tiga juta unit iPad dikatakan sudah dijual di seluruh dunia.

Layar teknologi Retina serta sambungan 4G LTE (Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini.

Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi-mimpi memilikinya, ada beberapa tablet lain yang dianggap ancaman ‘serius’ dan pesaing rapat iPad terbaru ini.


SENARAI PESAING I PAD



Berikut disenaraikan tablet yang menjadi saingan iPad dari segi harga dan kebolehan teknologi yang dipaparkan:



ASUS PADFONE

GAJET hebat ini adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Tablet ini beroperasi dengan OS Android 4.0, layar Super Amoled qHD serta prosesor dual core Snapdragon S4.


SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1

TABLET ini juga mempunyai stylus S Pen untuk melakukan pelbagai fungsi menarik seperti mencatat atau mengedit gambar.

Spesifikasi Galaxy Note 10.1 seperti layar resolusi 1280 x 800; prosesor dual core Exynos 1,2 GHz; kamera belakang 3MP; kamera depan 2MP; sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich; Wi Fi serta HSPA+.



TOSHIBA EXCITE X10

TOSHIBA Excite X10 memiliki ketebalan 0.76 cm dengan berat 0.5 kilogram. Beratnya ini hanya lebih beberapa gram daripada Lenovo IdeaTab S2. Tablet ini dilengkapi dengan prosesor TI OMAP 4330 dual core 1.2 Ghz, RAM 1GB, kamera belakang 5MP dan kamera depan 1.3 MP.



LENOVO IDEAPAD S2

TABLET ini memiliki keyboard dock yang boleh disatukan dengan senang ke rangka utamanya seperti Asus Transformer. Tablet ini dibekal dengan kamera 5MP, OS Android 4.0 serta prosesor dual core.



ASUS TRANSFORMER PAD INFINITY 700

TABLET ini termasuk Android paling laris di pasaran ketika ini, dibekalkan dengan prosesor quad core Nvidia Tegra 3 1.6 GHz dan memori dalamannya tersedia dalam dua pilihan, 32GB atau 64GB. Masih boleh ditambah slot microSD sehingga kapasiti 32GB.



LG OPTIMUS PAD LTE

TABLET ini menawarkan layar True HD IPS berukuran 8.9 inci dibekali dengan prosesor dual core Qualcomm 1.5GHz dan kamera 8MP.



SONY TABLET P

TABLET ini memiliki dua skrin masing-masing berukuran 5.5 inci dan tablet ini boleh dilipat. Seperti buku, ukurannya cukup kompak dan boleh diletakkan dalam saku.

Sony P boleh menampilkan dua halaman berbeza di kedua skrin seperti ketika dipakai membaca e-book. Sony P diperhebatkan dengan prosesor Nvidia Tegra 2, kamera depan dan belakang serta sambungan WiFi dan LTE.

Unik Rumah Kurus Di Jepun

House Of Mizuishi Architect Atelier in Japan
Rumah bagaimana yang ingin dan dapat anda buat di atas sebuah tapak segitiga yang mempunyai keluasan yang terhad? Pasti anda pening memikirkannya. Tapi di Jepun, sebuah studio seni bina iaitu Mizuishi Architect Atelier menyelesaikan permasalahan itu dengan idea yang cukup genius dimana mereka membina sebuah rumah ‘kurus’ dua tingkat sekaligus menjadikan rumah itu sebagai sebuah rumah yang unik di Jepun. Rumah itu terletak di Horinouchi, Tokyo (Jepun) yang mana ianya dibina di atas tapak segitiga yang terletak di antara sungai dan jalan raya.
House Of Mizuishi Architect Atelier in Japan
House Of Mizuishi Architect Atelier in Japan
House Of Mizuishi Architect Atelier in Japan
House Of Mizuishi Architect Atelier in Japan
House Of Mizuishi Architect Atelier in Japan
House Of Mizuishi Architect Atelier in Japan
House Of Mizuishi Architect Atelier in Japan
House Of Mizuishi Architect Atelier in Japan

Penyanyi Asal Lagu Doraemon


Semua mesti tahu kan watak kartun ini. DORAEMON. suka cerita ini sebab dalam poket doraemon ada macam-macam. Kalau boleh hendak saja ada poket macam itu. Pastik korang pun tahu lagu tema doraemon kan. Jadi, entri kali in fyna hendak kongsi bersama siapa penyanyi asal lagu tema doraemon tersebut.

Beliau ni lah penyanyi asal lagu tema Doraemon. Nama beliau ialah Satoko Yamano. Kalau hendak tengok video yang beliau nyanyikan boleh klik SINI


penyanyi asal doraemon satoko yamano

Melawat Muzium Doraemon di Tokyo

Bagi anda penggemar watak kartun Doraemon, boleh bernostalgia. Kini sebuah muzium Doraemon didirikan di pinggir bandaraya Tokyo.


Muzium itu juga turut menampilkan pencipta dan pengarang watak Doraemon iaitu Fujiko F. Fujio. Baik Fujiko dan Doraemon merupakan inspirasi bagi siri animasi yang diminati di seluruh dunia ini.

Di muzium tersebut terdapat koleksi sebanyak 50 ribu barang, yang sebahagian besarnya adalah gambar asli Doraemon, serta meja yang selalu digunakan Fujio untuk berkarya, sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1996. Bangunan muzium itu juga dilengkapi dengan panggung kecil dan coffeshop.


Doraemon diterjemahkan hingga ke lebih dari 30 bahasa dan masih popular sehingga kini. Doraemon pernah  dipilih sebagai duta budaya kartun untuk Jepun pada tahun 2008.


Lagi gambar-gambar menarik:









 

Sumber:http://international.okezone.com

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...