Showing posts with label info pelik. Show all posts
Showing posts with label info pelik. Show all posts

Kentut Lembu Dalam Tin Untuk Dijual

Tin yang diisi dengan udara yang disedut dari kayu yang sudah tua, longgokan jerami dan penuh dengan 'gas' yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu telah menjadi hit selepas ia mula dijual di Jerman.

Pengurus dari projek 'Countryside air to go' berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.





Kos bagi satu tin ini berharga £5 (Lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.

Satu tag iklannya berbunyi: 'Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda'.

Pereka Daniela Dorrer yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata: "Kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.




"Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja. Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu. "

Kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global. Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter, dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran menurut pakar

Aneh Gambar Kucing Bermata Satu





Anak kucing ini dilahirkan dengan mata satu. Satu kes yang jarang-jarang sekali berlaku di dunia ini

Air Mani Berperisa Epal

Sebuah pub di New Zealand memperkenalkan minuman terbaharu dalam menunya iaitu air mani kuda berperisa epal. 


Pub Green Man di Wellington menawarkan minuman itu pada harga £12 (RM58) untuk setiap hidangan 30 mililiter. Bahan mentah minuman itu diambil dari sebuah ladang kuda di sini dengan setiap hidangan mengandungi sekitar 300 juta sperma kuda .



Pemilik bersama pub berkenaan, Steven Drummond berkata, minuman itu yang dihidangkan sejuk, popular dalam kalangan pengunjung lelaki dan wanita.



Dia mendapat idea untuk menggunakan sperma kuda semasa cuba mencipta minuman baharu dalam satu pertandingan makanan tempatan.
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...