Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

7 Cara Kempiskan Perut Buncit



Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Tips Elak Akaun Facebook dari kena hack / Digodam



  1. Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. So, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
  2. Sila berhati-hati dengan aplikasi Android seperti FaceNiff. Aplikasi FaceNiff selalu digunakan oleh hacker untuk hijack akaun Facebook si mangsa.
  3. Sila aktifkan Https di akaun Facebook anda melalui setting Account Security di akaun Facebook anda.
  4. Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj, http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pemendek tersebut. So, beware.
  5. Gunakan perisian Anti-Virus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials atau Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
  6. Gunakan perisian Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
  7. Selalu scan komputer anda dengan perisian Anti-Virus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
  8. Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol seperti askjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
  9. Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
  10. Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
  11. Jangan menggunakan talian Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
  12. Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
  13. Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
  14. Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya.  Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
  15. Jangan online Facebook anda di kafe siber.
  16. Jangan menjadi mangsa keylogger.  Sila gunakan perisian Anti-Virus seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada keylogger yang menusup masuk ke sistem komputer anda.
  17. Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda.  Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
  18. Jangan mencari gaduh dengan hacker atau penggodam.
  19. Untuk anda yang memiliki Facebook Fan Page, kalau boleh jangan pamerkan Page Owner di sidebar kiri Facebook Fan Page anda sebagai langkah keselamatan.
  20. Bagi yang memiliki Facebook Fan Page sendiri, sila pastikan semua admin Fan Page anda itu mengikuti tips yang tertera di atas ini bagi mengelakkan Facebook Fan Page anda mudah digodam.

Cara Ayat Mengurat Perempuan


Orang zaman dulu mengorat berbeza dari segi teknik yang digunapakai generasi sekarang. Mereka lebih romantis kerana menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.

Antara ayat yang digunakan ialah
“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...”
Kalau ayat ini digunakan zaman ini, wanita akan terperanjat kerana anda terlalu jiwang.

So ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita zaman ini?
Adakah mereka gemarkan yang berlapik atau yang berterus terang?
Manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.


Ayat Mengurat Berlapik 




Lelaki yang menggunakan ayat berlapik adalah seorang pemalu,
penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan.
Contoh ayatnya seperti :-

“Saya bukannya tujukan ayat itu pada awak”
atau
“Saya bercakap secara am saja”
cehh, bermuka-muka, kene tampo baru kau tau




“Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”
Jika anda merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”
haha, ini kewl ! mesti gadis ni tersipu-sipu


“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”
Seterusnya terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. 
Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu.
playsafe saja, kahkahkahkah

“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”
Sebenarnya ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.
 gadis : " alaaa, you ni, janganlah ckp mcm tu, sape ckp xde org minat kat you "
hahahahaha, mesti ramai penah buat kan ? 



Ayat Mengurat Terus Terang 




Hanya lelaki yang berkeyakinan tinggi sahaja mampu berterus terang.
Antara ayat yang biasa di gunakan ialah :-

“Agak-agaknya bila kita boleh couple”
Ayat ini boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikat dan membuatnya tersenyum.
haha, super gentle, kalau kena reject, malu bro, haha



“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”
Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan kamikaze ini. 
gadis : " abg ni, jangan la terus terang sangat, malu la saya, hehe "
  uhhh, mesti gadis anda cair meleleh-leleh, haha 


“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”
Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. 
Lebih direct, lebih power.
haha, sumpah poyo, playboy biasa guna ayat ni



Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil port, silakan...
Selamat Mengurat
 
 
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...