Cari Emas di Lubang Najis !


Beberapa lelaki Bangladesh sanggup mencari serpihan emas terbuang di saliran kumbahan di kawasan berdekatan 400 kedai dan kilang pertukangan emas di Bazar Tanti daerah Dhaka.

Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Shahabuddin,45 berkata, dia mampu memperoleh pendapatan AS$14 (RM47.18) sehari dengan menjual serpihan emas itu yang ditemui di saliran kumbahan itu.

Pendapatan itu di anggap tinggi kerana purata gaji penduduk Bangladesh ialah AS$25 (RM84.26) sebulan.

"Pada awalnya, setiap orang berasa gembira apabila harga emas naik kerana ia membawa pulangan lebih baik," katanya.

Namun, pendapatannya berkurangan kerana tukang-tukang emas tidak mendapat banyak tempahan sekaligu menyebabkan dia gagal memperoleh serpihan emas untuk di jual .

Lelaki Miliki Payudara Terbesar di Dunia



Tidak percaya?itu lah hakikatnya yang dialami seorang lelaki cina memiliki payudara terbesar didunia. lelaki itu bernama Guo Feng, merasa malu kerana sering menjadi bualan mulut penduduk ditempat tinggalnya.Beliau yang berusia 53tahun itu sering memakai baju yang agak tebal bagi menutupi tubuhnya walaupun dalam keadaan panas,kesian kan? [huhu].

Guo Feng mengaku dirinya telah menghabiskan banyak wang untuk melakukan pemeriksaan atas penyakitnya itu. Namun semua yang dilakukannya itu hanya berakhir dengan kegagalan.Sampai beliau terfikir penyakit yang dialaminya itu sebagai keajaiban dunia.

Doktor yang pernah merawat penyakit Feng ni pun tak mengambil risiko sebelum mengetahui penyakit sebenar beliau. Menurut doktor Zhang Lilan yang juga doctor yang merawat Feng mengaku sejak bekerja sebagai doktor selama 30 tahun,mengaku baru pertama kali melihat pesakit seperti ini di klinik tempat dia bekerja.

Tambah doktor Zhang Lilan lagi,sepanjang pemeriksaannya beliau tidak menemukan sebarang gangguan genetik pada tubuh Feng. Malah payudara Feng tidak mengalami apa apa masalah. Dalam darah Feng pun tidak menunjukkan sebarang masalah.

Menurut doktor Zhang Lilan,masalah atau penyakit yang dialami Feng berkemungkinan terjadi timbunan lemak di sekitar dadanya. doktor Zhang Lilan juga menyakini Guo Feng merupakan lelaki pertama yang memiliki payudara terbesar di dunia

Karakter Seseorang Berdasarkan Bantal



‎1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu ye .. hehehehe . gurau je

Selebriti Hollywood Sebelum Dan Selepas Photoshop

Tak kira la artis barat, timur, selatan, utara, barat daya, timur laut kat mana-mana sekalipun sebenarnya tak semuanya mempunyai kecantikan yang asli, dalam TV, iklan, filem, paper etc, etc memang gila punya cun, tapi realitinya indah khabar dari rupa... Sebagai contoh boleh tengok kat bawah ni, jadi pada peminat-peminat artis tu, pilih lah yang asli ye...kui kui kui.

















Arca Besi Jack Sparrow

Arca besi versi Jack Sparrow ini diperbuat daripada besi terbuang... Đ¢hat’s pretty awesome, Kreatif ! 






Minuman Ringan Yang Dibuat dari Air Kencing Lembu - GAU JAL



Sebuah perusahaan minuman di India menyatakan akan memproduksi sejenis minuman ringan unik. Minuman yang akan mulai dijual Disember nanti di perbuat daripada air kencing lembu dan dikatakan berkhasiat mengubati dan mencegah berbagai macam penyakit.

Jabatan Perlindungan Lembu di Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) berkata, Minuman ini akan di perkenalkan kepada umum setibanya Disember nanti. Namanya di letakkan sebagai 'Gau Jal' (dalam bahasa Hindi) yang ber,aksud air kencing lembu.

Meskipun menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak mengenai impak kesihatan dari minuman ringan tersebut, Om Prakash, Ketua Departemen Perusahaan menegaskan minuman ini akan menjadi sajian nikmat.

Selain menawarkan rasa minuman yang nikmat, air lembu ini juga dikatakan memiliki sejumlah khasiat medik. Diantaranya dapat mengubati beberapa penyakit kronik seperti kanser dan penyakit hati. Kalau masuk pasaran Malaysia, korg nak minum?

Saintis Berjaya Rungkaikan Kod Jerman Berusia 300 Tahun




Saintis Berjaya Rungkaikan Kod Jerman Berusia 300 Tahun!

Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Sweden telah berjaya merungkai kod rahsia kitab Copiale Cipher yang berusia 300 tahun dari Jerman menerusi bantuan satu program komputer baharu.

Berikutan kejayaan tersebut, program komputer itu dijangka mampu membantu mentafsir manuskrip-manuskrip rahsia yang lain.

“Ia membuka pintu kepada mereka yang mengkaji sejarah idea dan masyarakat-masyarakat rahsia,” kata saintis komputer dari University of Southern California (USC), Kevin Knight.

“Para sejarawan percaya bahawa masyarakat-masyarakat rahsia memainkan peranan dalam revolusi. Namun semua ini sedang dikaji kerana sebahagian besar dokumennya masih belum dapat ditafsir,” tambah Knight.

Kitab Copiale Cipher yang mengandungi 75,000 huruf menggambarkan ritual dan kecenderungan politik sebuah masyarakat rahsia di Jerman pada kurun ke-18. Manuskrip itu ditulis pada lembaran kain berwarna emas dan hijau.

Knight juga merancang untuk mentafsir kod-kod mesej popular lain termasuklah kod yang dihantar oleh Pembunuh Zodiak, seorang pembunuh bersiri AS sekitar tahun 1960 dan 1970-an. Pembunuh itu ada menghantar mesej-mesej rahsia kepada pihak media dan gagal ditangkap hingga sekarang.
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...