Orang Paling Busuk Di Dunia

Kallash Singh telah dinobatkan orang paling bau di dunia selepas dia mengaku enggan mandi untuk 37 tahun. Mr Singh ini telah berhenti mandi atau membersihkan dirinya sejak dari 1974 selepas dia kahwin. Di sebaliknya perkara ini, sebenarnya dia dikhabarkan akan memdapat anak lelaki sekiranya melakukan semua ini oleh paderi agamanya.


Tetapi semua tidak menjadi selepas dia dikurniakan dengan 7 orang anak PEREMPUAN. Isterinya cuba menyuruhnya untuk mandi kerana dia perlu bekerja di bawah panas yang mencecah 47 celcius setiap hari. Isteri dan anak mereka pernah cuba menolaknya ke dalam sungai tetapi dia sempat lari. Kini orang kampung suka mengejek dan mempermainkannya. Singh memberitahu yang dia akan jadi begitu sehingga dia dikurniakan anak lelaki.






Masjid Ini Dibina Oleh Jin

Jika anda ke Malang, Indonesia dan anda mengajukan soalan kepada warga di sana mengenai di manakah masjid ‘ajaib’, pasti mereka akan menunjukkan sebuah masjid yang sedang dalam proses pembinaan ini. Menurut masyarakat setempat, masjid ini ajaib kerana pembinaannya secara tiba-tiba tanpa pekerja, material seperti pasir, simen dan lain-lain. Pendek kata ia tidak kelihatan seperti suasana biasa projek-projek pembangunan yg sedang dibina.

Namun desas-desus itu berakhir apabila ada pihak yg membina masjid tersebut memberi penerangan dengan membuat sepanduk yang menyatakan masjid itu di bina oleh murid dan ahli jemaah di mana ia adalah sebuah komplek ( sekolah pondok) pembelajaran Islam yang di panggil Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah.

“Apabila ada orang yang mengatakan ini adalah bangunan muncul dengan sendirinya dan dibangunkan oleh jin dan sebagainya itu tidak benar. Bangunan ini adalah Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah' yang murni di bina oleh para murid dan jemaah.”

Ajaib atau tidak, bangunan setinggi 10 tingkat itu ternyata mempunyai nilai arkitektur yg sangat unik dan pastinya memerlukan jutaan wang untuk membinanya.




Hidupan Laut Lutsinar



Gambar dibawah merupakan spesimen hidupan laut yang telah ditransparentkan oleh Iori Tomita, seorang artis dan juga seorang pengkaji iktiologi. 

Beliau cuba untuk menunjukkan kepada orang ramai tentang kecantikan semula jadi hidupan laut yang terdapat didalam badan mereka supaya orang ramai dapat menyedari bahawa kemungkinan hidupan ini akan pupus - mungkin merujuk kepada pencemaran alam.



















Read more: http://klik-aje.blogspot.com/2011/10/hidupan-laut-lutsinar.html#ixzz1tvQISk5U

Lelaki Terkuat Di Mesir Dan Dunia Ini Mempunyai Kekuatan Luar Biasa

worldmustbcrazy


Temui Sayyed Muhammad Ahmad Abdallah, orang yang terkuat di Mesir dan juga didunia. Beliau memiliki kekuatan 260 kuasa kuda - bersamaan dengan kekuatan 30,000 orang !!! dan dikecualikan medik bekerja kerana bimbang akan menyakiti orang lain.Lelaki yang tidak pernah tidur seumur hidupnya ini telah berkahwin 28 kali (isterinya sekarang hanya empat orang) dan mendapat 35 orang anak.Anak sulungnya, Sameh berusia 24 tahun manakala yang bongsu, Sayyed, baru berusia tiga tahun.





Dia boleh bengkokkan duit syiling logam hanya dengan menggunakan soket mata atau lidahnya.Antara perkara yang dihindarinya ialah bersalam dengan orang lain kerana tanpa sengaja dia akan mencederakan orang itu.Walaupun memiliki bakat yang luar biasa, lelaki ini seorang yang baik dan rendah diri.Hulk Mesir ini melakukan seks 15 kali dalam sehari.Makanan kegemarannya ialah daging mentah manakala minuman pula ialah butter cair.

15 Gambar Ngeri Penagih Dadah Sebelum dan Selepas Menagih Dadah

Ini merupakan gambar terbaru yang dikeluarkan oleh pasukan polis Amerika untuk dijadikan kempen mencegah dan menunjukkan kesan ngeri akibat penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.Perubahan pada wajah mereka terjadi hanya dalam sebulan pengambilan berat dadah jenis ini, dimulakan dengan mata yang cengkung, kulit pucat, noda kotor pada wajah dan seterusnya.

sumber : dailymail



Faces of Meth: Before and After


Shocking: New pictures released by an American police force show the horrific effects of methamphetamine use over a number of years


Shocking: New pictures released by an American police force show the horrific effects of methamphetamine use over a number of years


Tragic: Over just a matter of months - and in some cases weeks - eyes become sunken, skin becomes paler and blotchy marks appear

Ruined: Most tragic of all is the look of sadness and despair on the ruined faces of those whose lives have been wrecked by the drug


Preventative: The Multnomah County Sheriff department in Oregon, U.S., has released the images in the hope that it will make children think twice before ever touching the lethal drug


Campaigning: The police force was instrumental in putting together the controversial 2004 'Faces of Meth' campaign which was shown around the world

Horrific: Users of the drug are known to lose their teeth very quickly - known as meth mouth


Increasing: In the 1980s, drug counsellors saw an increased abuse of the drug among men who had sex with men


Faces of Meth: Before and After


Faces of Meth: Before and After


Faces of Meth: Before and After


Faces of Meth: Before and After


Faces of Meth: Before and After


Faces of Meth: Before and After

Kambing Berlagak Seperti Seekor Anjing



Jack adalah nama seekor kambing biri-biri yang berusia enam bulan begitu yakin yang dia adalah seekor anak anjing peliharaan dimana dia berkebolehan menggonggong kayu, melompat ke atas dengan kaki belakang dan juga cuba menyalak.

Ladang di Market Drayton, Shropshire, di mana Jack telah dibesarkan, dimiliki oleh Alison Sinstadt dan rakannya Simon. Mereka mula menyedari kambingya bertingkah laku seperti anjing sejak ia menjalin persahabatan dengan sepasangan anjing.




Jack tidak mengenali kambing biri-biri sebagai jenisnya sendiri kerana dia cuba mengembala sekumpulan kambing biri-biri semasa ia berada di padang bersama kumpulan kambing biri-biri tersebut.





Persahabatan antara Jack dan anjing spesis Springer Spaniel adalah punca utama yang menyebabkan terjadinya ciri-ciri baru kambing biri-biri itu. Sehinggakan, mereka menemani satu sama lain di sepanjang terusan semasa berjalan "anjing" dan berkongsi kotak tidur yang sama.

"Ia membuat bunyi yang aneh iaitu separuh mengembek dan separuh menyalak yang didapati lucu oleh semua orang", kata Alison kepada akhbar tempatan, News Today.

"Ia dilahirkan satu daripada tiga anak-anak kambing biri-biri, yang mana ia adalah lain dari yang lain. Ia sangat kecil dan kami memutuskan untuk membawa dia ke dalam rumah dan memaksa ia minum susu." jelas Alison.

"Ia fikir ia anjing, tetapi ia tidak makan makanan anjing. Ia adalah sebahagian daripada keluarga kami sekarang. Kami tidak mahu ia berakhir sebagai Lamb Chop." kata Alison lagi.

Jack bukanlah satunya kambing di Britain yang dibesarkan dengan cara anak anjing peliharaan. Pada tahun 2006, Welshman Emlyn Roberts telah mengajar haiwan kesayangan beliau, Rolo yang juga seekor kambing biri-biri dengan trik anjing. Rolo membesar bersama anjing spesis collies selama lima tahun. Ia berlumba untuk menjadi sheepdogs. Rolo belajar melompat melalui gelung dan meningkatkan kemahiran penggembala itik.

Jenahak Emas Dijual Pada Harga RM119,000 !!!!



Pada setiap tahun hanya 4 ekor ikan Jenahak Emas dapat ditangkap di Teluk Bengal, laut India. Seorang nelayan di Chittagong berjaya menaikkan Jenahak Emas di teluk dan menjadi sensasi dengan hanya semalaman.

Seorang ahli perniagaan yang tidak dikenali dari Hong Kong telah membeli Jenahak Emas seberat 37 Kg dengan harga USD $ 38,000 (RM 116,000), untuk menikmati rasa isinya yang lazat. Jahangir Saudagar adalah orang yang menjual Jenahak Emas itu.

Saudagar, yang bekerja di pasar ikan berhampiran Chittagong, telah membeli Jenahak Emas itu di satu lelongan daripada nelayan yang pulang dari Teluk Bengal, sebelum menjualnya semula kepada ahli peniagaan dari Hong Kong.

"Saya terus untuk membida sehingga orang lain berputus asa kerana saya tahu saya boleh menjual ikan ini pada harga yang tinggi," kata Saudagar. Beliau menewaskan sekurang-kurangnya 500 peniaga-peniaga lain.

Profesor zoologi, Noman Siddiqui dari Akademi Perikanan Laut di Chittagong berkata warna keemasan Jenahak itu adalah penyebab harganya yang tinggi.
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...