Sungai Parana - Sungai Yang Menjadi Sempadan Tiga Negara







Paraná River (bahasa Spanyol: Río Paraná, bahasa Portugis: Rio Paraná) adalah sungai yang mengalir melalui wilayah Brazil, Paraguay dan Argentina sepanjang 2,570 kilometer. Panjang sungai dapat meningkat menjadi 3,998 km jika jarak dihitung dari daerah hulu Sungai Paranaiba di Brasil.

Sungai ini terbentuk pada muara sungai Paranaiba dan Grande di Brazil selatan. Dari muara, sungai mengalir sepanjang 619 km ke arah barat daya sebelum memasuki kota Saltos del Guaira, Paraguay.


 Seterusnya, sepanjang 200 km, sungai Parana mengalir ke selatan dan membentuk sempadan antara Paraguay dan Brazil hingga muara dengan sungai Iguazu. Setelah bergabung dengan Iguazu, Parana kemudiannya menjadi sempadan antara Paraguay dan Argentina.

Keindahan Masjid Hassan II







Keindahan Masjid Ini, Sujud Boleh Lihat Terus Ke Dalam Laut.



Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi. Masjid ini terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.

Masjid ini dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.

Masjid Hassan II adalah hasil dari Raja Hassan II saat menyatakan:. "Aku ingin membangun masjid ini di atas air, kerana takhta Allah adalah di atas air. Oleh itu, umatNya yang pergi ke sana untuk berdoa, untuk memuji Sang Pencipta, dapat merenungkan kebesaran Tuhan langit dan laut. ".

Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.

Tatkala sujud dikatakan pandangan terus kedalam air (laut) kerana hampir setengah dari permukaan lantai masjid diperbuat daripada kaca di atas air laut Atlantik.

Masjid ini direka tahan gempa lengkap dengan mandian khas Turki dan mempunyai lantai yang boleh dihangatkan sesuai dengan cuaca. Atap masjid diperbuat dari pintu elektrik yang boleh terbuka, sebagai simbol semua ibadah yang dilakukan di masjid ini akan dibawa ke atas (syurga).

Seni bina masjid dipengaruhi gaya Moorish dan mirip Masjid Al Cordoba di Sepanyol. Masjid Hassan II dan Masjid Tin Mal adalah dua masjid di Maghribi yang terbuka untuk umum dan tetamu bukan Islam. Semua tetamu boleh membeli tiket masuk masjid dan akan dipandu oleh pemandu pelancongan yang menjelaskan secara terperinci interior masjid.


Perancis Buka Tanah Perkuburan Islam Rasmi Pertama







Perancis telah membuka tanah perkuburan orang Islam yang pertama di bandar timur laut Strasburg, satu tindakan yang dialu-alukan oleh umat Islam sebagai satu langkah ke arah mengintegrasikan salah satu kumpulan minoriti terbesar di negara itu.

Pembukaan tanah perkuburan itu adalah detik "bersejarah" bagi umat Islam di Perancis yang mana adalah simbol penting pemilikan bagi masyarakat, Mohammed Moussaoui, ketua Majlis Agama Islam di Perancis memberitahu Agence France-Presse (AFP) pada hari Isnin, 7 Februari.

Pelbagai pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri pembukaan tanah perkuburan itu, yang mempunyai ruang untuk kira-kira 1,000 kubur.

Tanah perkuburan, yang berharga kira-kira 800,000 euro, menghadap ke arah Makkah, mempunyai ruang untuk berwudhu' dan surau yang berasingan.

Perancis merupakan rumah kepada minoriti Muslim seramai enam juta orang, yang terbesar di Eropah.

Islam menyeru untuk menghormati manusia sama ada hidup atau mati. Mayat seorang Muslim perlu segera dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan dan persediaan.

Dua atau tiga orang Muslim dewasa perlu memandikan mayat dan kemudian mengkapannya. Sebelum dikebumikan, solat jenazah perlu dilakukan.

Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin. Adalah makruh (tercela) untuk melambatkan pengebumian jenazah.

Fenomena Ribut Pasir Di Pantai Barat Australia







Subhanallah! Fenomena Ribut Pasir Di Pantai Barat Australia | Ini bukan tsunami, tetapi fenomena ribut pasir yang telah melanda di Pantai Barat Australia. Berikutan dengan kejadian ini, terdapat jurugambar yang sempat merakamkan detik luar biasa ini. Biarpun ia tidak berbahaya seperti tsunami mahupun puting beliung, namun kehadirannya telah menakutkan penduduk di kawasan tersebut. Ini merupakan salah satu kejadian yang Allah SWT tunjukkan kepada kita.

Ribut debu yang melanda pantai barat Australia pada hari Rabu lepas telah menghasilkan satu fenomena “red wave”. Beberapa keping gambar telah diambil oleh nelayan kecil yang melauli kawasan tersebut dan menganggapnya satu fenomena aneh yang jarang-jarang sekali berlaku

Durian Berbuah Di Pangkal Pokok



Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Kepulauan Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia adalah daripada jenis Durio, termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis. Nama saintifik -  Durio zibethinus Murrdari keluarga Bombaceae.

Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan penghujung musim, buah durian dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Namun pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak.

Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia. 


Pada kebiasaannya pokok durian berbuah pada dahan pokok dan di hujung rantingnya. Akan tetapi pemilik dusun durian ini mempunyai pokok durian yang sungguh pelik kerana mengeluarkan buah pada batang utama pokok dan juga di bahagian pangkal pokok.

Secara tidak langsung, kejadian pelik ini memberikan kemudahan kepada petani ini untuk memungut hasil buah durian. Apa tidaknya, buah tersebut mudah dilihat dan diambil kerana berada di pangkal dan batang pokok.

Bagi memastikan buah durian tersebut tidak rosak dan dimakan oleh haiwan di dusunnya, beliau memagari di sekitar pangkal pokok dengan jaring dawai. Apabila masak buah tersebut akan gugur dari tangkainya dan buah durian akan tetap sentiasa berada di dalam kawasan yang dipagarinya itu.


NOTA: Di kawasan-kawasan lain mungkin ada banyak kejadian sebegini juga kot rasanya.. Tetapi bagi yang tak pernah lihat kes macam ni memang agak jangal jugaklah kan,.. huhuhu

Lipan Galapagos : Lipan Terbesar Di Dunia



lipan galapagos



Huhu,semua orang pernah tengok lipan.. Semua orang tahu lipan sangat berbisa.. Tapi cuba anda bayangkan bila anda kena gigit dengan lipan Galapagos.. Lipan yang terbesar sekali di dunia..


 Panjang lipan Galapagos (Scolopendra Gala­pa­goen­sis) ini boleh mencapai sehingga 44-46 cm. Bayangkan?? 44-46 cm?? Itu kalau kena gigit,cormfirm anda akan tersenyum..huhu


Di sebabkan saiz nya yang besar,lipan ini juga mampu untuk melawan haiwan yang besar. Menurut sumber,lipas galapagos ini mampu untuk menyerang tikus dan juga kelawar.. Dan lipan galapagos ini juga pernah di jumpai tengah bertarung dengan ular.. Haha,kuat betul lipan ni.. Lipan merupakan haiwan arthropoda yang memiliki sepasang kaki di setiap tubuhnya..


Haiwan ini termasuk dalam ketegori haiwan yang berbisa,dan haiwan nocturnal(tidur di siang hari) dan aktif di waktu malam.. Gigitan lipan ini mampu membuatkan seseorang itu menjadi lumpuh.. Selain di kepulauan galapagos,lipan yang berukuran besar juga dapat di jumpai di persisiran ekuador,peru selatan di kepulauan cook dengan spesis yang berbeza..

Kelebihan Minum Air Sambil Duduk







Orang tua selalu melarang minum air sambil berdiri. Kita disuruh minum air sambil duduk. Sebenarnya ada kelebihan minum air sambil duduk. Kita juga sering mendengar saranan supaya minum air putih yang banyak untuk kesihatan diri.


Namun, jika cara anda salah ketika minum air putih pun boleh memberi kesan kepada kesihatan diri. Kajian kesihatan akupuntur membuktikan bahawa minum air sambil duduk lebih baik berbanding secara berdiri. Ini kerana, air putih yang diminum ketika duduk akan disaring oleh 'sfringer', iaitu struktur berotot yang boleh membuka dan menutup untuk disalurkan pada penyaringan di ginjal.



Sebaliknya, jika anda minum air putih secara berdiri, air akan masuk tanpa sebarang saringan. Akibatnya, boleh berlaku penyakit ginjal. Untuk mengatasinya, biasakan minum air sambil duduk, minumlah secara perlahan-lahan dan jangan terburu-buru. Pesanan orang-orang tua kadangkala sememangnya ada rahsia tersirat di sebaliknya.
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...