Kamera Dihasilkan Daripada LEGO

Seorang artis bernama Cary Norton telah mendapat satu idea yang kreatif iaitu telah mencipta sebuah kamera daripada kepingan Lego. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah dimana kamera Lego ciptaan beliau mampu berfungsi sama seperti kamera biasa.















Sajjadah 1426 - Sejadah Eletronik

Terdapat beberapa alternatif teknologi pada sejadah ini iaitu mini LEDs, fibre optics, EL wire embroidery dan EL panel. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi aku sendiri pun tak paham apabenda, kononnya sejadah ini untuk menyediakan platform yang bersih dan membangkitkan atmosfera iaitu suasana atau nilai-nilai corak yang lebih menujurus kepada keindahan atau kecantikan semasa sedang bersolat...

Yang menjadi persoalannya boleh ke guna sejadah camni? kerana besar kemungkinan akan menggangu tumpuan untuk kusyuk dalam solat kerana cahaya dari sejadah yang terlalu terang .











Hiasan Rangka Manusia Diruang Bawah Tanah Gereja

sebuah ruang bawah tanah yang dipenuhi dengan hiasan rangka manusia dibawah sebuah gereja di Rom, ia mempunyai 2 nama : 'Our Lady of the Conception of the Capuchins' dan 'Santa Maria della Concezione'. Boleh juga dikatakan sebagai kubur dan direka oleh Antonio Casoni.

Semua rangka ini mula dikumpulkan sekitar tahun 1528 sehingga 1870 dan kini ianya disusun sebagai perhiasan untuk menarik pelancong dari seluruh dunia.




































Kota Yang Dipenuhi Sampah

Manshiet Nasser merupakan masyarakat yang pelik di Kaherah, Mesir. Bandar ini dipenuhi dengan sampah menjadikannya permandangan atau perkara yang luar biasa dan sememangnya terdapat penduduk yang menetap dikawasan ini. Dikatakan hampir 80% sampah-sampah ini akan dikitar semula untuk dijual semula.
 
 


















Patung Kesuburan Yang Menghamilkan 2000 Wanita

Di Orlando,pasangan yang sangat menginginkan keturunan boleh datang ke Muzium Ripley’s Believe It or Not di Pantai Myrtle,South Carolina,Amerika Syarikat(AS). Muzium ini mempamerkan sepasang patung kesuburan yang didatangkan dari Pantai Gading, Afrika Barat,selama sebulan mulai 1 Mac.

Lagenda Patung Kesuburan ini bermula pada 1995.Pemilik Muzium Ripley membeli sepasang totem kayu setinggi 1,5 meter ini untuk menghiasi pejabat pusat mereka di Orlando,Florida.Patung-patung ini dibeli dari suku Baule di Pantai Gading dengan harga keduanya (patung) US$ 1.000.

Pada tahun pertama patung-patung ini dipamerkan,lapan dari 20 staf PEJABAT Ripley memperolehi anak.Staf perempuan Ripley, Kimberly Martin, juga segera hamil padahal dia rajin makan pil KB

Seorang perempuan petugas Airborne Express yang secara rutin menyentuh patung itu ketika menghantarnya untuk Ripley’s Entertainment Inc., juga hamil.

Misteri patung ini pernah ditayangkan di television CNN, Good Morning America!, Unsolved Mysteries (empat kali tayang ulang), Primer Impacto di Spanyol, dan sejumlah besar program-program television tempatan.

Patung-patung ini telah dipamerkan di banyak negara di seluruh dunia.Menurut Ripley, lebih dari 2.000 perempuan hamil setelah menyentuh patung itu.

sumber : british.co.uk

p/s: janganlah kita mempercayai kepercayaan seperti ini. Semoga akidah umat Islam tak terpesong :)

Khasiat Ratu Anai-anai Untuk Hubungan Seks

Tabib Cina turun ilmu

LUMAYAN... Rahim menggali busut untuk mencari ratu anai-anai.


LEDANG: “Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,” kata Abdul Rahim Abu Bakar, 45, menceritakan khasiat memakan hidup-hidup ratu anai-anai yang didakwanya boleh merapatkan hubungan suami isteri.

Dia yang menjalankan perniagaan mengawal serangga perosak mendakwa khasiat ratu anai-anai umpama Viagra yang membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang.
Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini.

“Seelok-eloknya ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya.

“Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah tabib Cina percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.

Dia berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya.
Bagi lelaki, dakwa Abdul Rahim, memakan ratu anai-anai dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin.

Wanita yang memakannya pula dikatakan dapat menambahkan kesuburan seperti fungsi ratu anai-anai itu sendiri yang menghasilkan ribuan telur.

Selain itu, ratu anai-anai dipercayai sangat berkhasiat dalam membantu memulihkan beberapa jenis penyakit, termasuk penyakit buah pinggang, lenguh badan, cepat letih, menerangkan penglihatan dan kencing manis bagi peringkat awal.

Abdul Rahim berkata, disebabkan khasiat dan kesukaran mendapatkannya, seekor ratu anai-anai dijual antara RM1,500 hingga RM2,500 kepada orang tengah dan boleh mencecah RM5,000 di kedai.


“Harga ratu anai-anai bergantung kepada saiz dan warnanya. Yang kecil biasanya berwarna hitam pucat manakala ratu anai-anai besar berwarna kekuningan seperti ulat sagu. Lagi besar, khasiatnya lagi bagus .



sumber : harian metro



Tukar Jantina : Perempuan Jadi Lelaki

Rasanya lelaki tukar jantina kepada perempuan walaupun agak sukar untuk diterima tapi tak dinafikan memang kita dah biasa dengar dan biasa tengok. Apapun kali ni SPECIAL EDITION ! Jom kita tengok camne lak pembedahan PEREMPUAN menukar jantina menjadi lelaki.

[AMARAN 18SG/SX : Gambar agak mengerikan, tidak sesuai bagi mereka diBAWAH UMUR atau LEMAH SEMANGAT]







Adesss...peritnye tengok...

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...