Gambar Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Ireland






Berikut inilah gambar-gambar perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli bersama pasangannya di Dublin, Ireland yang mencetuskan kegemparan seluruh rakyat Malaysia pada hari ini:












Dengan tersebarnya berita dan gambar-gambar ini, ia menjawab misteri kehilangan Ariff Alfian Rosli seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia :


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.


sumber: utusan malaysia

Rumah Pusaka P. Ramlee Disita

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak di sini, disita.


Arahan itu berdasarkan notis yang ditampal kakitangan DBKL di hadapan rumah berkenaan, Rabu lalu.Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya. Suria, isteri anak Allahyarham, Nasir Ramlee yang meninggal dunia empat tahun lalu, terkejut apabila menerima notis berkenaan Rabu lalu yang dilekatkan di hadapan rumahnya.


“Saya terkejut dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada membayar tunggakan cukai taksiran berkenaan. Sebenarnya saya tidak mampu hendak bayar. Selepas kematian suami, saya bersama dua anak lelaki yang masing-masing masih belajar di institusi pengajian tinggi hidup dalam kesempitan memandangkan kami tidak bekerja,” katanya.

Beliau mengakui hujung tahun lalu, anaknya pernah ke DBKL untuk menyelesaikan masalah ini dan diberikan kelonggaran membayar ansuran RM200 sebulan. Bagaimanapun, katanya mereka tiga beranak yang kini hidup dengan hasil bantuan Baitulmal RM400 sebulan, tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan DBKL itu.

“Saya amat tertekan dengan situasi ini, bukan niat untuk meraih simpati sesiapa, tetapi kami amat sedih kerana akan kehilangan satu-satunya rumah pusaka tempat kami tiga beranak berteduh,” katanya. Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan itu daripada RM200 kepada lebih rendah.


sumber: kosmo

Nombor Plat WWW 1 Bakal Cecah Nilai RM500 Ribu !!

Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April 2012 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.

Menurut beliau lagi, sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000.

Saman AXE Kerana Gagal Memikat Perempuan







New Delhi,Seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE,dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’.


Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis,meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang.Iklan AXE menunjukkan bahwa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.


Vaibhav Bedi,lelaki india tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan maupun yang belum terpakai,yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons,anti-perspirants,aftershaves,body washes,shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.


Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal."Lalu dimana Axe Effect-nya"? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun.Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat,tidak ada seorangpun gadis yang mahu saya ajak berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya.


Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau parfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai.Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV.


Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak dia pertama kali membelinya.Dia berpendapat bahwa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk,berarti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu."


Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering,dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas.Saya selalu menggunakan penggaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahwa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.


Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian.Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya,sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan anak-anak.


Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepada dia untuk semua penderitaan tersebut.

Vaibhav Bedi



Monyet Tolong Manusia Buta



Dua orang buta ingin meminum air paip di kuil RagiGudda, Bangalore. Malangya, mereka gagal membuka pili paip tersebut. Monyet ini telah membantu mereka dengan membukakan pili air tersebut untuk membenarkan mereka minum. Ini membuktikan bahawa haiwan juga mempunyai sifat kemanusiaan biarpon mereka bergelar haiwan.

Adakah kita akan melakukan perkara yang sama jika kita berada di tempat kejadian? Fikir-fikirkan…

Kesan Mandi Waktu Malam



Adakah ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan?
Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik?
Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?

Dr Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan bahawa kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan dari kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.
Katanya mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

“Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini,” kata beliau.


KEBAIKAN MANDI

Menurut Dr Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

“Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.
Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Kata Dr Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.
“Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi”.

Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.
“Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan,” katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria dari permukaan kulit.
“Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun anti bakteria,” katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.

“Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam,” kata beliau.


EKZEMA

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.
“Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan,” terang Dr Tan.
Katanya rawatan bagi kulit yang kering ialah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik adalah berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.

“Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering. Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air dari kulit.

“Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang punya masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit,” terang Dr Tan.


JADUAL KERJA KETAT

Tetapi ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja yang agak ketat. Ada juga yang punya masalah bila berjauhan dari rumah dan tidak sesuai dengan tempat di mana mereka berada.

Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi secukupnya.

Katanya ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.

“Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita.

“Masalah itu boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita,” kata beliau.
Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

“Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini. Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air dari paip.

“Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar di mana masyarakat menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.

“Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur,” kata beliau.


PEMULIHAN BADAN

Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merelakskan otot badan.
“Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

“Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit,” katanya.
Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?

Kata Hassan: “Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat”.

Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur),” tambah beliau.

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.


sumber : Bernama

4 Sumber Makanan Elak Perut Buncit





Perut yang buncit pastinya akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan 
diri tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Malah, beberapa jenis penyakit 
juga mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada bahagian perut. Oleh itu, 
kita disarankan untuk mengambil makanan mengikut pola pemakanan yang sihat dan 
diet rendah lemak agar dapat mengecilkan perut yang terlalu gemuk. Berikut 
beberapa jenis makanan yang dapat membantu kita mengempiskan perut sekaligus 
mengurangi ukuran pinggang kita.
Serat

Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat 
membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat 
boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang 
mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk 
dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama 
sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.
Protein
Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan 
rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein 
memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan 
berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti 
telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang 
kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang 
panggang pula mengandungi banyak gula.
Enzim
Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan 
yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim 
seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain 
itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan 
peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta 
mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.
Lemak Sihat
Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya 
bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat 
membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi 
tenaga.

Lemak baik boleh didapati dari beberapa jenis makanan seperti avokado dan minyak 
zaitun. Bukan sahaja mampu membakar lemak, malah minyak zaitun juga boleh 
membantu menjaga kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ada juga badam yang 
bukan hanya kaya dengan lemak tepu tetapi turut mengandungi protein untuk memberi 
kesan pembakaran lemak sinergi dan membantu menahan rasa lapar. Seeloknya elakkan 
pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana secara semulajadi 
pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian.
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...