Keistimewaan Kapal Haji Abdullah
Insan bernama Abdullah Muda mungkin tidak sehebat artis atau selebriti tersohor. Namun nama itu tetap gah dalam ‘dunia’ dan kelasnya yang tersendiri terutama dalam bidang pembuatan bot dan kapal layar.
Atas kepakarannya itu, populariti Abdullah, 75, di negeri kelahirannya di Terengganu mungkin berbeza.
Namanya memang sinonim dengan bidang pembuatan kapal terutama kapal layar.
Jangan terkejut andainya nama beliau seringkali meniti di bibir peminat kapal jenis itu. Bukan saja dalam negara malah peringkat antarabangsa.
Biarpun begitu, di sebalik keterampilan ‘bersahaja’ itu, beliau dihormati dan disegani para pencinta kapal layar sehingga ke luar negara.
Abdullah yang mula menceburi bidang pembuatan kapal layar itu sejak 1958 lagi, kini mampu tersenyum lebar.
Apa tidaknya, sehingga sekarang beliau berjaya menghasilkan puluhan kapal layar selain bot kecil untuk nelayan.
Kira-kira 30 buah kapal layar telah beliau hasilkan. Itu tidak termasuk bilangan kolek payang yang dibinanya untuk kerajaan Pusat di Putrajaya.
Begitu juga kolek payang untuk kerajaan Terengganu yang setiap sebuah berharga antara RM800,000 hingga RM1.1 juta.
Bagi kapal layar pula, ada yang dijual pada harga RM4 juta sebuah.
Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Lah terus menyumbangkan kepakarannya yang cukup kreatif dan bermutu tinggi.
Beliau lebih mengutamakan reka cipta bot atau kapal mengikut stail tersendiri dan unik.
Keistimewaan kapal-kapal layar yang dihasilkan Haji Lah ialah ia diperbuat tanpa menggunakan paku. Sebaliknya menggunakan skru dan kaedah pasak kayu.
Elemen itu diutamakan bagi menjamin kualitinya agar lebih tahan lama. Ia juga untuk mengelak kekaratan sehingga mengundang kebocoran pada kapal.
Bagaimanapun baginya, ia berbeza dengan pembuatan bot nelayan yang biasanya menggunakan paku.
Beliau pernah menghasilkan 12 bot jenis itu untuk kegunaan kaum nelayan di Kuala Kangsar suatu ketika dahulu.
Menurutnya, beliau tetap berbangga kerana hasil buatan tangannya sambil dibantu anak bongsu daripada enam beradik serta enam pekerja lain turut mendapat perhatian dunia. Ia sekali gus melonjakkan nama beliau, Terengganu dan Malaysia dalam ‘dunia perkapalan’.
Shahiruddin Ab. Moin (duduk empat dari kanan) dan Mohd. Nasir Ibrahim Fikri, (duduk tiga dari kanan) bersama peserta program pembinaan kapal layar tradisional Terengganu di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. –utusan/Fauzi Baharudin
“Saya mula dapat ilmu untuk buat bot dan kapal layar ini daripada datuk saya lagi. Sehinggalah sekarang, bukan saja saya terima tempahan dari dalam negara malah luar negara,” katanya yang turut dianugerahkan doktor falsafah daripada Universiti Kuala Lumpur tahun lalu atas kepakaran dan sumbangan besarnya itu.
Abdullah, anak jati Pulau Duyong memberitahu, beliau sudah memiliki syarikat sendiri iaitu Custom Made Wooden Yachts.
Ia mula ditubuhkan sejurus selesai urusan membuat kapal untuk seorang warga Kanada pada 1970-an lalu.
Beliau kini tinggal bersama keluarga di pulau berkenaan, jaraknya hanya beberapa ela daripada bengkel tempatnya bekerja, hasil usaha sama syarikat milik bumiputera tempatan, MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd.
Hasil kreativiti beliau yang tidak pernah pudar, setiap hari dianggarkan 300 orang pelawat mengunjungi bengkel tersebut untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran.
Ketekunannya itu membolehkan beliau mengetuai projek pembinaan kapal layar yang turut dibantu pelatih GiatMara.
Buat masa ini, sebuah bot sudah 94 peratus siap dan semalam, satu majlis menyaksikan kerja-kerja mendirikan tiang layar Warisan Duyong GM I di Jeti MSET di Pulau Duyong di sini turut berlangsung dengan jayanya.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi GiatMara Malaysia, Datuk Shahiruddin Abd. Moin.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri; Pengarah Mara Terengganu, Razali Nurdad serta para pegawai GiatMara peringkat pusat dan negeri termasuk Timbalan I Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Halim Mansor.
Sebagai mengiktiraf kepakaran Abdullah, GiatMara sedang dalam perancangan untuk membuat pengambilan lebih ramai pelatih dari GiatMara untuk menimba pengalaman membuat kapal layar mengikut acuan tradisional Terengganu itu.
Kehebatan dan keistimewaan Haji Lah terus menjadi tumpuan dunia. Beberapa negara antaranya Ausralia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Perancis telah menzahirkan minat mereka untuk membuat tempahan kapal layarnya.
Keunikan reka bentuk berasaskan nilai warisan dan tradisional tempatan merupakan faktor utama kapal layar buatan Abdullah terus mendapat perhatian penggemarnya.
Lebih-lebih lagi golongan pelayar dari luar negara sekali gus meletakkan nama penciptanya, Abdullah, Terengganu dan Malaysia di persada dunia.
Walaupun hanya seorang anaknya yang bakal mengikut jejak langkah beliau dalam bidang pembuatan bot dan kapal layar, Abdullah tetap berbangga dan tidak pernah risau akan kepupusan ilmu kepakaran peninggalan keluarganya itu.
Baginya, usaha pelbagai pihak menganjurkan program atau membuka ruang serta peluang untuk melatih golongan muda mengenai kepakaran itu sudah cukup bagi menjamin ilmu yang beliau warisi itu terus kekal zaman berzaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(623)
-
▼
December
(11)
- Pulau Piticairn : Pulau Terasing Di Dunia
- Angry Bird di Muat Turun Sebanyak 500 Juta Kali !
- Bakar Diri Tanda Protes
- Keistimewaan Kapal Haji Abdullah
- Cari Emas di Lubang Najis !
- Lelaki Miliki Payudara Terbesar di Dunia
- Karakter Seseorang Berdasarkan Bantal
- Selebriti Hollywood Sebelum Dan Selepas Photoshop
- Arca Besi Jack Sparrow
- Minuman Ringan Yang Dibuat dari Air Kencing Lembu ...
- Saintis Berjaya Rungkaikan Kod Jerman Berusia 300 ...
-
▼
December
(11)
Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung
NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...
0 comments:
Post a Comment