Selaput Dara Dan Kesucian Wanita



Ada hal menarik tentang kehidupan wanita.

Apakah itu? Iaitu tentang selaput dara.

Selaput ini merupakan selaput nipis yang dianugerahkan Allah khusus untuk perempuan. Selaput ini apabila terkoyak akibatnya mengeluarkan darah.

Biasanya, darah itu keluar akibat hubungan suami isteri sebagaimana lazimnya. Itulah sebabnya selaput ini juga dipakai sebagai lambang keperawanan perempuan.

Tetapi jangan salah anggap, memang selaput ini sangat nipis, jadi tidak semestinya selaput ini terkoyak kerana hubungan suami isteri. Boleh sahaja selaput dara ini terkoyak kerana kita jatuh tergelincir dari pokok.

Selain nipis, selaput ini juga bervariasi. Setiap perempuan memiliki selaput dara yang berbeza kekenyalan dan morfologi (bentuk).

Mungkin, kalau terlalu kenyal, seseorang perempuan selaput daranya tidak koyak seumur hidup. So, sungguh tidak adil jika seorang lelaki melihat kesucian isterinya cuma hanya dari perdarahan selaput dara.

Dan sungguh tidak adil juga kaum wanita yang berlagak memperjuangkan nasib perempuan tetapi mereka membiarkan pelacuran tumbuh subur, berganti-ganti pasangan atau kebebasan yang jahiliah lainnya. Membiarkan selaput dara itu rosak ditangan kedurjanaan dan zina.

Sungguh indah islam yang memuliakan perempuan.

Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah:
“Wanita itu dinikahi kerana empat aspek: kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh kerana itu, pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan beruntung.”

Beginilah ISLAM menilai perempuan. Suci dan terhormat.

Bukan sekadar selembar selaput yang menjadikannya suci, bukan kecantikan yang membuatnya tinggi. Hanya agama, iaitu akhlak yang memancarkan keimanan. Luar biasa! Cuma ISLAM yang indah sebegini!

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...