Montalvo Bukan lagi ‘Budak Penyu’




BOGOTA: Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan, lapor media semalam.


Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir dengan masalah itu – dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital Melanocytic Nevus – dan berpotensi membahayakan dirinya.Bagaimanapun, disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan.



Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul.
Berdasarkan pandangan pawang, budak itu dipercayai mula menjadi janin ketika gerhana.Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan.

Namun, sekumpulan doktor, diketuai pakar pembedahan plastik dari Britain, Neil Bulstrode, menawarkan diri membantu Montalvo secara percuma selepas mengetahui kisahnya.Menurut Bulstrode, dia pergi ke Bogota untuk membantu sekumpulan pakar bedah negara itu membuang tanda lahir pada badan kanak-kanak terbabit.


sumber : hrianmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...