Kehebatan Arkitekture Zaman Purba





Sebelum ini kita ada membincangkan tentang kehebatan binaan Newgrange yang tidak mungkin dibina oleh manusia yang tinggal didalam gua. Kali ini, saya akan berkongsi maklumat dengan anda semua berkenaan dengan binaan stonehenge.

Kalau kita melihat gambar binaan itu sendiri, kita pasti tidak akan dapat mengagak apakah kelebihan yang terletak pada binaan blok-blok tersebut. Kita mungkin akan berfikir ia hanya dibuat hanya suka-suka tanpa sebarang motif. Entri selepas ini akan menerangkan tentang kejaiban monumen tersebut.

Stonehenge, monumen yang tegak di selatan England, terdiri daripada lebih kurang 30 blok batuan besar yang disusun dalam bentuk bulatan. Setiap blok mempunyai purata ketinggian 4.5 meter (15 kaki) dan berat purata 25 tan. Kajian yang dibuat mendedahkan bahawa Stonehenge telah dibina dalam tiga peringkat utama, bermula dalam lebih kurang 2,800 BC. Ini bermakna bahawa sejarah pembinaannya telah berusia hampir 5,000 tahun. Peringkat pembinaan pertama melibatkan penggalian parit, benteng dan beberapa lubang bulat. Dalam peringkat kedua, lebih kurang 80 bluestones (sejenis batuan granit yang dinamakan sempena warnanya) disusun dalam dua bulatan di sekeliling pusat tapak dan batu hele didirikan di luar lingkaran tersebut. Kemudian, bulatan luar didirikan menggunakan susunan batu pasir yang besar dengan batu melintang membentuk bulatan diletak di atasnya.

Aspek utama monumen ini ialah bluestones yang digunakan kerana sumbernya tiada di kawasan berhampiran. Batu-batuan ini dibawa ke tapak Stonehenge dari Pergunungan Preseli yang jauhnya lebih kurang 380 kilometer (240 batu). Jika kita berpendapat bahawa penduduk di masa itu hidup dalam keadaan serba primitif dan peralatan mereka hanya diperbuat daripada engkol kayu, rakit kayu dan kapak batu, jadi bagaimanakah mereka mengangkut semua batuan ini ke wilayah di mana Stonehenge kini berdiri?


Dengan membina semula peralatan yang kononnya diguna pada masa itu, sekumpulan pengkaji cuba mengangkut bluestones ke tempat lain yang sama jaraknya. Mereka menggunakan engkol kayu, membuat rakit yang mampu menampung berat batu yang saiznya hampir sama sehingga terpaksa menggabungkan tiga rakit, menggerakkan rakit tersebut di sungai dengan mengguna pancang kayu, dan akhirnya cuba untuk membawa batuan tersebut ke atas bukit dengan bantuan roda kasar. Namun usaha mereka hanya sia-sia. Ini hanyalah satu daripada eksperimen yang dilaksanakan untuk mencari jawapan tentang cara bluestones dibawa sejauh itu. Banyak lagi ujukaji lain telah dijalankan, dan penyelidik berusaha untuk memahami cara pengangkutan yang telah diguna oleh masyarakat zaman itu. Walau bagaimanapun, tiada percubaan yang berjaya. Ini kerana kesemua kajian tersebut dijalankan dengan fahaman salah yang menganggap budaya masyarakat pada waktu itu terlalu mundur dan hanya menggunakan peralatan kasar yang diperbuat daripada batu dan kayu.

Seperkara lagi yang perlu ditegaskan ialah eksperimen yang mereka laksanakan dibantu oleh teknologi moden. Mereka mengguna pelbagai model yang dihasilkan oleh pelabuhan maritim, mengguna tali yang diperbuat oleh kilang berteknologi tinggi, dan membuat perancangan dan pengiraan terperinci. Namun begitu, mereka tetap gagal. Tetapi masyarakat yang hidup 5,000 tahun dulu mengangkut batuan ini yang setiap satunya mempunyai berat bertan-tan lalu menyusunnya dalam bentuk bulatan melalui pengiraan posisi geografi yang tepat. Jelas sekali mereka tidak menyiapkan semua ini dengan peralatan batu serta rakit dan engkol kayu. Sekarang apa yang anda fikir? Mungkinkah terdapat bantuan dari makhluk asing? Atau dengan menggunakan kecanggihan teknologi mereka semata-mata? Adakah anda akan berfikir bahawa zaman dahulu adalah primitif? So now, think again!
 
 

Keunikan Hotel Kapsul di Jepun

Ya, Jepun masih lagi ditangga pertama untuk keunikan mereka dan ini adalah salah satu daripada keunikan mereka. Hotel kapsul adalah merupakan hotel yang menyediakan bilik berbentuk kapsul untuk para pelanggannya. Ya, kapsul! Setiap satu kapsul itu merupakan satu ruang yang besar sedikit dari keranda, sesuai  hanya untuk SEOrang pelanggan dalam satu-satu masa. Sesetengah kapsul tersebut dilengkapi dengan TV, WIFI, cermin muka dan jam loceng bergantung kepada harga yang ditawarkan. Setiap kapsul dibina rapat dan disusun seperti batu bata bagi menjimatkan ruang dan seterusnya boleh menyediakan lebih banyak ruang kapsul. Setiap kapsul juga dikunci dengan pintu ataupun dengan hanya langsir dan tandas pada kebiasaannya dikongsi. Harganya pula sememangnya agak 'berbaloi dan lebih murah' dari hotel biasa dengan setiap satu kapsul boleh mencecah 2500 - 4000 Yen (RM 89 - RM 149, jika di Malaysia harga ini adalah bertaraf 3 bintang ke atas. Well you know, Japan

Kegunaan hotel sebegini sangat popular dikalangan pekerja jepun yang sememangnya sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk pulang ke rumah, jadi mereka menyewa kapsul ini supaya mereka mudah untuk ke tempat kerja. Yeah, walaupun ramai dari orang mereka yang pelik-pelik, tetapi mereka berusaha keras untuk menjadi yang paling pelik di kalangan orang pelik. That's why their country far more superior than us! Dan kapsul ini juga terkenal dikalangan mereka yang kaki mabuk minum sake sampai ke pagi untuk menumpang seketika serta menjadi pilihan kepada pelancong-pelancong atau pengembara bajet. Satu lagi, kapsul ini tidak sesuai untuk pasangan yang ingin bersenggama, harap maklum.













Misteri Kemenyan City



Orang JB terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai etc tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ianya dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.

Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.

Keajaiban molekul Air Apabila Dibaca Dengan Ayat Suci

Adakah anda berfikir bahawa hanya manusia saja yang boleh menunjukan perasaan? Korang tahu tak sebenarnya air juga mempunyai perasaan.




jawapannya, ia air mempunyai perasaan dimana Dr Masaru Emoto dari Jepun telah meneliti selok belok tentang air.Ini adalah bentuk molekul Kristal Air Zam Zam, rangkaian heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna berkilau ketika dibacakan ayat suci.




Dengan menggunakan mikroskop canggih dengan kemampuan photografi yang power. Doktor ini telah menemukan bagaimana perasaan air ketika sebelum membaca doa dan setelah membaca doa.

Sebelum dibacakan doa, ekspresi air kelihatan kontras, seperti air yang tercemar dan apabila dibacakan doa bentuknya akan menjadi sangat indah bagaikan kepingan salji yang sedang jatuh, dan ia kelihatan sedang menyukai sesuatu yang telah kita ucapkan, iaitu doa kita.




Gambar molekul air sebelum dan selepas dibacakan doa

Oleh itu, kita telah disarankan supaya membaca doa sebelum meminum air. Kerana denga begitu ekspresi air akan berubah menjadi indah dan pastinya makan lebih membaka kebaikan kepada kita yang meminumnya.




Ketika dibacakan doa




ketika dibacakan Ayat suci




Ketika dimainkan music symphony Mozard, Kristal muncul berbentuk bunga




Apabila dimainkan music metal...molekul tersebut pecah




Saat disebutkan 'war' kepada kristal air ( sebelah kiri), maka bentuk kristal 'peace' (kanan) pecah.




Setelah itu ditunjukkan pula kata " Malaikat": terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah ( gambar kiri ) dan apabila ditunjukan kata " Syaitan"' kristal terbentuk buruk dengan bebola api ditengah ( gambar kanan ).

Subhanallah....
Kalau anda sakit perut cuba anda bacakan ayat suci dan dengan niat minum...insyallah kesakitan perut tersebut akan berkurangan

Peti Tabut : Peti Rahsia Yang Dicari Oleh Yahudi

Gambaran tabut oleh Yahudi

Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Surah al-Baqarah ayat: 248

Apabila bani israel dizaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang soleh dari keturunan yahudi. Mereka mendapat ketenangan dengan peti tersebut.

Telah jelas kepada kita bahawa peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah di zaman Nabi Musa dan Nabi Harun, kita tahu sesungguhnya Allah telah menurunkannya pada Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna sebagaimana terdapat juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika Nabi Musa mengadap Allah di Bukit Thur Sina, Diantara bahan sejarah tersebut telah diambil oleh musuh yahudi selama tujuh bulan.

Terdapat dalam kitab Taurat menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan emas kerana mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter atau 1/4 meter sementara lebar 75 sentimeter. Demikian juga tinggi nya. Diriwayatkan Bani Yahudi akan membawa Tabut dibarisan hadapan tentera mereka supaya mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan memberi kemenagan kepada mereka. Terdapat riwayat daripada Nabi Daud yang mengatakan mereka kan mendapat kemenangan apabila mereka kembali memilki Tabut.


Tabut dibawa dibarisan hadapan mereka supaya mendapat kemenangan. Tabut pada pandangan yahudi lebih suci dari segala kitab-kitab suci yang terdapat pada mereka, mereka letakan ditengah khemah dan Nabi Daud akan hadir bersama mereka. Dan ketika Nabi Sulaiman membina binaan (tempat suci), Nabi Sulaiman meletakkannya di sudut yang paling tinggi, dalam bilik yang tidak berjendela dan dihadapan mihrab mereka percaya Roh Allah akan menjelma pada Tabut, dan ketika runtuhnya tempat suci itu, maka hilanglah Tabut dan terbakar bersama binaan yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman. Terdapat berbagai kisah tentang Tabut, sehingga terdapat kisah juga yang mengatakan anak nabi Sulaiman, hasil perkahwinan dengan Puteri Balkis telah melarikan Tabut ke Mesir. Kemudian ke Habsyah tetapi yahudi tetap mencari Tabut yang berbentuk kotak kecil diperbuat daripada kayu yang telah berusia paling sedikit 3200 tahun.

Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam filem Hollywood

Kesannya
Setengah daripada kaum yahudi berpendapat Tabut tersimpan dibawah masjid Al-Aqsa. Dimana terdapat juga orang-orang palestin memberi kerjasama mencari Tabut kerana terdapat riwayat seorang lelaki Jordan telah ternampak peti tersebut ditanam satu tempat di Masjid Al-Aqsa. Kaum yahudi akan tetap mencari Peti Tabut tersebut walaupun memakan masa berkurun tetapi untuk membuktikan bahawa mereka adalah kaum yang memihak kepada kebenaran. Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari hakikat kebenaran, mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah. Semua yang yahudi cari, yahudi akan menganggapnya satu perkara yang suci.

Diantara Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi. Peti Tabut ini mungkan diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar. Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.

Pencarian masih lagi dilakukan sekarang ini di bawah masjid Al-Aqsa dan sekitarnya. Ini telah merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat gambar di bawah). Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur dibuai oleh permainan Yahudi di media massa dan sebagainya.

Di Bawah Masjid Al-Aqsa
 
 
 

Manusia dan Akal Yang Terbatas




Alfred Binet

Dahulu diperkenalkan Intelligent Quotient oleh Alfred Binet - iaitu untuk menjadi seorang yang berjaya perlulah mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Bijak, mempunyai daya taakulan yang baik, cepat berfikir dalam menyelesaikan masalah. Dan daripadanya dibuat banyak ujian-ujian yang berkaitan untuk mengetahui tahap IQ seseorang. Antaranya, Stanford-Binet, WISC-R, Raven's Progressive Matrices, Cattell Culture Fair III dan jika tidak dapat menjawab atau mencapai markah yang ditetapkan maka kemungkinan besar ada masalah dari segi mental orang yang mengikuti ujian tersebut samada ia cacat otak atau sebagainya.

Nampaknya ia digunakan secara meluas antaranya di dalam mencari kerjaya, di dalam soalan bertulis sebelum ke sesi temuduga yang kadangkala sebenarnya belum tentu menunjukkan IQ individu tersebut, bahkan ada soalan soalan yang diberikan amat bercanggah dengan kebiasaan tatasusila masyarakat timur sebagaimana yang digunapakai oleh orang barat.

Seterusnya apabila IQ manusia diperkenalkan dan mendapat banyak kritikan serta keputusan yang tidak boleh digunakan untuk mewakili IQ seseorang individu. Didapati seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya mempunyai hubungan baik sesama manusia, serta kajian mendapati IQ yang tinggi juga tidak menunjukkan bahawa seseorang itu mampu mengawal emosinya dengan baik. Kedapatan, orang yang mempunyai IQ yang tinggi, hidupnya tidak normal, dan ramai menjadi gila kerana tidak mempunyai kawalan emosi yang mantap.



Lalu muncul pula teori hasil dari kajian Wayne Payne's iaitu Emotional Quotient. Betapa hebatpun seseorang yang mempunyai Intelligent Quotient tetapi sekiranya ia mempunyai Emotional Quotient yang rendah - kemungkinan besar ia mempunyai emotional disorder! Yang boleh membawa kepada Mental Disorder.

Fitrah Manusia Mencari Tuhan

Apapun fitrah manusia sebenarnya akan kembali jua kepada pencipta - maka manusia akan berterusan mencari Tuhan. Bila dikaji dan terus mengkaji, walaupun di situ ada kehebatan IQ dan keseimbangan EQ, tanpa kekuatan jiwa akan rosak jua kedua-duanya. Maka terhasil pula di dalam pemikiran mereka SQ diperkenalkan oleh Dana Zohar Ian Marshall- iaitu Spiritual Quotient yang menghubungkan kepandaian akal, keseimbangan emosi dengan kekuatan ruhaniyyah. Dengan adanya agama maka manusia mempunyai akhlak, mempunyai nilai. Akal yang hebat, mempunyai motivasi, empati dan hubungan baik dengan manusia tetapi tiada panduan dan matlamat hidup. Tidak ketahuan halanya.



Di dalam satu kajian yang dibuat pada tahun 1990 oleh neuropsychologist iaitu Michael Persinger dan neurologist V.S. Ramachandran di University of California membawa kepada penemuan di bahagian otak di mana manusia cenderung untuk memikirkan tentang Tuhan.

Dan begitulah - sememangnya setiap kajian yang hanya bersandar pada akal semata-mata akan selalu berubah-ubah. Kadang-kadang terdorong dengan nafsu, ditipu daya syaitan.

Kini - marilah kita kembalikan diri kepada mengenali wahyu yang datangnya dari ALLah kepada utusanNya Muhammad RasuluLLah. Al Quran mengajar kita mengenal Dia, menyembahNya. Mengajar kita mengenal diri sebagai hamba, mengajar kita agar tidak mempersekutukanNya, beribadah kepadaNya.

Ertinya :

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada ALlah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam Islam. Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali ALlah (agama Islam( dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat ALlah kepada Kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah), lalu ALlah menyatukan antara hati-hati kamu sehingga dengan itu kamu bersaudara dan dahulu kamu telah berada di jurang neraka disebabkan kekufuran kamu, lalu ALlah selamatkan kamu daripada neraka itu. Demikian ALlah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat hidayah
Surah Ali Imran: 102-103

Islam yang diredhai - memandu akal manusia untuk menjadi bijak dengan acuan melalui al Quran dan Sunnah, Islam mengajar tentang akhlaq dalam setiap inci kehidupan. Cukuplah di dalam Islam itu sendiri yang dibawa oleh Nabi Muhammad melalui wahyu yang diturunkan oleh Allah sudah mengandungi IQ, EQ dan SQ.

Allah telah berfirman yang bermaksud :

Wahai sekalian manusia, beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah mencipta kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkan hujan dari langit, lalu dikeluarkannya dengan air itu berbagai-bagai jenis buah-buahan yang menjadi rezki bagi kamu. Maka janganlah kamu mengadakan bagi ALlah sekutu padahal kamu mengetahu bahawa ALlah ialah tuhan yang Maha Esa.
(Surah al Baqarah : 21-22)

Islam ialah yang tertinggi, tiadalah yang tertinggi selainnya.

Minum Kopi Terbalik di Acheh , Indonesia


Hanya di Indonesia boleh jumpa minum kopi dengan cawan terbalik atas piring. Cara minum kopi ini dengan menggunakan straw dengan menghisap dengan secara perlahan-lahan.

Kopi ini lain-lain dari yang lain kerana susah larut dalam air kerana itu perlu diterbalikkan. Nampak seperti menarik boleh minum sampai 2 atau 3 orang sekali.







Sumber: http://www.buaya-merah.com
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...