Permainan Game Yang Disediakan Di Dalam Tandas




Tidak lama lagi mungkin anda akan dapat bermain game sambil-sambil membuang air kecil. Atau sambil-sambil kencing bermain game? Dan game ini hanya sesuai untuk golongan lelaki yang kencing berdiri.

Syarikat British, Captive Media kini membangunkan satu konsol permainan game yang dikawal oleh pancutan air kencing.

Permainannya mudah saja, kencing tepat pada tempat yang disediakan di mangkuk kencing, seterusnya akan dikesan oleh cahaya infra-red yang diletak pada tiga kawasan.

Jika tepat dikesan, permainan yang boleh dimain adalah sama ada bermain ski, menjatuhka penguin dan menjawab kuiz. Ha, ha ..Guna IQ sambil kencing.

Permainan ini dilengkapi dengan skrin LCD 12 inci dan prosesor Intel Atom-dual core.

Buat masa ini permainan di tempat kencing ini masih dalam percubaan di pub Cambridge yang mendapati kawsan tempat kencingnya semakin bersih apabila pengunjung cuba untuk kencing di tempat yang betul supaya dapat bermain game tersebut

Muzium Permainan Komputer di Berlin, Jerman


Muzium Permainan komputer adalah syurga bagi dunia permainan komputer.Di sini terdapat ribuan perkakas permainan komputer yang,dan lebih daripada 3,000 permainan video games boleh di dapati di sini termasuklah game arked pertama di dunia "Computer Space" yang di released pada tahun 1971.

Muzium permainan Video ini pertama kali di buka pada tahun 1990 tetapi telah ditutup pada tahun 2000.Muzium baru pula kemudiannya di buka pada awal Januari 2011 bertempat di bahagian Timur Berlin.

Peranan pembinaan muzium ini adalah untuk mendokumentasikan video games termasuklah grafik,hardware,muzik dari tahun 1951 hinggalah sekarang.Salah satu bahagian interior muzium ini telah dilapik dengan 50 permainan video tape yang popular pada tahun 1951.

Permainan konsol yang popular pada tahun 1990 seperti Super Nintendo dan Game Boy pula di pamerkan dalam ruangan neon berwarna hijau.Baer;patron bagi muzium ini mahu kanak-kanak yang kini bermain PSP,Xbox 360 dan PS3 perlu tahu sejarah permainan video ini bermula sejak zaman Atari’s legendary Pong

Hotel Garam di Bollivia


Hotel Garam di Bollivia!

Selalunya hotel dibina menggunakan batu atau kayu tetapi tidak bagi hotel mengagumkan di Bolivia ini, di mana setiap bahagian bangunan, termasuk perabot, dibina menggunakan garam. Jangan terkejut tau. Garam yang sama kita gunakan untuk memasak itu.

Hotel de Sal di Colchani, Bolivia, ini dibina di dataran garam Salar de Uyuni yang menjadi tarikan pelancong di negara Amerika Selatan itu.

Dengan bayaran 84 pound satu malam (RM415), pengunjung boleh menyewa bilik dengan dua katil diperbuat daripada garam.

Penjara Ke Empat Terbesar Di Dunia


Penjara Maricopa County di Arizona adalah penjara yang ke 4 terbesar di dunia. Pada tahun 1993, ia telah melebihi bilangan maksimum penghuni banduan.Dianggarkan bahawa pembinaan kemudahan baru akan menelan kos kira-kira AS $ 70.000.000.

Sheriff Penjara;Arpaio claimed bahawa Penjara ini pada mulanya di bina daripada khemah dan masih lagi di kekalkan. Ia terdiri daripada khemah-khemah era Perang Korea yang diderma oleh tentera Amerika Syarikat,selain tambahan pembinaan menara peninjau setinggi 50 kaki (15.4 m).

Kos akhir projek penjara ini adalah kira-kira $ 100,000 dan ia mampu menempatkan lebih 2400 penghuni. Semua penghuni ditempatkan di dalam khemah-khemah terbuka (N bagi lelaki dan O untuk perempuan). Penghuni banduan ini terikat dengan peraturan dalam penjara ini dan mereka hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas.

Mana-mana banduan yang degil akan di campak masuk ke dalam kawalan penjara keselamatan yang lebih ketat.Semua banduan memakai stoking dan seluar dalam berwarna pink tak kira lelaki atau perempuan.

Lelaki Tumbuh Hujung Jari Di Perut





Doktor di China telah menyelamatkan seorang lelaki separa putus jari dgn melekatkn jari tersebut pd perut...

pekerja tersebut Wong Yongjun,20 telah terpotong jarinya dgn gergaji elektrik dlm satu kemalangan di tempat kerja...doktor membedah dan melampirkan jarinya pd perut dgn harapan kulit dan otot br akan tumbuh di sekitarnya...

doktor berkata lg ini adalah slh satu teknik utk memulihkn peredaran daran ke jari yg cedera supaya tumbuh dan membaikinya sendiri...

pembedahan itu berjaya dan wong mempunyai jari br dan dipisahkan dr perutnya dlm tempoh sebulan....

Daging Burger Diperbuat Daripada Najis Manusia


Daging Burger yg diperbuat daripada Najis Manusia.

Agak agak korang kan, kalau dibagi 1 juta nak tak korg makan daging burger ni?

Ikeda Mitsuyuki saintis Jepun telah membangunkan “burger” yang dibuat daripada soya, sos intipati steak, dan protein yang diekstrak daripada najis manusia!!


Industri pembungkus daging menyebabkan 18 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau, kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan metana dari haiwan. Industri ternakan juga mengambil sejumlah besar makanan dan air berhubung dengan jumlah daging bahawa ia menghasilkan,

 dan banyak industri tidak berperikemanusiaan dan kejam kepada haiwan. Faktor-faktor ini sahaja alasan yang cukup untuk vegetarian untuk menggantikan pengambilan daging mereka dengan protein sayur-sayuran dan kekacang. Tetapi Ikeda, seorang saintis di Pusat Penilaian Alam Sekitar di Okayama, cuba untuk melanjutkan bidang protein alternatif dengan kitar semula bentuk sisa yang kaya dengan protein iaitu kumbahan lumpur.

*err.. Jepun sume benda pon boleh dimakan.

Wanita Rogol Lelaki Kerana Mahukan Air Mani


Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam.

Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.

Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.

Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.

Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.

Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.

Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.

Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.

Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.

Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.

Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.

Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.

Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.

Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: "Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut."

Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata "Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini."

"Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih."

Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.

''Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,''katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.

Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang "panas" di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215)

sumber : Kosmoonline
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...