Penjara Ke Empat Terbesar Di Dunia


Penjara Maricopa County di Arizona adalah penjara yang ke 4 terbesar di dunia. Pada tahun 1993, ia telah melebihi bilangan maksimum penghuni banduan.Dianggarkan bahawa pembinaan kemudahan baru akan menelan kos kira-kira AS $ 70.000.000.

Sheriff Penjara;Arpaio claimed bahawa Penjara ini pada mulanya di bina daripada khemah dan masih lagi di kekalkan. Ia terdiri daripada khemah-khemah era Perang Korea yang diderma oleh tentera Amerika Syarikat,selain tambahan pembinaan menara peninjau setinggi 50 kaki (15.4 m).

Kos akhir projek penjara ini adalah kira-kira $ 100,000 dan ia mampu menempatkan lebih 2400 penghuni. Semua penghuni ditempatkan di dalam khemah-khemah terbuka (N bagi lelaki dan O untuk perempuan). Penghuni banduan ini terikat dengan peraturan dalam penjara ini dan mereka hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas.

Mana-mana banduan yang degil akan di campak masuk ke dalam kawalan penjara keselamatan yang lebih ketat.Semua banduan memakai stoking dan seluar dalam berwarna pink tak kira lelaki atau perempuan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...