Saintis Berjaya Hasilkan Hujan Di Dubai Dengan Teknologi Ion





DUBAI – Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.

Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan. Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

“Kami berjaya menghasilkan hujan,” kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.

Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai

berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.

Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos 7 juta (RM33.21 juta). – Agensi

kredit : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...