Pulau Krismas adalah sebuah pulau yang terletak di Selatan Jawa Barat dan ia sejajar dengan bahagian Utara Benua Australia. Kota terbesarnya adalah Flying Fish Cove. Nama kota ini telah diberikan bersempena dengan nama sejenis ikan iaitu ikan flying fish yakni spesis ikan yang boleh terbang di atas permukaan air. Pulau ini adalah lebih kecil daripada Pulau Bali di Indonesia. Populasi penduduk yang menetap di Pulau Krismas ini hanyalah dalam sekitar 1500 orang sahaja.
Salah satu spesis ikan terbang
Populasi penduduk di sini amat sedikit namun keunikannya adalah pulau ini juga dihuni dan dipenuhi dengan KEPITING MERAH atau bahasa mudahnya adalah KETAM MERAH. Anggaran ketam merah yang menduduki pulau ini adalah lebih kurang 30 juta ekor ketam merah. Suatu jumlah yang sangatlah banyak. Ketam merah ini berkeliaran di mana-mana sahaja di tanah pulau ini.
Pada musim hujan setiap tahun iaitu pada bulan Oktober atau November, ketam-ketam ini akan berhijrah dari hutan ke laut untuk bertelur dan melepaskan telur-telurnya ke dalam laut. Ketam-ketam ini mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 bulan dari hutan ke laut (betul ke ni, boleh tahan lama juga kan?). Penghijrahan ini akan diketuai oleh ketam jantan, iaitu ia akan berada di hadapan diikuti oleh ketam betina dibelakang. Ketam jantan akan kembali semula ke hutan, dan kemudian ketam betina pula akan balik ke hutan bersama anak-anaknya (newborn).
Apabila berlakunya migrasi ketam-ketam ini, semua jalan akan dipenuhi bukan sahaja oleh ribuan malahan jutaan ketam. (Agak-agak takut tak kalau kena kerumun dengan ketam yang banyak² mcam ni? hahaa) Bayangkan hingga siap ada signboard lagi kat jalan di Pulau Krismas ini.
Secara logiknya, pulau ini lebih berdekatan dengan perairan indonesia, namun pihak australia menyatakan pulau ini masih dibawah bahagian negara mereka. Maka statusnya masih "organisasi teritori Australia". Oleh itu mata wang yang digunakan adalah Autralian Dollar (AUD). Walaupun pulau ini terpencil namun apa yang boleh dibanggakan Bahasa Melayu turut dituturkan di sini, dan pemerolehan Bahasa Melayu itu sendiri terdapat di sini. Adalah cukup membanggakan tempat sekecil ini masih ada Bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda kita dituturkan. Lihat sebuah papan tanda Ucapan Selamat Datang yang ada di sana di bawah ini.
Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di sini, cuma ia masih belum diperkenalkan lagi, di sini juga turut terdapat hotel, airport kecil, restoran, dan kemudahan kemudahan sepertimana yang kita ada sekarang.
Sila Lihat Gambar² Di Bawah Untuk lebih Ketakjuban:
Sebahagian panorama Pulau Krismas:
Gambar² aksi ketam merah berkeliaran di Pulau Krismas:
P/S: Berkaitan tempat pembiakan ketam merah ini ada juga yang berkata ia bertelur di darat dan berhabitat di sekitar pantai. Mohon kajian anda sendiri untuk menetukan kesahihan yang sebenarnya berkenaan tempat pembiakan dan habitat haiwan Ketam Merah ini. Kedua² rujukan artikel ini adalah diambil melalui penulis amatur sahaja.
Sumber: 1) aininarasidan.blogspot.com/2011/03/pulau-natal-aka-pulau-krismas.html
2) anazaysrun.blogspot.com/2011/03/percaya-atau-tidak.html
0 comments:
Post a Comment