Saban hari kita
diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca
penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa
penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan
kematian akibat penyakit jantung di
hospital
Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga
tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.
Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL
tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di
dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol
HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL.
Kita
juga
diberitahu semakin
rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL,
semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.
Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik.
Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya
untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai
hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari
makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang
menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar
bentuk (mengoksida) kolesterol
LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan
menyelesaikan masalah tersebut.
Anda tidak memerlukan ubat yang mahal
untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.
Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol
bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh
media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang
pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of
Medicine keluaran 23 Mac
2000, menunjukkan lebih separuh
dari mereka
yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal.
Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan
serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol
anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang
menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar
dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.
Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang
pembuluh darah.
Penyebab utama radang pembuluh darah
adalah sesuatu
yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya
akan timbul apabila
kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas,
kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda
mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil
ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas.
Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah
berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung
dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein
dalam darah yang tinggi.
Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public
Health School mendapati bahawa sedikit sahaja
peningkatan dalam paras
homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit
jantung
sebanyak tiga kali ganda.
Dalam New
England Journal of Medicine
keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa
paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko
penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan
menyebabkan strok).
Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang
mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid
folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.
Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok
adalah
kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan
bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu
bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil
bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang
cukup
0 comments:
Post a Comment