Dipenjara 2 tahun Setengah Kerana Menghina Islam di Facebook



SEORANG lelaki warganegara Indonesia dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah dan denda $10,598 (RM33,487.14) selepas didapati bersalah menghina Islam di laman sosial Facebook.

Alexander Aan, yang bekerja di sektor kerajaan Sumatera Barat dijatuhkan hukuman di oleh mahkamah kerana melanggar undang-undang internet Indonesia.

Aan pada awalnya dilaporkan ditahan kerana menulis "Tuhan tidak wujud" di halaman sosial Facebook.

Dia telah menubuhkan sebuah kumpulan Atheist di Facebook dan menyiarkan gambar lucah Nabi Muhammad melakukan hubungan seks dengan hamba.

Aan juga dilaporkan memuat naik tiga artikel yang mana salah satunya menulis Nabi Muhammad tertarik kepada menantu perempuan baginda.

"Di bawah undang-undang Informasi Elektronik dan Transaksi, kami menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan" kata hakim mahkamah, Eka Prasetya Budi Dharma.

"Apa yang dilakukannya telah menimbulkan kerisauan masyarakat dan menghina Islam".

Para pendakwa kes tersebut memohon hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun setengah ke atasnya, namun mahkamah mengurangkan hukuman itu kepada 2 tahun setengah.

Peguambela Aan berkata, mereka akan mempertimbangkan rayuan terhadap kes tersebut.


Sumber : Al Jazeera

0 comments:

Post a Comment

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...