Disebalik Tahi Lalat

Tahi lalat yang muncul di kulit boleh membuat seseorang kelihatan lebih manis. Tapi tak hanya itu keuntungannya, kerana banyaknya tahi lalat di kulit boleh menunjukkan kepadatan tulang yang lebih baik.

Penyelidik dari Kings College London mendapati bahawa banyak tahi lalat di kulit tak hanya membuat seseorang kelihatan lebih muda, tetapi juga membuat bahagian dalam tubuhnya lebih muda kerana mempunyai kepadatan tulang yang lebih baik.

Orang-orang yang mempunyai banyak tahi lalat membolehkan sel-sel di dalam tubuhnya lebih kerap mengemas kini diri. Walaupun ada kesan lain seperti berisiko lebih tinggi terkena kanser, baik kanser kulit atau jenis lain.


Kebanyakan orang memiliki tahi lalat sebanyak 30-40, namun beberapa di antaranya mempunyai tahi lalat hingga 600. Siri kajian yang dilakukan oleh pasukan dari Kings College dan Dr Veronique Bataille, seorang dermatologi dari Hemel Hempstead General Hospital melihat hubungan antara jumlah tahi lalat dengan watak fizikal yang lain.

Pertama, Dr Bataille mencatatkan bahawa orang dengan jumlah tahi lalat banyak akan kurang terdedah kepada beberapa kesan penuaan kulit seperti kedut atau noda.

Kedua, diketahui orang yang mempunyai tahi lalat lebih daripada 100 akan lebih sedikit mengembangkan osteoporosis berbanding orang dengan jumlah tahi lalat sedikit.

Hal ini berdasarkan hasil kajian terbaru yang melibatkan 1,200 orang kembar dan telah dibentangkan dalam persidangan Royal Society of Medicine.

Didapati jumlah tahi lalat yang banyak mempunyai risiko yang lebih kecil terkena pengurangan kepadatan tulang yang berkaitan dengan bertambahnya usia. Sehingga ia lebih sedikit terkena penyakit tulang rapuh dan patah tulang di kemudian hari.


Walaupun alasan terhadap hubungan ini belum jelas, tapi para penyelidik telah memperhatikan bahawa orang dengan jumlah tahi lalat banyak mempunyai perbezaan dalam untaian DNA dalam setiap sel yang membawa kod genetik.

"Tahi lalat adalah produk yang terlihat dari sistem yang mendasari tentang kawalan penuaan tubuh, kerananya orang yang mempunyai banyak tahi lalat cenderung mempunyai usia yang lebih baik," kata Dr Bataille, seperti dipetik daripada BBCnews.


P/s: (Petua orang tua-tua) kalau nak buang taik lalat, guna getah betik or getah ape entah ..



1 comment:

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...