Kehebatan Pedang Samurai


Rahsia kehebatan Pedang Samurai

Harga Pedang Samurai yang paling murah sekitar RM 1 Juta ( kira-kira 12-15 inchi panjangnya).

Kekuatan Pedang Samurai ini terletak pada bahan mentah pedang dan proses membikinnya.

Ada juga dikatakan diambil dari batu petir (batu komet) yang jatuh dari langit.

Bahan Pedang Samurai mengandungi Titanium, iaitu sebuah unsur kimia.

Proses membikinnya pula, jika orang yg membuatnya tidak boleh tidur selagi pedang samurainya belum siap.

Titanium yang paling terkenal kuat hanya mempunyai 60% berat sahaja. Sifat Titanium mirip dengan Zirconium secara kimia dan fizik.

Sifat yang baik dari Zirconium adalah sangat keras. Sedangkan keunikan sifatnya yang jarang dimiliki oleh material/bahan lain adalah jika Zirconium mengalami lenturan atau pukulan material/bahan ini akan semakin keras.

Hal ini disebabkan Zirconium yang terkena lenturan akan muncul tegangan sisa dari dalam dirinya.

Proses membuat pedang Samurai sama dengan teknologi pembuatan keris iaitu dengan cara dilipat-lipat pada suhu yang tinggi.

Lipatan-lipatan inilah yang membuat bahan pedang samurai menjadi semakin baik kualitinya..

21 Petua Mencantikkan Wajah







MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI

Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR

Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

10 Gunung tertinggi Di Malaysia




10 gunung tertinggi di Malaysia. Kita telah mengetahui bahawa Malaysia masih lagi mengekalkan kehijauan alam sekitar walaupun sedang pesat membangun. Gunung dan bukit bukau yang menghijau ini adalah khazanah alam yang perlu dijaga kerana inilah sumber kekayaan negara kita yang sebenarnya. Negara kita sebenarnya mempunyai lebih kurang 93 puncak gunung yang telah dikenalpasti oleh para pencinta alam. Gunung-gunung ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Kemuncak tertinggi di Malaysia adalah Gunung Kinabalu di Sabah yang menjadi mercu tanda alam indah milik kita.


10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Kinabalu - Sabah
10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Trus Madi - Sabah
10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Tambuyukon - Sabah
10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Murud - Sarawak
10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Mulu - Sarawak
10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Tahan - Pahang
10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Korbu - Perak
10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Yong Belar - Perak
10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Gayong - Perak
10 gunung tertinggi di Malaysia
Gunung Chamah - Sempadan Perak/Kelantan

10 Lokasi Air Terjun Menarik Di Malaysia

10 air terjun di Malaysia. Negara kita sememangnya cukup sinonim dengan taburan air terjunnya. Di setiap negeri baik di Semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak pasti ada air terjun yang menjadi tumpuan pengunjung. Kesejukan air dan kehijauan pepohon hijau amat mendamaikan sesiapa sahaja yang datang untuk berehat sambil berkelah bersama keluarga. Inilah salah satu kekayaan negara kita.
10 air terjun di malaysia
Air Terjun FRIM Kepong - Selangor
10 air terjun di malaysia
Air Terjun Gunung Stong - Kelantan
10 air terjun di malaysia
Lata Tembakah - Terengganu
10 air terjun di malaysia
Air Terjun Kota Tinggi - Johor
10 air terjun di malaysia
Air Terjun Sg. Chiling - Selangor
10 air terjun di malaysia
Air Terjun Sg. Chemerong - Terengganu
10 air terjun di malaysia
Air Terjun Lasir - Terengganu
10 air terjun di malaysia
Air Terjun Sekayu - Terengganu
10 air terjun di malaysia
Lata Kijang - Negeri Sembilan
10 air terjun di malaysia
Air Terjun Junjung - Kedah




photos credited to google


Kelebihan dan Khasiat Minyak Kelapa Sawit


Minyak sawit tidak mempunyai rasa, bau, tidak mempengaruhi masakan

MAKANAN bergoreng dan makanan segera mempunyai tarikan tersendiri kepada pengguna di seluruh dunia. Lebih lagi dengan adanya banyak produk baru di pasaran untuk memenuhi cita rasa pengguna dari segi rasa, rupa dan khasiat.

Teknologi menggoreng juga telah melalui pelbagai proses perubahan. Proses seperti menggoreng dalam tekanan tinggi, teknologi extrusion dan pemanasan menggunakan infra merah adalah antara proses penggorengan yang semakin popular digunakan oleh syarikat pengeluar makanan komersil.

Keupayaan minyak dan lelemak untuk kekal stabil pada suhu 180-190°C bergantung kepada ketahanan oksidatifnya. Di sinilah pentingnya pemilihan sesuatu jenis minyak dan lelemak yang digunakan. Mengabaikan aspek kestabilan minyak atau lelemak pada suhu yang tinggi akan mengakibatkan makanan yang disediakan menjadi cepat rosak dan berubah rasa seterusnya menjadikannya tidak enak.

Minyak dan lemak gorengan yang baik haruslah mempunyai komposisi yang betul. Kandungan mono dan digliserida di dalam sesuatu minyak atau lelemak yang digunakan mestilah pada kadar yang minimum. Ini kerana bahan itu akan cepat terkompos berbanding dengan trigliserida yang menghasilkan asap dan mengganggu proses penggorengan seterusnya.

Komposisi asid lemak adalah penentu kepada ketahanan sesuatu minyak dan lelemak. Secara ideal, kandungan asid lemak tak tepu haruslah pada kadar yang minima. Ini adalah kerana double bond di dalam molekul asid lemak adalah lebih senang teroksida, dan pada suhu yang tinggi, kadar reaksi kimia akan menjadi lebih tinggi.

Daripada kriteria yang dinyatakan tadi, asid lemak omega-3 tidak sesuai dijadikan sebagai lemak untuk menggoreng. Minyak seperti minyak soya, minyak canola dan biji sesawi yang mengandungi asid linoleic poli tak tepu juga tidak sesuai digunakan untuk menggoreng pada suhu yang tinggi. Minyak ikan yang mengandungi rantai asid lemak omega-3 (EPA dan DHA) juga tidak sesuai digunakan untuk menggoreng. Lebih-lebih lagi minyak ikan menghasilkan bau hanyir dan akan menjadikan makanan kurang enak.

Memilih Minyak dan Lelemak Gorengan

Lemak paling sesuai untuk menggoreng adalah lemak yang mengandungi asid lemak tepu yang stabil. Rantaian kimia asid lemak tepu juga perlu diambil kira. Asid lemak tepu yang mempunyai rantaian pendek seperti minyak kelapa dan minyak isirung sawit akan senang menghasilkan asap dan mempengaruhi rasa makanan dengan rasa seakan ‘sabun’ jika tidak diberi perhatian.

Lemak tepu daripada haiwan seperti tallow, digunakan secara meluas di dalam industri makanan bergoreng pada suatu masa dulu kerana ketahanannya pada suhu tinggi dan mempengaruhi rasa makanan dengan rasa daging yang enak. Kini, penggunaannya telah dikurangkan atas sebab kesihatan kerana mempunyai kesan yang negatif kepada kandungan kolesterol di dalam makanan.

Minyak jagung, kacang soya dan bunga matahari mengandungi asid lemak tak tepu yang tinggi terutama sekali kandungan asid linoleic dan akan cepat teroksida.

Sebelum ini, proses hidrogenasi digunakan untuk menjadikan minyak-minyak ini lebih stabil. Tetapi masa kini, pengguna lebih peka kepada khasiat, nilai pemakanan serta penggunaan minyak yang sesuai. Pengeluar pula tercari-cari apakah yang boleh digunakan untuk mengganti lemak tepu daripada haiwan dan juga minyak separa terhidrogen

Minyak Sawit – Pilihan Tepat

Hanya tiga jenis minyak yang memenuhi kriteria yang dicari untuk dijadikan minyak goreng yang ideal – minyak kelapa, minyak isirung sawit dan minyak sawit. Walau bagaimanapun, minyak kelapa dan minyak isirung sawit tidak begitu sesuai kerana mempunyai rantaian asid lemak tepu yang pendek dan pengaruhnya ke atas makanan.

Jadi pilihan yang lebih tepat ialah minyak sawit. Komposisi asid lemaknya dan kandungan antioksida semula jadi yang tinggi dalam bentuk tokoferol dan tokotrienol menjadikannya amat sesuai digunakan untuk memasak. Di samping itu, spesifikasi kualiti minyak sawit boleh diubah suai untuk kesesuaian penggunaannya. Minyak sawit juga tidak mempunyai rasa dan bau, oleh itu tidak mempengaruhi rasa masakan.

Minyak sawit adalah ramuan yang tepat untuk shortening atau lemak gorengan yang digunakan di kedai-kedai makanan segera kecil-kecilan seperti kedai ‘fish and chips.’

Shortening yang digunakan untuk menggoreng mengandungi campuran trigliserida yang kompleks. Kandungan lemak yang seimbang dan berkualiti mestilah ketara pada produk berkenaan. Sekiranya sifat-sifat ini tidak wujud atau kurang, kandungan air dan logam akan merubah sifat lelemak tersebut dengan menjadikan rantaian lemak tersebut pecah, berbuih, berasap, menghasilkan rasa dan bau kurang enak. Ini adalah kesan-kesan daripada proses hidrolisis, polimerasi dan pengoksidaan.

Minyak tak tepu pula tidak sesuai dijadikan shortening kerana tidak stabil pada suhu tinggi yang berterusan adalah situasi biasa dalam penggorengan komersial. Pada masa ini , fokus industri makanan adalah pada minyak olein sawit yang mengandungi asid oleic mono tak tepu yang tinggi.

Reaksi Kimia

Reaksi kimia akan berlaku apabila minyak atau lelemak dipanaskan dan digunakan untuk menggoreng. Ini akan memberi kesan kepada kualiti produk dan juga kepada minyak atau lelemak yang digunakan.

Hidrolisis ialah reaksi minyak yang telah dipanaskan dengan lembapan. Ini akan meningkatkan pembentukan asid lemak bebas (free fatty acid - FFA). FFA di dalam minyak yang belum digunakan ialah <0.05 peratus dan meningkat apabila dipanaskan semasa menggoreng. Ia boleh meningkat sehingga lebih 5 peratus pada minyak yang tidak boleh digunakan lagi. Dalam kebanyakan kegunaan industri, FFA yang mencapai 1 peratus adalah had yang paling maksimum yang diterima. Apabila FFA meningkat, minyak akan mula menghasilkan asap. Bahan-bahan logam terutama sekali yang berasaskan ferrous dan tembaga akan meningkatkan lagi kadar FFA minyak.

Pengoksidaan asid lemak: Kebanyakan lemak gorengan dihasilkan dengan rasa dan bau yang neutral tetapi apabila dipanaskan untuk menggoreng secara berterusan, ianya akan dipengaruhi oleh rasa dan bau yang terhasil daripada makanan yang digoreng. Kesannya, minyak berkenaan hilang rasa dan baunya yang neutral dan boleh mengakibatkan minyak berubah rasa dan teroksida. Seterusnya menjadikan makanan yang digoreng dengan minyak ini tidak tahan lama dan tidak menyelerakan.

Polimerasi: Apabila minyak dipanaskan secara berlebihan atau sekiranya ia mengandungi kandungan asid lemak tak tepu yang yang tinggi, molekul yang teroksida akan melekat pada molekul lain yang lebih besar dan akan melalui proses polimerasi. Polimer selalunya dapat dilihat pada alatan menggoreng selepas penggunaan yang berterusan. Ia akan mengurangkan keberkesanan pemanasan minyak. Asid lemak yang terpolimerasi menghasilkan bau yang kurang enak dan disyaki karsinogenik. Selalunya masalah ini terhasil daripada minyak yang kaya dengan asid linolenic dan rantaian asid lemak omega-3 yang panjang.

Cara Penggorengan yang Berkesan

Kekalkan suhu menggoreng pada suhu optima iaitu antara 180 hingga 190°C. Dengan ini, minyak tersebut boleh digunakan lagi untuk beberapa gorengan seterusnya disamping mengekalkan kualiti makanan. Minyak juga kurang diserap oleh makanan yang digoreng.


Jauhkan daripada menggunakan minyak yang berkualiti rendah atau yang telah rosak. Minyak yang rosak akan mengurangkan pemindahan haba kepada makanan, oleh itu, lebih banyak minyak akan terserap di dalam makanan. Minyak yang baru haruslah ditambah ke dalam bekas yang digunakan untuk menggoreng untuk mengurangkan kesan daripada minyak yang rosak.

Lelaki Lemah Dengan Wanita ?

Lelaki Lemah Dengan Wanita?


NEW YORK – Lelaki bukan saja berdepan masalah penurunan kekuatan mental apabila dikelilingi wanita, malah akan mengalami masalah itu walaupun cuma memikirkan mengenai mereka, menurut satu kajian baru.

“Dengan kehadiran wanita, lelaki kadang-kadang tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Mereka tidak dapat berfikir lurus apabila dikelilingi wanita,” lapor akhbar New York Daily News.

Namun perkara itu tidak berlaku kepada wanita, menurut kajian Universiti Radboud Nijmegen di Belanda, yang disiarkan dalam online November lalu.

Penyelidik membandingkan hasil kajian dengan adegan dalam novel Tolstoy, Anna Karenina, yang menonjolkan karektor lelaki, Levi, menjadi amat gemuruh ketika cuba memikirkan sesuatu untuk memberitahu seorang wanita, Kitty, yang tidak mengenali rakan yang berjalan melepasi kolam tempat mereka berdiri. Ia juga berlaku dalam kehidupan sebenar.

“Keadaan itu adalah biasa jika wanita berkenaan menarik dan lelaki cuba menarik perhatiannya,” menurut penulis kajian.

Penyelidik menggunakan penuntut universiti sebagai peserta uji kaji.

Dalam satu kajian, penuntut diminta melengkapkan tugas membaca gerak bibir yang menghendaki mereka menyebut perkataan dengan kuat di depan kamera web.

Mereka diberitahu seseorang akan melihat rakaman dan cuba membaca gerak bibir.

Peserta lelaki yang diberikan wanita memerhatikan mereka melakukan perkara itu memberikan persembahan terburuk dalam ujian kemampuan kognitif walaupun tidak melakukan secara berdepan dengan wanita. Sementara peserta wanita tidak menunjukkan perubahan.

Penyelidik mendapati hasil kajian mungkin berkaitan dengan tekanan evolusi yang membentuk lelaki menjadi lebih bersikap seksual di sebalik keadaan biasa, tetapi menegaskan kajian lanjut perlu dilakukan

Kenali Wanita Ketagih Seks

Selama ini, penagih seks sering dirujuk kepada kalum lelaki. Stigma tersebut mungkin akibat cara pandang yang mengatakan bahawa lelaki adalah pihak yang seharusnya agresif di ranjang. Namun, kenyataannya, wanita juga boleh mengalami masalah ketagihan seks. Agresitiviti dan pihak yang mengawali aktiviti seks juga boleh diselesaikan oleh wanita. Mari mengenali wanita ketagih seks melalui beberapa ciri berikut, seperti disiarkan Times of India.

Senang jadi magnet perhatian
Wanita yang mengalami ketagihan seks (nymphomaniac) memerlukan perhatian dari lebih dari satu orang. Dia boleh pergi sejauh manapun untuk menjadi magnet bagi banyak lelaki.

Selalu dalam suatu hubungan
Masa lalu hubungan mendorongnya terus meneruskan seri baru hubungan dengan lelaki lain. Alasan mengapa dia tidak pernah sendiri adalah bahawa ia tidak boleh berdiri sendirian.


wanita


Seks di mana-mana
Tidak peduli apa yang anda katakan padanya, dia hanya akan menguraikan erti atau konotasi seksual untuk memuaskan dirinya. Dia akan melampirkan setiap percakapan dengan erotisme yang akhirnya mengarah pada hubungan seks.

Seks adalah ubat
Untuk semua rasa sakit, kecemasan, dan masalah, satu-satunya ubat yang bekerja untuknya adalah seks. Dia tidak boleh melupakannya.

Terlalu sering, terlalu cepat
Itu harapannya dari hubungan. Sementara wanita normal cukup dengan berciuman dan berpelukan, dia sudah terbakar dengan keinginan membara untuk berada di tempat tidur dengan anda, dengan penuh perintah untuk anda.

Tolak dia dan lihat reaksinya
Setiap lelaki mengalami hari di mana libidonya sedang rendah dan gagal membalas gairah anda. Tapi, berani menolak seorang nympho atau penagih seks, maka dia akan menyentuh pola perilaku ekstrem, termasuk meludahi anda, depresi, dan rasa takut terhadap penarikan dari segala sesuatu di sekelilingnya.


"Tidak mungkin bagi penagih seks mewujudkan keperluan pengubatan untuk masalahnya. Dalam berbagai kes, itu adalah hak prerogatif. Perlu kesabaran untuk meyakinkan dia menemui seorang pakar. Kurangnya rawatan tidak boleh hanya mengungkapkan rasa malu takut pada penagih seks, tetapi juga menyandarkan mereka dalam masalah hukum, terutama dalam kes wanita, "jelas psikiater Dr Aruna Broota


Air Pancut Terbesar Di Dunia

Emaar Properties,syarikat yang telah membangunkan pelbagai Bangunan Mewah di Dubai (termasuk Burj Dubai),baru saja mengumumkan perancangan untuk membangunkan Sebuah lokasi Air Pancut terbesar di dunia.

Lokasi Air Pancut ini dapat menembakkan air sehingga ketinggian 150 meter,atau kira-kira setinggi bangunan 50 tingkat,dan membentang seluas 275 meter,atau kira-kira lebih luas dari 2 lapangan bola sepak.














Cara-Cara Memakai / Mengikat Tali Leher



Cara-Cara Memakai / Mengikat Tali Leher





Klik Pada Gambar Untuk Lebih Jelas

Contoh 1





Contoh 2





Contoh 3





Contoh 4




Contoh 5





Fakta Menarik Tentang Ikan Yang Perlu Anda Tahu

Ikan pertama di dunia

ikan unik

Para saintis setelah mengkaji bertahun-tahun dan menemukan ikan Conodontia sebagai ikan yang pertama di dunia, fosil mereka tetap utuh dan kemungkinan mereka hidup sekitar 515.000.000 tahun yang lalu. Gambar di atas adalah gambar fosil ikan yang menyerupai dan hampir sama dengan bentuk ikan pertama di dunia.



Ikan terbesar di dunia

ikan unik

Great White Shark disebut Megalodon Shark ( Carcharodon Megalodon ). Ikan impresif ini benar-benar karnivor, sekarang hanya dikenali dari catatan fosil giginya saja, mungkin hidup antara sekitar 20 sehingga 2 juta tahun yang lalu. Perkiraan ukurannya, berdasarkan pembinaan samula rahang dan perbandingan dengan Great White Shark todays menunjukkan kemungkinan sekitar 14,7 m (48,4 kaki) panjangnya dan ditimbang sekitar 35.000 kg beratnya.


Ikan terkecil di dunia


ikan unik



Tiga jenis ikan diklasifikasikan pada FishBase yang hanya memiliki panjang 1 cm. Pamphorichthys, spiniceps Photocorynus dan nanus Trimmatom. Ketiga-tiganya tercatat sebagai ikan terkecil yang pernah dicatat didalam Guinness Book of Records sebagai haiwan terkecil di dunia.




Ikan terpintar

ikan unik

Elephantnose (Gnathonemus petersii) yang memiliki otak sebesar 3,1% dari kesulruhan berat badannya. Ikan rata-ratanya hanya memiliki otak yang beratnya kurang dari 1% dari berat kesulruhan tubuhnya, Otak manusia rata-rata hanya pada tingkat 2,3% dari berat badan. Ikan Elephantnose hidup di air tawar, ikan tropis dari Afrika Tengah yang tumbuh dengan panjang maksimum 35 cm. Ini adalah spesies yang tersedia secara komersial untuk aquarium dan disukai kerana perilaku bermain-mainnya yang sangat cerdas.


Ikan terbodoh

ikan unik

Kita tidak dapat memastikannya, tapi apa yang kita tahu adalah bahawa Acanthonus armatus, sebuah ikan laut dalam titik puncak Eel, memiliki otak yang sangat kecil, relatif terhadap ukuran tubuhnya, dari setiap ikan, atau bahkan vertebrata apapun, kerana itu dia disebut ikan terbodoh.


Ikan terpantas


ikan unik

Istiophorus platypterus yang direkodkan mampu bergerak 91 meter (300 kaki) baris dalam tiga saat, yang setara dengan 109,2 km/h atau 72 mph.



Ikan penghasil telur terbanyak

ikan unik

The Greay Kerapu, Epinephelus tauvina perempuan yang dapat mengeluarkan sebanyak 340.000.000 telur dalam satu musim, namun telurnya sangat kecil, iaitu sekitar 0.75mm pada diameternya.



Ikan penghasil telur paling sedikit

ikan unik

Mobula genus, lebih dikenali sebagai Devil Rays, Masing-masing hanya menghasilkan satu telur, dan kemudian hanya satu telur muda per musim. Ada beberapa anggota lainnya dari genus mobula, tapi biologi pembiakan mereka kurang dikenali.


Ikan mengejutkan di dunia

ikan unik

Electric Eel (Electrophorus electricus) dari Amerika Selatan adalah raja dari generator yang hidup dan oleh itu disebut sebagai ikan yang paling mengejutkan di bumi. Organ elektrik dalam tubuhnya sebanyak 80% dan spesimen rata-rata dapat memberikan 1 amp sekitar pada 400 volt. Rekod ini diadakan sebagai spesimen dari New York Aquarium yang diukur memberikan sebuah sengatan 650 volt. Tegangan ini dengan mudah membunuh manusia dewasa.




Ikan paling beracun di dunia

ikan unik

Poisonousness adalah puffer Kematian Maki-maki hispidus Arothron. Organ internal dari ikan ini sangat beracun yang memakan waktu kurang dari 0,1 gram (atau 400ths ons) untuk membunuh seorang manusia dewasa dalam waktu kurang dari setengah jam.





Ikan paling Sedikit di dunia


ikan unik

The Devils Hole Pupfish (Cyprinodon diabolis) kecil, 15 hingga 20 mm panjangnya, jenis ikan cyprynid hanya dapat ditemui dalam satu tempat, yang disebut Devil's Hole di Nevada USA. Jumlah ikan ini dianggarkan hanya 200-700 ekor.



Ikan paling banyak di dunia

ikan unik

Anchoveta Peru, Engraulis ringens. Ini adalah ikan kecil, hingga 8 cm panjang yang tertangkap oleh jutaan tan dari pesisir Amerika Selatan, dan ini adalah ikan terbanyak yang ada di dunia.



Ikan hidup terlama di dunia

ikan unik

Rockfish Rougheye (Sebastes aleutianus) dari Alaska yang dilaporkan hidup hingga umur 205 tahun, pada tahun 2002 pada waktu itu ikan ini masih hidup.



Ikan hidup terdalam

ikan unik

Abyssobrotula galatheae telah ditemui pada kedalaman 8.372 km  di Palung Puetorican, sangat sedikit yang diketahui tentang biologinya

Bila Perempuan Menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...



Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.... ..

Apabila dia menangis di hadapan anda,Apabila dia menangis kerana anda,Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?

Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.

Lelaki Terseksi Di Dunia Tahun 2012


Aktor Hollywood, Bradley Cooper dilabel sebagai lelaki paling seksi yang masih hidup di dunia oleh majalah hiburan AS, People.

Dalam ulasannya, majalah People menyatakan, pelakon berusia 36 tahun itu bersikap sederhana walaupun dia memiliki senyuman memikat dan sepasang mata biru yang menakjubkan.

Menurut majalah berkenaan, Cooper juga seksi kerana amat rapat dengan ibunya terutama selepas bapanya, Charles meninggal dunia pada Januari lalu.




"Saya fikir ia hebat untuk seorang lelaki yang tidak memiliki wajah seorang model diberikan penghormatan sebegini," kata Cooper yang popular menerusi filem komedi, Hangover dalam satu wawancara bersama People.

"Saya fikir saya memiliki rupa paras yang baik. Kadang-kala saya kelihatan hebat dan sebahagian lagi saya nampak teruk," katanya.



Pelakon kacak itu bercinta dengan aktres Renee Zellweger selama dua tahun sebelum mereka berpisah pada Mac lalu. Dia juga pernah dilihat intim bersama penyanyi Jennifer Lopez, tetapi Cooper menegaskan bahawa dia bukan seorang lelaki kasanova .



Antara pemenang terdahulu ialah aktor Ryan Reynolds, George Clooney, Brad Pitt dan Mel Gibson.

7 Sikap Wanita Melalui Cara Berjalan



1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Lelaki Berbasikal Setinggi Rumah 2 Tingkat Cipta Rekod Dunia



SEORANG lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya.Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.

Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar.

Sejak Guirola menjual rumahnya di Ciego de Avila dan berpindah ke Havana pada November lalu, pemandangan ganjil dia mengayuh basikal sekeliling bandar setinggi rumah dua tingkat itu sudah menjadi kebiasaan.

Namun jiran-jiran tetap menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat gelagatnya manakala para pelancong yang terlihat sudah tentu tidak melepaskan peluang menangkap gambar.



"Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu.

"Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya.

Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983.Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) malah dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m.

Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.
Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004.

Bayi Dilahirkan Dengan Enam Kaki

PAKISTAN, seorang bayi malang yang baru dilahirkan, terpaksa berjuang untuk hidup apabila ia dilahirkan dengan keadaan yang ganjil iaitu memiliki enam kaki.

Bayi tersebut dipercayai memiliki seorang lagi kembar siam yang dikatakan gagal membesar dengan sempurna dilihat meninggalkan kaki yang terlekat pada anggota badannya.

Para doktor sedang menilai tahap kesihatan bayi tersebut, yang kini sudah dipindahkan ke Karachi untuk rawatan susulan. Mereka sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan asing bagi menjalankan pembedahan rumit membuang kaki-kaki tambahan pada bayi malang tersebut.



Ayah bayi tersebut merayu sumbangan orang ramai untuk membiayai rawatan anaknya. Ibunya pula yang juga merupakan sepupu kepada suaminya kini beransur-ansur sembuh dari kesan pembedahan melahirkan bayi berkenaan di rumah keluarganya di Sukkur, sekitar 280 km dari Karachi.

"Pembedahan bayi seperti ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan penilaian yang betul terlebih dahulu" jelas Dr Jamal Rezza, daripada Institut Kesihatan Kanak-kanak Karachi.

"Kita perlu menilai sama ada bayi ini memiliki kaki milik kembarnya atau bukan. Kita juga perlu menilai berapa banyak organ-organ yang telah berkembang kerana ia kelak akan memberi kesan dan mengurangkan peluangnya untuk hidup."

Keganjilan pada kelahiran bayi ini dikatakan hanya berlaku kurang 1 kejadian daripada sejuta bayi yang dilahirkan.


Sumber: Yahoo News

Dipenjara 2 tahun Setengah Kerana Menghina Islam di Facebook



SEORANG lelaki warganegara Indonesia dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah dan denda $10,598 (RM33,487.14) selepas didapati bersalah menghina Islam di laman sosial Facebook.

Alexander Aan, yang bekerja di sektor kerajaan Sumatera Barat dijatuhkan hukuman di oleh mahkamah kerana melanggar undang-undang internet Indonesia.

Aan pada awalnya dilaporkan ditahan kerana menulis "Tuhan tidak wujud" di halaman sosial Facebook.

Dia telah menubuhkan sebuah kumpulan Atheist di Facebook dan menyiarkan gambar lucah Nabi Muhammad melakukan hubungan seks dengan hamba.

Aan juga dilaporkan memuat naik tiga artikel yang mana salah satunya menulis Nabi Muhammad tertarik kepada menantu perempuan baginda.

"Di bawah undang-undang Informasi Elektronik dan Transaksi, kami menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan" kata hakim mahkamah, Eka Prasetya Budi Dharma.

"Apa yang dilakukannya telah menimbulkan kerisauan masyarakat dan menghina Islam".

Para pendakwa kes tersebut memohon hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun setengah ke atasnya, namun mahkamah mengurangkan hukuman itu kepada 2 tahun setengah.

Peguambela Aan berkata, mereka akan mempertimbangkan rayuan terhadap kes tersebut.


Sumber : Al Jazeera

Disebalik Tahi Lalat

Tahi lalat yang muncul di kulit boleh membuat seseorang kelihatan lebih manis. Tapi tak hanya itu keuntungannya, kerana banyaknya tahi lalat di kulit boleh menunjukkan kepadatan tulang yang lebih baik.

Penyelidik dari Kings College London mendapati bahawa banyak tahi lalat di kulit tak hanya membuat seseorang kelihatan lebih muda, tetapi juga membuat bahagian dalam tubuhnya lebih muda kerana mempunyai kepadatan tulang yang lebih baik.

Orang-orang yang mempunyai banyak tahi lalat membolehkan sel-sel di dalam tubuhnya lebih kerap mengemas kini diri. Walaupun ada kesan lain seperti berisiko lebih tinggi terkena kanser, baik kanser kulit atau jenis lain.


Kebanyakan orang memiliki tahi lalat sebanyak 30-40, namun beberapa di antaranya mempunyai tahi lalat hingga 600. Siri kajian yang dilakukan oleh pasukan dari Kings College dan Dr Veronique Bataille, seorang dermatologi dari Hemel Hempstead General Hospital melihat hubungan antara jumlah tahi lalat dengan watak fizikal yang lain.

Pertama, Dr Bataille mencatatkan bahawa orang dengan jumlah tahi lalat banyak akan kurang terdedah kepada beberapa kesan penuaan kulit seperti kedut atau noda.

Kedua, diketahui orang yang mempunyai tahi lalat lebih daripada 100 akan lebih sedikit mengembangkan osteoporosis berbanding orang dengan jumlah tahi lalat sedikit.

Hal ini berdasarkan hasil kajian terbaru yang melibatkan 1,200 orang kembar dan telah dibentangkan dalam persidangan Royal Society of Medicine.

Didapati jumlah tahi lalat yang banyak mempunyai risiko yang lebih kecil terkena pengurangan kepadatan tulang yang berkaitan dengan bertambahnya usia. Sehingga ia lebih sedikit terkena penyakit tulang rapuh dan patah tulang di kemudian hari.


Walaupun alasan terhadap hubungan ini belum jelas, tapi para penyelidik telah memperhatikan bahawa orang dengan jumlah tahi lalat banyak mempunyai perbezaan dalam untaian DNA dalam setiap sel yang membawa kod genetik.

"Tahi lalat adalah produk yang terlihat dari sistem yang mendasari tentang kawalan penuaan tubuh, kerananya orang yang mempunyai banyak tahi lalat cenderung mempunyai usia yang lebih baik," kata Dr Bataille, seperti dipetik daripada BBCnews.


P/s: (Petua orang tua-tua) kalau nak buang taik lalat, guna getah betik or getah ape entah ..



12 Penyerang Bola Sepak Terbaik Dunia



12. Gabriel Batistuta



Beliau menolak pindah ke kelab lain meskipun Fiorentina diturunkan ke Serie B Itali pada musim 1992/93. Namun pada tahun berikutnya, striker Argentina yang kerap dipanggil dengan gelaran Batigol ini membawa kelabnya kembali ke Serie A. Dari Newell's Old Boys hingga bersara di Al Arabi, Batigol telah menjaringkan gol sebanyak 254 gol dari 441 kali bermain. Setelah sembilan musim bersama Fiorentina, ia dijual ke AS Roma dan menjadi sumber inspirasi utama Giallorossi untuk meraih gelaran ketiga dalam sejarahnya.



11. Thierry Henry



Ketika bermain untuk Arsenal, Henry menjadi penjaring terbanyak EPL sebanyak empat kali (2002, 2004, 2005 dan 2006) dan menjadi pemain paling berjaya The Gunners dengan 226 gol dari semua pertandingan. Diaa juga meraih dua gelaran penting bersama pasukan Perancis, iaitu Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.



10. Roberto Baggio



Sayangnya, Baggio lebih diingati dengan kegagalannya menjaringkan tendangan penalti sehingga Itali kalah penalti ketika menentang pasukan Brazil di final Piala Dunia 1994. Tapi, tanpa penampilan Baggio yang gemilang sepanjang pertandingan itu, Azzurri tak mungkin berjaya melangkah ke final. Ia menjadi anak emas bolasepak Itali sejak bermain dengan Fiorentina pada 1985, sebelum perpindahannya ke Juventus menjelang Piala Dunia 1990. Dikenali dengan gelaran "The Divine Ponytail" kerana rambut kuncir dan ketaatannya menjalankan agama Budha, Baggio meraih gelaran liga dua kali - bersama Juventus pada 1994/95, dan AC Milan pada musim berikutnya. Pemain Terbaik Dunia versi FIFA pada 1993.



9. Alessandro Del Piero


Juventus selamanya! Itulah si Pinturicchio yang sudah lima kali scudetto bersama Bianconeri dan menjadi ikon kelabnya dengan 500 penampilan lebih. Sama halnya dengan Batigol, ia pun menolak keluar dari kelabnya yang turun takhta pada 2006 akibat kes rasuah Calciopoli. Gelaran U-21 Eropah pada 1994 dan 1996 disandangnya, ditambah lagi gelaran juara Piala Dunia 2006. Kesetiaan adalah emas!



8. Marco van Basten


218 gol dari 280 penampilan bersama Ajax dan AC Milan bukan prestasi yang mudah diraih. Ia juga mengumpul gelaran hat-trick pada 1992 - Pemain Terbaik Dunia versi FIFA, Pemain Terbaik Eropah, dan Pemain Terbaik Dunia. Marco van Basten menjadi pemain yang berjaya mengikuti jejak Johan Cruyff, sekaligus memimpin Belanda juara Eropah untuk pertama kalinya pada 1988. Bersama AC Milan, ia meraih Piala Eropah pada 1989 dan 1990. Sayangnya, cedera pergelangan kaki memaksanya bersara lebih awal. Meskipun demikian, Van Basten tetap berkhidmat dalam dunia bolasepak. Ia melatih pasukan Belanda pada 2004-08 dan kini menjadi jurulatih Ajax.



7. Ronaldo (Ronaldo Luiz Nazario da Lima)




Pemain yang fenomena ini sudah dua kali meraih hat-trick gelaran Pemain Terbaik FIFA, Eropah dan Dunia. Nama Ronaldo mulai bangkit ketika menjaringkan 58 gol dalam 60 pertandingan di awal kariernya bersama Cruzeiro pada 1993. Setelah dua musim yang gemilang bersama PSV Eindhoven, ia berhijrah ke Barcelona pada 1996 dan merekodkan 34 gol dalam 37 perlawanan untuk menjadi penjaring terbanyak. Bersama Inter Milan, Ronaldo 'mengejek' gaya pertahanan kelab Itali lainnya. Hasilnya, 25 gol diperolehi, sekaligus membawa Inter juara Piala UEFA - semuanya dalam musim pertamanya. Ia juga meraih gelaran penjaring terbanyak pada dua musim pertamanya bersama Real Madrid. Kekecewaan kekalahan 3-0 dari Perancis pada final Piala Dunia 1998 terhapus, ketika Ronaldo membawa Brazil juara Piala Dunia berikutnya. Ia menjadi penjaring terbanyak dengan 8 gol, dan dua di antaranya dihasilkan di final menentang Jerman.



6. Bobby Charlton (Sir Robert Charlton)



Inilah salah satu pemain terbaik Inggeris sepanjang masa. Bobby Charlton meraih 106 caps dan 49 gol bersama pasukan England. Sebagai sebahagian dari "Busby Babes" yang selamat dari tragedi Munich 1958, Charlton sepuluh tahun kemudian membawa Manchester United menjadi kelab pertama Inggeris yang juara Piala Eropah. Charlton juga membantu tuan rumah England meraih Piala Dunia 1966. Perlawanan Charlton dengan Eusebio di semifinal melawan Portugal dikenang sebagai pertandingan terbaik England sepanjang masa.



5. Alfredo Di Stefano



Ketika bersama Real Madrid, Di Stefano mengumpul koleksi lapan gelaran Liga Spanyol dan memenangkan lima edisi pertama Piala Eropah. Ia juga menghasilkan gol dalam setiap pertandingan final. Kepemimpinannya di dipadang ditambah skill menakjubkan membuat Di Stefano menjadi faktor utama Real Madrid mendominasi Eropah pada akhir 1950-an. Namun, Di Stefano gagal di peringkat antarabangsa. Ia pernah memperkuatkan barisan Argentina, Colombia dan Sepanyol, tapi tak satupun gelaran Piala Dunia dimenangi. Ia selalu dikenang ketika menciptakan hatrick ketika Real Madrid membelasah Frankfurt 7-4 untuk memenangi trofi Piala Eropah kali kelima berturut-turut.



4. Ferenc Puskas


Inilah penyerang yang kualitinya sukar ditemui lagi di Hungary. Bersama pasukannya, ia mencatat rekod 84 gol dari 85 caps. Tubuhnya pendek, dadanya rata, tapi kekuatannya terletak pada kaki kirinya yang mampu melepaskan rembatan sepantas kilat. Setelah meraih pingat emas Olimpik 1952 sekaligus mengakhiri dominasi Inggeris di Eropah, pasukan Hungary menjadi favorite juara Piala Dunia 1954. Pasukan bergelar "Mighty Magyars" meledakkan 17 gol dalam saingan kumpulan sebelum menyingkirkan Brazil dan Uruguay. Meskipun cedera teruk, Puskas memaksakan dirinya tampil beraksi di final, bahkan menjaringkan gol sebelum kalah secara menyakitkan oleh Jerman Barat.



3. Eusebio (Eusebio da Silva Ferreira)




Pemenang Kasut Emas di Piala Dunia 1966 ini menjaringkan sembilan gol buat Portugal sebelum tersingkir di semi-final oleh tuan rumah England, yang kemudian menjadi sebagai juara. Eusebio menjadi pemain Afrika pertama (kelahiran Mozambique) sehingga dikenali sebagai "Pele versi Eropah" - dan hingga kini masih dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal sepanjang zaman. Dari Benfica hingga Sporting Lisbon, nama Eusebio bersinar di usia 19, ketika menjaringkan hat-trick ke gawang Santos (yang ketika itu diperkuatkan Pele) pada Pertandingan Paris 1961. Eusebio menjadi penjaring terbanyak Liga Portugal tujuh kali dan meraih Pemain Terbaik Eropah pada 1965. Dua golnya ke gawang Real Madrid membantu Benfica meraih Piala Eropah untuk kedua kalinya pada 1962. Sayangnya, ia cedera lutut dan terpaksa bersara pada umur 32 tahun. Ia menghasilkanj 41 gol dari 64 caps internasional.



2. Johan Cruyff




Inilah master of total football. Kapten Cruyff memimpin Belanda di Piala Dunia 1974, dengan menjaringkan dua gol baik ke gawang Argentina mahupun Brazil, sebelum dikalahkan Franz Beckenbauer dan Jerman Barat.. Johan Cruyff merupakan nama paling terkenal dalam sejarah bolas sepak Belanda. Ia menjadi pameran utama dalam dominasi Ajax di kancah Eropa pada era 1970-an. Ia mendominasi Belanda dengan lapan gelaran domestik bersama Ajax ditambah satu lagi di Feyenoord. Tiga gelaran Piala Eropah berturut-turut diraih pada 1970 hingga 1973 sebelum berhijrah ke Barcelona. Ia bersara menjelang Piala Dunia 1978, dan selanjutnya berjaya melatih dua bekas kelabnya.



1. Pele (Edson Arantes do Nascimento)




Pada usia 17 tahun, Pele (gambar) menjaringkan enam gol di Piala Dunia 1958, dan menjadi sumber inspirasi Brazil meraih gelaran pertamanya. Kariernya penuh dengan prestasi, di dalam mahupun luar padang, dan ketika ini menjadi duta besar bola sepak. Angka-angkanya: 470 gol dalam 412 penampilan bersama Santos, dan 77 gol dari 92 caps bersama pasukan Brazil. Tiga kali juara Piala Dunia, sepuluh gelaran Campeonato Paulista, dua Copa Libertadores. Sememangnya penyerang terbaik dunia sehingga kini.



credit haxims.bogspot
putihkan gigi, gigi putih & gigi kuning
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan