10 Perkara Yang Wanita Inginkan




Wanita memang makhluk yang sukar diramal dan kadang-kala sering membingungkan lelaki. Tetapi sebenarnya wanita tidaklah serumit dan semisteri yang anda anggap, asalkan kita mengetahui apa sebenarnya yang mereka inginkan.


Berdasarkan pungutan suara yang dilakukan oleh Yourtango, mereka telah menyenaraikan 10 perkara mudah yang benar-benar wanita inginkan dan mungkin mewakili kebanyakan makhluk hawa tersebut.


1. Penghargaan

Siapa kata lelaki sahaja yang perlu dihargai? Wanita pun inginkan pendapatnya, kerjaya, hobi, teman, tubuh dan fikirannya dihargai. Jika anda tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan atau diucapkannya, cubalah menghargainya dan berfikir positif bahawa pendapatnya merupakan sumbangan yang sangat bererti bagi anda, berbanding daripada menentangnya dengan terlalu keras atau memarahinya.


2. Seks

Tentu sahaja wanita mahukan seks sebagaimana halnya lelaki. Tetapi yang perlu diingat, seks yang diinginkan wanita bukan hanya sekadar ‘seks’. Hanya berikan sentuhan fizikal yang kecil seperti urutan di bahu, kaki atau kepala pun merupakan salah satu bentuk seks yang menyentuh hati bagi wanita.


3. Romantik
Suasana romantik boleh dicipta di mana sahaja, tidak perlu dengan makan malam atau menonton filem romantik di pawagam. Nyalakan beberapa lilin di rumah anda dan buatlah si dia seperti seorang kekasih yang benar-benar anda idamkan, bahkan jika sudah menjadi isteri sekalipun.


Semua perkara yang membuat anda jatuh cinta terhadapnya dahulu tidak perlu berhenti apabila anda sudah berkahwin dan mempunyai tugas lain seperti membersihkan rumah dan menguruskan anak. Memberi hadiah atau memberikan bunga pada pasangan tanpa sebab merupakan satu idea romantik yang patut dicuba.


4. Waktu
Mengucapkan kata-kata cinta memang boleh melalui bunga, tetapi menggunakan masa terluang untuk bersama dan melayan wanita dengan menjadikannya sesuatu perkara utama jauh lebih mewakili rasa cinta berbanding memberikan hadiah atau apa-apa barang sekali pun.


Antara contoh lain termasuk lah membantunya menyelesaikan kerja-kerja rumah sekiranya dia telah menjadi isteri anda. Jika anda tiba terlebih dulu di rumah dari pejabat, tidak salah pun jika anda membersihkan rumah dan memberi kejutan yang menggembirakan untuk isteri.


5. Makan Malam

Bagi seorang isteri yang sibuk bekerja dari pagi hingga ke petang, menyiapkan makan malam mungkin merupakan satu beban yang membuatkannya malas memasak di dapur.


Walaupun anda tidak pandai memasak, tapi menyambutnya dengan menu masakan anda di dapur, pasti akan membuatkannya gembira, kerana dia pasti akan berpendapat bahawa anda sanggup berusaha dan sangat memahami dirinya.


6. Komunikasi

Wanita adalah makhluk yang senang untuk berbicara. Mereka tahu anda mencintainya, tapi mendengar terus dari mulut anda pasti akan betul-betul membahagiakannya. Hanya beritahu kepadanya jika dia kelihatan cantik dan sangat seksi. Cara sebegini pasti akan membuatkan perasaan mereka sangat gembira.


Ketika wanita disebut seksi, dia pun akan berfikir dan berkelakuan seksi, walaupun sebelum ini dia tidaklah seksi sekalipun. Katakan bahawa masakannya sedap dan lazat. Ucapkan terima kasih kerana telah menghantar anak-anak ke sekolah atau mencuci bilik mandi. Biarkan dia tahu bahawa anda melihat usahanya dan berterima kasih kepadanya.


7. Konsisten

Maksud konsisten ini bukan bererti anda harus menjadi seseorang yang membosankan dan mudah dibaca. Maksudnya adalah dengan cuba dan berusahalah memberinya sokongan dan cinta secara konsisten dan dengan tenaga yang tidak habis-habis agar dia merasa selesa.


8. Tekad Yang Kuat

Mempunyai tekad yang kuat bererti anda harus bersedia memperjuangkan apa sahaja demi pasangan anda. Caranya adalah anda tidak lah perlu melakukan perkara-perkara besar, cubalah memperhatikan hal-hal kecil seperti memberi perhatian ketika berbicara dengannya.


9. Humor dan Rasa Malu

Dua sifat ini saling berkaitan, ertinya mempunyai rasa humor harus terhad dengan rasa malu. Wanita memang senang mempunyai pasangan yang lucu dan suka berjenaka. Tetapi mereka tidak mahu pasangannya membuat perkara yang memalukan di depan umum.


10. Cabaran

Wanita yang rasa bermotivasi dan mendapat kejutan daripada pasangan mengakui merasa hidupnya lebih bahagia. Berdasarkan hasil Poling, wanita lebih bahagia ketika mendapat dorongan daripada pasangan untuk mencapai setiap tujuan hidupnya, kerana dia akan merasa seolah diberi semangat untuk mencapai tujuan tersebut.

Makhluk Misteri Di Pantai Sepanyol





Seekor mahluk misteri telah dijumpai dipesisir pantai di Sepanyol. Ianya adalah sejenis mahluk yang tidak pernah dijumpai dengan mempunyai panjang kira-kira 13 kaki serta mempunyai tanduk dikepala.
Kelihatan dari belakang kelihatan seperti ikan yu.

Orang ramai menjumpai mahluk ini dari bau busuk yang terhasil kerana proses pereputan yang berlaku.

Terlalu banyak rahsia alam yang kita masih belum ketahui sebenarnya..

Tips ketika Cuaca Panas Melampau








Tips Kesihatan ketika Cuaca Panas Melampau. Info Kesihatan ini adalah panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Kesihatan Alam Sekitar. Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Namun beberapa minggu ni, bahang panas agak melampau, mungkin disebabkan Letupan Partikel Radiasi Korona pada awal Mac baru-baru ni, Wallahu’alam bissawab.  Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, cuma sakit-sakit biasa saja yang dialami. Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan serangan penyakit. Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian. sumber: myhealth.gov.my



Kesan kesihatan dan risiko disebabkan cuaca panas melampau
Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
Strok akibat dari panas (heat stroke)

Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan cuaca panas terik
Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada situasi atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi ialah
Sakit kepala
Keletihan
Tumpuan lemah
Pening
Lemah otot–otot badan atau kekejangan
Mual dan muntah

Tips dan Cara mencegah risiko dan bahaya akibat cuaca panas melampau. Mencegah adalah baik daripada mengubati. Terutamanya untuk mereka yang berisiko tinggi, adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dalam keadaan cuaca panas. Di bawah adalah tip–tip pencegahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tips ketika Cuaca Panas Melampau, perlulah

Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Berehat dengan kerap
Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar


Tips ketika Cuaca Panas Melampau, elakkan

Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
Bersenam dalam cuaca panas

Sungai Parana - Sungai Yang Menjadi Sempadan Tiga Negara







Paraná River (bahasa Spanyol: Río Paraná, bahasa Portugis: Rio Paraná) adalah sungai yang mengalir melalui wilayah Brazil, Paraguay dan Argentina sepanjang 2,570 kilometer. Panjang sungai dapat meningkat menjadi 3,998 km jika jarak dihitung dari daerah hulu Sungai Paranaiba di Brasil.

Sungai ini terbentuk pada muara sungai Paranaiba dan Grande di Brazil selatan. Dari muara, sungai mengalir sepanjang 619 km ke arah barat daya sebelum memasuki kota Saltos del Guaira, Paraguay.


 Seterusnya, sepanjang 200 km, sungai Parana mengalir ke selatan dan membentuk sempadan antara Paraguay dan Brazil hingga muara dengan sungai Iguazu. Setelah bergabung dengan Iguazu, Parana kemudiannya menjadi sempadan antara Paraguay dan Argentina.

Keindahan Masjid Hassan II







Keindahan Masjid Ini, Sujud Boleh Lihat Terus Ke Dalam Laut.



Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi. Masjid ini terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.

Masjid ini dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.

Masjid Hassan II adalah hasil dari Raja Hassan II saat menyatakan:. "Aku ingin membangun masjid ini di atas air, kerana takhta Allah adalah di atas air. Oleh itu, umatNya yang pergi ke sana untuk berdoa, untuk memuji Sang Pencipta, dapat merenungkan kebesaran Tuhan langit dan laut. ".

Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.

Tatkala sujud dikatakan pandangan terus kedalam air (laut) kerana hampir setengah dari permukaan lantai masjid diperbuat daripada kaca di atas air laut Atlantik.

Masjid ini direka tahan gempa lengkap dengan mandian khas Turki dan mempunyai lantai yang boleh dihangatkan sesuai dengan cuaca. Atap masjid diperbuat dari pintu elektrik yang boleh terbuka, sebagai simbol semua ibadah yang dilakukan di masjid ini akan dibawa ke atas (syurga).

Seni bina masjid dipengaruhi gaya Moorish dan mirip Masjid Al Cordoba di Sepanyol. Masjid Hassan II dan Masjid Tin Mal adalah dua masjid di Maghribi yang terbuka untuk umum dan tetamu bukan Islam. Semua tetamu boleh membeli tiket masuk masjid dan akan dipandu oleh pemandu pelancongan yang menjelaskan secara terperinci interior masjid.


Perancis Buka Tanah Perkuburan Islam Rasmi Pertama







Perancis telah membuka tanah perkuburan orang Islam yang pertama di bandar timur laut Strasburg, satu tindakan yang dialu-alukan oleh umat Islam sebagai satu langkah ke arah mengintegrasikan salah satu kumpulan minoriti terbesar di negara itu.

Pembukaan tanah perkuburan itu adalah detik "bersejarah" bagi umat Islam di Perancis yang mana adalah simbol penting pemilikan bagi masyarakat, Mohammed Moussaoui, ketua Majlis Agama Islam di Perancis memberitahu Agence France-Presse (AFP) pada hari Isnin, 7 Februari.

Pelbagai pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri pembukaan tanah perkuburan itu, yang mempunyai ruang untuk kira-kira 1,000 kubur.

Tanah perkuburan, yang berharga kira-kira 800,000 euro, menghadap ke arah Makkah, mempunyai ruang untuk berwudhu' dan surau yang berasingan.

Perancis merupakan rumah kepada minoriti Muslim seramai enam juta orang, yang terbesar di Eropah.

Islam menyeru untuk menghormati manusia sama ada hidup atau mati. Mayat seorang Muslim perlu segera dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan dan persediaan.

Dua atau tiga orang Muslim dewasa perlu memandikan mayat dan kemudian mengkapannya. Sebelum dikebumikan, solat jenazah perlu dilakukan.

Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin. Adalah makruh (tercela) untuk melambatkan pengebumian jenazah.

Fenomena Ribut Pasir Di Pantai Barat Australia







Subhanallah! Fenomena Ribut Pasir Di Pantai Barat Australia | Ini bukan tsunami, tetapi fenomena ribut pasir yang telah melanda di Pantai Barat Australia. Berikutan dengan kejadian ini, terdapat jurugambar yang sempat merakamkan detik luar biasa ini. Biarpun ia tidak berbahaya seperti tsunami mahupun puting beliung, namun kehadirannya telah menakutkan penduduk di kawasan tersebut. Ini merupakan salah satu kejadian yang Allah SWT tunjukkan kepada kita.

Ribut debu yang melanda pantai barat Australia pada hari Rabu lepas telah menghasilkan satu fenomena “red wave”. Beberapa keping gambar telah diambil oleh nelayan kecil yang melauli kawasan tersebut dan menganggapnya satu fenomena aneh yang jarang-jarang sekali berlaku
IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...