Perancis Buka Tanah Perkuburan Islam Rasmi Pertama







Perancis telah membuka tanah perkuburan orang Islam yang pertama di bandar timur laut Strasburg, satu tindakan yang dialu-alukan oleh umat Islam sebagai satu langkah ke arah mengintegrasikan salah satu kumpulan minoriti terbesar di negara itu.

Pembukaan tanah perkuburan itu adalah detik "bersejarah" bagi umat Islam di Perancis yang mana adalah simbol penting pemilikan bagi masyarakat, Mohammed Moussaoui, ketua Majlis Agama Islam di Perancis memberitahu Agence France-Presse (AFP) pada hari Isnin, 7 Februari.

Pelbagai pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri pembukaan tanah perkuburan itu, yang mempunyai ruang untuk kira-kira 1,000 kubur.

Tanah perkuburan, yang berharga kira-kira 800,000 euro, menghadap ke arah Makkah, mempunyai ruang untuk berwudhu' dan surau yang berasingan.

Perancis merupakan rumah kepada minoriti Muslim seramai enam juta orang, yang terbesar di Eropah.

Islam menyeru untuk menghormati manusia sama ada hidup atau mati. Mayat seorang Muslim perlu segera dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan dan persediaan.

Dua atau tiga orang Muslim dewasa perlu memandikan mayat dan kemudian mengkapannya. Sebelum dikebumikan, solat jenazah perlu dilakukan.

Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin. Adalah makruh (tercela) untuk melambatkan pengebumian jenazah.

0 comments:

Post a Comment

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...