Pulau Piticairn : Pulau Terasing Di Dunia

antara pulau terasing di dunia...






Kepulauan Piticairn empat pulau vulkanik dalam terbentang luas Pasifik, yang disebut syurga "untuk terdampar" Makanan dan keperluan lainnya ke pulau kapal-kapal yang dikirim setiap kali prevaljuju hari dari 2.172 km untuk sampai ke pulau ini.

Nama rasmi Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands, kumpulan dari empat pulau vulkanik di Lautan Pasifik bagian selatan. Kepulauan adalah wilayah luar negeri England yang terakhir berbaki di Pasifik. Empat pulau - bernama Pitcairn, Henderson, Ducie, dan Oeno - meluas di beberapa ratus mil laut dan mempunyai jumlah luas kira-kira 18 mil persegi. Hanya Pitcairn, yang kedua terbesar dan pengukuran kira-kira 2 mil, dihuni.


Kepulauan ini terkenal sebagai rumah dari keturunan pemberontak dan Bounty Tahitians yang menyertai mereka, sebuah peristiwa diceritakan dalam banyak buku dan filem. Kisah ini masih jelas dalam nama keluarga dari banyak pulau.

p/s : cantikkan pulau ni .. keajaiban ciptaan Allah yang masih belum diteroka manusia .


sumber : dailymail.

Angry Bird di Muat Turun Sebanyak 500 Juta Kali !



Permainan video telefon bimbit, Angry Bird keluaran firma Rovio, kekal menjadi permainan paling popular dengan rekod menunjukkan ia dimuat turun sebanyak 500 juta kali dalam tempoh dua tahun sejak ia dilancarkan.

Ketua Pemasaran Rovio, Peter Vesterbacka berkata, jumlah tersebut merupakan yang paling tinggi berbanding permainan video yang lain sebelum ini.

Angry Bird berada di carta teratas permainan paling popular sejak ia dilancarkan untuk telefon pintar keluaran Apple, iPhone pada pertengahan Disember 2009.

Bakar Diri Tanda Protes



Seorang pemuda Tibet membakar dirinya di luar Kedutaan China di sini sebelum perbuatan tersebut dihalang oleh polis India, kata beberapa saksi.

Pemuda berkenaan yang turun dari sebuah kenderaan awam bertindak mencurahkan minyak tanah ke seluruh tubuhnya dan menyalakan api pada tubuhnya yang berpakaian sebelum beberapa anggota polis bergegas memadamkan api yang sedang marak.

Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, seluar panjang dan seluruh pinggang pemuda berkenaan dijilat api sebelum api dapat dipadamkan.

Dia yang cedera ringan akibat melecur pada kedua-dua kakinya kemudian dibawa keluar dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan polis.

Tindakan nekad tersebut dilakukan kerana memprotes campur tangan pemerintahan China di wilayah Tibet


sumber : dailymail

Keistimewaan Kapal Haji Abdullah



Insan bernama Abdullah Muda mungkin tidak sehebat artis atau selebriti tersohor. Namun nama itu tetap gah dalam ‘dunia’ dan kelasnya yang tersendiri terutama dalam bidang pembuatan bot dan kapal layar.

Atas kepakarannya itu, populariti Abdullah, 75, di negeri kelahirannya di Terengganu mungkin berbeza.

Namanya memang sinonim dengan bidang pembuatan kapal terutama kapal layar.

Jangan terkejut andainya nama beliau seringkali meniti di bibir peminat kapal jenis itu. Bukan saja dalam negara malah peringkat antarabangsa.

Biarpun begitu, di sebalik keterampilan ‘bersahaja’ itu, beliau dihormati dan disegani para pencinta kapal layar sehingga ke luar negara.

Abdullah yang mula menceburi bidang pembuatan kapal layar itu sejak 1958 lagi, kini mampu tersenyum lebar.

Apa tidaknya, sehingga sekarang beliau berjaya menghasilkan puluhan kapal layar selain bot kecil untuk nelayan.

Kira-kira 30 buah kapal layar telah beliau hasilkan. Itu tidak termasuk bilangan kolek payang yang dibinanya untuk kerajaan Pusat di Putrajaya.

Begitu juga kolek payang untuk kerajaan Terengganu yang setiap sebuah berharga antara RM800,000 hingga RM1.1 juta.

Bagi kapal layar pula, ada yang dijual pada harga RM4 juta sebuah.

Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Lah terus menyumbangkan kepakarannya yang cukup kreatif dan bermutu tinggi.

Beliau lebih mengutamakan reka cipta bot atau kapal mengikut stail tersendiri dan unik.

Keistimewaan kapal-kapal layar yang dihasilkan Haji Lah ialah ia diperbuat tanpa menggunakan paku. Sebaliknya menggunakan skru dan kaedah pasak kayu.

Elemen itu diutamakan bagi menjamin kualitinya agar lebih tahan lama. Ia juga untuk mengelak kekaratan sehingga mengundang kebocoran pada kapal.

Bagaimanapun baginya, ia berbeza dengan pembuatan bot nelayan yang biasanya menggunakan paku.

Beliau pernah menghasilkan 12 bot jenis itu untuk kegunaan kaum nelayan di Kuala Kangsar suatu ketika dahulu.

Menurutnya, beliau tetap berbangga kerana hasil buatan tangannya sambil dibantu anak bongsu daripada enam beradik serta enam pekerja lain turut mendapat perhatian dunia. Ia sekali gus melonjakkan nama beliau, Terengganu dan Malaysia dalam ‘dunia perkapalan’.

Shahiruddin Ab. Moin (duduk empat dari kanan) dan Mohd. Nasir Ibrahim Fikri, (duduk tiga dari kanan) bersama peserta program pembinaan kapal layar tradisional Terengganu di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. –utusan/Fauzi Baharudin
“Saya mula dapat ilmu untuk buat bot dan kapal layar ini daripada datuk saya lagi. Sehinggalah sekarang, bukan saja saya terima tempahan dari dalam negara malah luar negara,” katanya yang turut dianugerahkan doktor falsafah daripada Universiti Kuala Lumpur tahun lalu atas kepakaran dan sumbangan besarnya itu.
Abdullah, anak jati Pulau Duyong memberitahu, beliau sudah memiliki syarikat sendiri iaitu Custom Made Wooden Yachts.

Ia mula ditubuhkan sejurus selesai urusan membuat kapal untuk seorang warga Kanada pada 1970-an lalu.

Beliau kini tinggal bersama keluarga di pulau berkenaan, jaraknya hanya beberapa ela daripada bengkel tempatnya bekerja, hasil usaha sama syarikat milik bumiputera tempatan, MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd.

Hasil kreativiti beliau yang tidak pernah pudar, setiap hari dianggarkan 300 orang pelawat mengunjungi bengkel tersebut untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran.

Ketekunannya itu membolehkan beliau mengetuai projek pembinaan kapal layar yang turut dibantu pelatih GiatMara.

Buat masa ini, sebuah bot sudah 94 peratus siap dan semalam, satu majlis menyaksikan kerja-kerja mendirikan tiang layar Warisan Duyong GM I di Jeti MSET di Pulau Duyong di sini turut berlangsung dengan jayanya.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi GiatMara Malaysia, Datuk Shahiruddin Abd. Moin.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri; Pengarah Mara Terengganu, Razali Nurdad serta para pegawai GiatMara peringkat pusat dan negeri termasuk Timbalan I Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Halim Mansor.

Sebagai mengiktiraf kepakaran Abdullah, GiatMara sedang dalam perancangan untuk membuat pengambilan lebih ramai pelatih dari GiatMara untuk menimba pengalaman membuat kapal layar mengikut acuan tradisional Terengganu itu.

Kehebatan dan keistimewaan Haji Lah terus menjadi tumpuan dunia. Beberapa negara antaranya Ausralia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Perancis telah menzahirkan minat mereka untuk membuat tempahan kapal layarnya.

Keunikan reka bentuk berasaskan nilai warisan dan tradisional tempatan merupakan faktor utama kapal layar buatan Abdullah terus mendapat perhatian penggemarnya.

Lebih-lebih lagi golongan pelayar dari luar negara sekali gus meletakkan nama penciptanya, Abdullah, Terengganu dan Malaysia di persada dunia.

Walaupun hanya seorang anaknya yang bakal mengikut jejak langkah beliau dalam bidang pembuatan bot dan kapal layar, Abdullah tetap berbangga dan tidak pernah risau akan kepupusan ilmu kepakaran peninggalan keluarganya itu.

Baginya, usaha pelbagai pihak menganjurkan program atau membuka ruang serta peluang untuk melatih golongan muda mengenai kepakaran itu sudah cukup bagi menjamin ilmu yang beliau warisi itu terus kekal zaman berzaman

Cari Emas di Lubang Najis !


Beberapa lelaki Bangladesh sanggup mencari serpihan emas terbuang di saliran kumbahan di kawasan berdekatan 400 kedai dan kilang pertukangan emas di Bazar Tanti daerah Dhaka.

Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Shahabuddin,45 berkata, dia mampu memperoleh pendapatan AS$14 (RM47.18) sehari dengan menjual serpihan emas itu yang ditemui di saliran kumbahan itu.

Pendapatan itu di anggap tinggi kerana purata gaji penduduk Bangladesh ialah AS$25 (RM84.26) sebulan.

"Pada awalnya, setiap orang berasa gembira apabila harga emas naik kerana ia membawa pulangan lebih baik," katanya.

Namun, pendapatannya berkurangan kerana tukang-tukang emas tidak mendapat banyak tempahan sekaligu menyebabkan dia gagal memperoleh serpihan emas untuk di jual .

Lelaki Miliki Payudara Terbesar di Dunia



Tidak percaya?itu lah hakikatnya yang dialami seorang lelaki cina memiliki payudara terbesar didunia. lelaki itu bernama Guo Feng, merasa malu kerana sering menjadi bualan mulut penduduk ditempat tinggalnya.Beliau yang berusia 53tahun itu sering memakai baju yang agak tebal bagi menutupi tubuhnya walaupun dalam keadaan panas,kesian kan? [huhu].

Guo Feng mengaku dirinya telah menghabiskan banyak wang untuk melakukan pemeriksaan atas penyakitnya itu. Namun semua yang dilakukannya itu hanya berakhir dengan kegagalan.Sampai beliau terfikir penyakit yang dialaminya itu sebagai keajaiban dunia.

Doktor yang pernah merawat penyakit Feng ni pun tak mengambil risiko sebelum mengetahui penyakit sebenar beliau. Menurut doktor Zhang Lilan yang juga doctor yang merawat Feng mengaku sejak bekerja sebagai doktor selama 30 tahun,mengaku baru pertama kali melihat pesakit seperti ini di klinik tempat dia bekerja.

Tambah doktor Zhang Lilan lagi,sepanjang pemeriksaannya beliau tidak menemukan sebarang gangguan genetik pada tubuh Feng. Malah payudara Feng tidak mengalami apa apa masalah. Dalam darah Feng pun tidak menunjukkan sebarang masalah.

Menurut doktor Zhang Lilan,masalah atau penyakit yang dialami Feng berkemungkinan terjadi timbunan lemak di sekitar dadanya. doktor Zhang Lilan juga menyakini Guo Feng merupakan lelaki pertama yang memiliki payudara terbesar di dunia

Karakter Seseorang Berdasarkan Bantal



‎1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu ye .. hehehehe . gurau je

Selebriti Hollywood Sebelum Dan Selepas Photoshop

Tak kira la artis barat, timur, selatan, utara, barat daya, timur laut kat mana-mana sekalipun sebenarnya tak semuanya mempunyai kecantikan yang asli, dalam TV, iklan, filem, paper etc, etc memang gila punya cun, tapi realitinya indah khabar dari rupa... Sebagai contoh boleh tengok kat bawah ni, jadi pada peminat-peminat artis tu, pilih lah yang asli ye...kui kui kui.

















Arca Besi Jack Sparrow

Arca besi versi Jack Sparrow ini diperbuat daripada besi terbuang... Тhat’s pretty awesome, Kreatif ! 






Minuman Ringan Yang Dibuat dari Air Kencing Lembu - GAU JAL



Sebuah perusahaan minuman di India menyatakan akan memproduksi sejenis minuman ringan unik. Minuman yang akan mulai dijual Disember nanti di perbuat daripada air kencing lembu dan dikatakan berkhasiat mengubati dan mencegah berbagai macam penyakit.

Jabatan Perlindungan Lembu di Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) berkata, Minuman ini akan di perkenalkan kepada umum setibanya Disember nanti. Namanya di letakkan sebagai 'Gau Jal' (dalam bahasa Hindi) yang ber,aksud air kencing lembu.

Meskipun menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak mengenai impak kesihatan dari minuman ringan tersebut, Om Prakash, Ketua Departemen Perusahaan menegaskan minuman ini akan menjadi sajian nikmat.

Selain menawarkan rasa minuman yang nikmat, air lembu ini juga dikatakan memiliki sejumlah khasiat medik. Diantaranya dapat mengubati beberapa penyakit kronik seperti kanser dan penyakit hati. Kalau masuk pasaran Malaysia, korg nak minum?

Saintis Berjaya Rungkaikan Kod Jerman Berusia 300 Tahun




Saintis Berjaya Rungkaikan Kod Jerman Berusia 300 Tahun!

Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Sweden telah berjaya merungkai kod rahsia kitab Copiale Cipher yang berusia 300 tahun dari Jerman menerusi bantuan satu program komputer baharu.

Berikutan kejayaan tersebut, program komputer itu dijangka mampu membantu mentafsir manuskrip-manuskrip rahsia yang lain.

“Ia membuka pintu kepada mereka yang mengkaji sejarah idea dan masyarakat-masyarakat rahsia,” kata saintis komputer dari University of Southern California (USC), Kevin Knight.

“Para sejarawan percaya bahawa masyarakat-masyarakat rahsia memainkan peranan dalam revolusi. Namun semua ini sedang dikaji kerana sebahagian besar dokumennya masih belum dapat ditafsir,” tambah Knight.

Kitab Copiale Cipher yang mengandungi 75,000 huruf menggambarkan ritual dan kecenderungan politik sebuah masyarakat rahsia di Jerman pada kurun ke-18. Manuskrip itu ditulis pada lembaran kain berwarna emas dan hijau.

Knight juga merancang untuk mentafsir kod-kod mesej popular lain termasuklah kod yang dihantar oleh Pembunuh Zodiak, seorang pembunuh bersiri AS sekitar tahun 1960 dan 1970-an. Pembunuh itu ada menghantar mesej-mesej rahsia kepada pihak media dan gagal ditangkap hingga sekarang.

Permainan Game Yang Disediakan Di Dalam Tandas




Tidak lama lagi mungkin anda akan dapat bermain game sambil-sambil membuang air kecil. Atau sambil-sambil kencing bermain game? Dan game ini hanya sesuai untuk golongan lelaki yang kencing berdiri.

Syarikat British, Captive Media kini membangunkan satu konsol permainan game yang dikawal oleh pancutan air kencing.

Permainannya mudah saja, kencing tepat pada tempat yang disediakan di mangkuk kencing, seterusnya akan dikesan oleh cahaya infra-red yang diletak pada tiga kawasan.

Jika tepat dikesan, permainan yang boleh dimain adalah sama ada bermain ski, menjatuhka penguin dan menjawab kuiz. Ha, ha ..Guna IQ sambil kencing.

Permainan ini dilengkapi dengan skrin LCD 12 inci dan prosesor Intel Atom-dual core.

Buat masa ini permainan di tempat kencing ini masih dalam percubaan di pub Cambridge yang mendapati kawsan tempat kencingnya semakin bersih apabila pengunjung cuba untuk kencing di tempat yang betul supaya dapat bermain game tersebut

Muzium Permainan Komputer di Berlin, Jerman


Muzium Permainan komputer adalah syurga bagi dunia permainan komputer.Di sini terdapat ribuan perkakas permainan komputer yang,dan lebih daripada 3,000 permainan video games boleh di dapati di sini termasuklah game arked pertama di dunia "Computer Space" yang di released pada tahun 1971.

Muzium permainan Video ini pertama kali di buka pada tahun 1990 tetapi telah ditutup pada tahun 2000.Muzium baru pula kemudiannya di buka pada awal Januari 2011 bertempat di bahagian Timur Berlin.

Peranan pembinaan muzium ini adalah untuk mendokumentasikan video games termasuklah grafik,hardware,muzik dari tahun 1951 hinggalah sekarang.Salah satu bahagian interior muzium ini telah dilapik dengan 50 permainan video tape yang popular pada tahun 1951.

Permainan konsol yang popular pada tahun 1990 seperti Super Nintendo dan Game Boy pula di pamerkan dalam ruangan neon berwarna hijau.Baer;patron bagi muzium ini mahu kanak-kanak yang kini bermain PSP,Xbox 360 dan PS3 perlu tahu sejarah permainan video ini bermula sejak zaman Atari’s legendary Pong

Hotel Garam di Bollivia


Hotel Garam di Bollivia!

Selalunya hotel dibina menggunakan batu atau kayu tetapi tidak bagi hotel mengagumkan di Bolivia ini, di mana setiap bahagian bangunan, termasuk perabot, dibina menggunakan garam. Jangan terkejut tau. Garam yang sama kita gunakan untuk memasak itu.

Hotel de Sal di Colchani, Bolivia, ini dibina di dataran garam Salar de Uyuni yang menjadi tarikan pelancong di negara Amerika Selatan itu.

Dengan bayaran 84 pound satu malam (RM415), pengunjung boleh menyewa bilik dengan dua katil diperbuat daripada garam.

Penjara Ke Empat Terbesar Di Dunia


Penjara Maricopa County di Arizona adalah penjara yang ke 4 terbesar di dunia. Pada tahun 1993, ia telah melebihi bilangan maksimum penghuni banduan.Dianggarkan bahawa pembinaan kemudahan baru akan menelan kos kira-kira AS $ 70.000.000.

Sheriff Penjara;Arpaio claimed bahawa Penjara ini pada mulanya di bina daripada khemah dan masih lagi di kekalkan. Ia terdiri daripada khemah-khemah era Perang Korea yang diderma oleh tentera Amerika Syarikat,selain tambahan pembinaan menara peninjau setinggi 50 kaki (15.4 m).

Kos akhir projek penjara ini adalah kira-kira $ 100,000 dan ia mampu menempatkan lebih 2400 penghuni. Semua penghuni ditempatkan di dalam khemah-khemah terbuka (N bagi lelaki dan O untuk perempuan). Penghuni banduan ini terikat dengan peraturan dalam penjara ini dan mereka hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas.

Mana-mana banduan yang degil akan di campak masuk ke dalam kawalan penjara keselamatan yang lebih ketat.Semua banduan memakai stoking dan seluar dalam berwarna pink tak kira lelaki atau perempuan.

Lelaki Tumbuh Hujung Jari Di Perut





Doktor di China telah menyelamatkan seorang lelaki separa putus jari dgn melekatkn jari tersebut pd perut...

pekerja tersebut Wong Yongjun,20 telah terpotong jarinya dgn gergaji elektrik dlm satu kemalangan di tempat kerja...doktor membedah dan melampirkan jarinya pd perut dgn harapan kulit dan otot br akan tumbuh di sekitarnya...

doktor berkata lg ini adalah slh satu teknik utk memulihkn peredaran daran ke jari yg cedera supaya tumbuh dan membaikinya sendiri...

pembedahan itu berjaya dan wong mempunyai jari br dan dipisahkan dr perutnya dlm tempoh sebulan....

Daging Burger Diperbuat Daripada Najis Manusia


Daging Burger yg diperbuat daripada Najis Manusia.

Agak agak korang kan, kalau dibagi 1 juta nak tak korg makan daging burger ni?

Ikeda Mitsuyuki saintis Jepun telah membangunkan “burger” yang dibuat daripada soya, sos intipati steak, dan protein yang diekstrak daripada najis manusia!!


Industri pembungkus daging menyebabkan 18 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau, kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan metana dari haiwan. Industri ternakan juga mengambil sejumlah besar makanan dan air berhubung dengan jumlah daging bahawa ia menghasilkan,

 dan banyak industri tidak berperikemanusiaan dan kejam kepada haiwan. Faktor-faktor ini sahaja alasan yang cukup untuk vegetarian untuk menggantikan pengambilan daging mereka dengan protein sayur-sayuran dan kekacang. Tetapi Ikeda, seorang saintis di Pusat Penilaian Alam Sekitar di Okayama, cuba untuk melanjutkan bidang protein alternatif dengan kitar semula bentuk sisa yang kaya dengan protein iaitu kumbahan lumpur.

*err.. Jepun sume benda pon boleh dimakan.

Wanita Rogol Lelaki Kerana Mahukan Air Mani


Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam.

Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.

Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.

Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.

Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.

Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.

Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.

Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.

Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.

Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.

Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.

Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.

Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.

Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: "Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut."

Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata "Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini."

"Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih."

Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.

''Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,''katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.

Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang "panas" di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215)

sumber : Kosmoonline

Sejarah Istana Negara


Istana Negara Malaysia yang terletak di Jalan Istana ini pada asalnya adalah milik seorang bangsa cina yang kaya raya yang bernama Chan Wing. Pada Tahun 1942 – 1945 Istana Negara ini pernah digunakan sebagai markas tentera jepun. Selepas pihak jepun menyerah diri kepada pihak british Istana ini menjadi hak milik kepada kerajaan negeri selangor dan dijadikan istana pagi sultan selangor. Selang beberapa tahun kemudian, Istana ini dibeli oleh kerajaan Wilayah Persekutuan dan dijadikan sebagai istana rasmi Malaysia.


Tarikan Di Istana Negara

Untuk pengetahuan anda semua, Istana Negara kini menjadi salah satu tarikkan pelancong luar dan juga dalam negara. Kerana para pelancong yang bernasib baik akan dapat melihat istiadat penukaran pengawal istana setiap satu jam. Pegawal istana yang berdiri dan berkuda akan ditukar setiap satu jam.

Untuk pengetahuan anda semua pengawal Istana Negara ini terdiri dari Rejimen Askar Melayu Diraja. Mereka juga pernah berkhidmat di Bukingham Palace yang terletak di United Kingdom pada tahun 2008.

Ingin Masuk ke Istana Negara ?

Pada setiap 1 Syawal setiap tahun, Istana Negara Malaysia akan dibuka kepada orang ramai untuk datang beraya bersama Agong. Tapi dengan syarat dilarang memakai pakaian berwarna kuning, bukan kerana pihak kerajaan phobia gejala perhimpunan BERSIH yang lalu #LOL , tetapi warna kuning adalah warna diraja dan hanya dibenarkan kepada kerabat diraja sahaja

5 KESILAPAN WANITA DALAM MENJAGA KESIHATAN



1. MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI

Pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabakan masalah postur, tekanan yang berlebihan pada sendi dan penyakit seperti sakit belakang,kecederaan urat. Di nasihatkan supaya menggunakan menggunakan kasut tinggi yang tidak melebihi 1.5 inci


2. MEMBAWA HAND BAG YANG BERAT

Membawa hand bag yang berat boleh membaca kepada masalah belakang yang serius dan masalah leher kerana beban yang terpaksa dipikul diatas bahu pada setipa hari. Walaupun kesannya tidak dapat dirasa sekarang tetapi dibasihatkan supaya ubah tabiat ini dengan membawa benda penting dan tukar hand bag yang lebih kecil. Takkan nak tunggu kena baru nak berubah.


3. TIDAK MENANGGALKAN SOLEKAN SEMASA TIDUR

Akibat terlalu penat, kadang-kadang wanita tertidur tanpa menanggalkan solekan pada muka. tabiat ini boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat akibat dari kotoran dan minyak yang terkumpul semasa melakukan aktiviti harian. Selan itu juga, mata boleh gata-gtal jika solekan pada mata tidak ditanggal


4. MENGGUNAKAN SAIZ BRA YANG SALAH

kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku termasuk sakit pada belakang, leher dan buah dada, sesak nafas, kerengsaan kulit, masalah peredaran dan juga cepat marah. Dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membeli.


5. TIDAK CUKUP TIDUR

Statistik menunjukkan bahawa masalah tidur memberi kesan lebih ramai terhdap wanita daripada lelaki. Tidur boleh mempengaruhi tekanan darah wanita dan perasaan (mood) yang lebih daripada lelaki. Dibasihatkan supaya wanita mendapatkan tidur yang cukup setiap hari.

Rupa Sebenar Seekor Berudu




Rupa sebenar seekor berudu di bawah mikroskop

Tahukah korg bagaimana rupa sebenar seekor berudu apabila dilihat menggunakan high-end mikroskop?Gambar berudu ini diambil sewaktu usianya 14 hari menggunakan mikroskop elektron milik saintis David Spears bernilai lebih kurang duit Malaysia RM445 ribu!

 Apa yang menarik, dikatakan berudu tersebut kelihatan tersenyum apabila gambarnya diambil.

Senarai Laman Speedtest internet



disni saya nak share beberapa senarai speedtest dimana anda boleh menguji & mengetahui tahap mana kelajuan internet anda. ada pelbagai jenis laman web speedtest tersedia di internet..,, jadi, jenis2 tersebut lah yang saya nak kongsikan dengan anda semua secara link...


maybe ada salah satu atau beberapa speedtest yang baik & tepat yang anda boleh gunakan mengikut keselesaan dan pendapat anda sendiri mengenai laman2 speedtest berikut...

www.speedtest.net 
http://www.u.com.my/broadband/check-your-connection-speed 
http://www.bandwidthplace.com/ 
http://speed.p1.com.my/ 
http://www.unifi.my/unifi/index.php?option=com_content&view=article&id=75&Itemid=269 
http://www.my-speedtest.com/speedtest.htm 
http://www.internetfrog.com/mypc/speedtest/ 
http://www.whatismyip.com/tools/internet-speed-test.asp 
http://www.speed.io/index_en.html 
http://www.zdnet.co.uk/broadband-speedtest/ 
http://www.wugnet.com/myspeed/speedtest.asp  - memerlukan java...

tapi yang terbaik bagi saya adalah speedtest.net... sbb boleh pilih host setiap negara... semua host kat dunia ni ada dlm senarai speedtest.net... :)

Sumber :bualkomputer.com

Minuman Pembuka Selera Malaysia Tahun 1968


Astagfirullahlazim..

Guinness Stout !! 'baik untok kita lagi' korang ada. siap memulihkan tenaga tuh. berkhasiat sungguh.. .ni adalah iklan tanah Melayu pada hujung tahun 60an. thanks sapa yg email kat aku. ada nota bersama gambar ni yg berbunyi...

Someone found this in the library at Ohio University. It is in a program booklet of KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968, and this advertisement appeared on p.2, side by side with the message from the then Deputy Prime Minister, Tun Abdul Razak Hussein. How different it was in those days.

siap mesej dari timbalan perdana menteri tu. biasa la kan zaman2 jahiliah dulu. cop halal pun blum ada lg.. . skrg tak payah iklan pun ada org minum gak. sedih2 .

Tikus Gergasi Di Dalam Rumah




BRADFORD, England – Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar.

Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm).

Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka.

Jiran Goddard, Julie Briggs berkata, dia dan suaminya, Andrew Denton, 24, pernah mendengar bunyi tikus itu bergaduh di sebalik dinding rumah mereka sambil kejar-mengejar seperti perlumbaan kereta.

Masalah itu dilaporkan kepada seorang pakar di Persatuan Mamalia Britain, Laura Drake yang datang menyiasat ke kawasan kediaman tersebut.

Dia menganggap tikus itu mungkin coypu, sejenis rodensia dari Amerika Selatan dan sering dirujuk sebagai tikus gergasi.

Katanya, haiwan itu sudah pupus di Britain lebih 20 tahun lalu namun menegaskan adalah tidak mustahil keturunannya masih wujud manakala Presiden Kelab Tikus Yorkshire, Colin Arundel berkata, tikus tersebut mungkin gemuk kerana mendapat banyak sumber makanan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Saintis Berjaya Hasilkan Hujan Di Dubai Dengan Teknologi Ion





DUBAI – Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.

Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan. Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

“Kami berjaya menghasilkan hujan,” kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.

Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai

berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.

Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos 7 juta (RM33.21 juta). – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Fosil Dinosaur Berusia 75 Juta Tahun Dari Spesies Baru Ditemui


LONDON – Seorang pelajar ijazah kedoktoran, Michael Pittman telah menemui fosil dinosaur terbaru yang diberi nama Linheraptor, lapor sebuah akhbar.

Dia dan rakannya, Jonah Choiniere dari Universiti George Washington Amerika Syarikat (AS) membuat penemuan itu di wilayah Inner Mongolia, China.

Dinosaur berkuku tajam seperti sabit itu hidup sekitar 75 juta tahun lalu dengan memakan haiwan kecil termasuk burung.

Ia mempunyai berat kira-kira 25 kilogram dan panjang 2.4 meter.

Bentuk Linheraptor menyerupai Velociraptor iaitu dinosaur kecil tetapi amat ganas seperti yang dipaparkan dalam filem Jurassic Park.

Penemuan itu diberikan gambaran terperinci dalam jurnal Zootaxa.

Menurut pakar paleontologi, Profesor Xu Xing di Beijing, fosil yang ditemui itu amat cantik dan ia mendokumentasikan satu peralihan evolusi. – Agensi



kredit : kosmo.com.my

Kecil Itu Lebih Merbahaya



Kita selalu memandang sesuatu yang kecil itu sebagai sesuatu yang remeh..betul kan?Sebenarnya kita tak sedar bahawa sesuatu yang kecik tu lagi berbisa dan berbahaya.Kenapa?Sebab kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan sesuatu yang besar kerana kita tahu kemampuan sesuatu yang besar untuk menjahanamkan kita..yer dak?

Kita perlu tahu yang mana sesuatu yang kecil lagi berpotensi untuk menjahanamkan kita..mari kita lihat contoh yang boleh dijadikan sebagai iktibar buat kita semua...

Ular Tedung VS Ular Sawa
-walaupun ular tedung itu kecil saiznya, tetapi lebih berbahaya kerana bisanya bersifat membunuh berbanding ular sawa yang mana bisanya bersifat untuk melemahkan mangsa..

Cili Padi VS Cili Besar
-yang mana semua orang tahu bahawa cili padi adalah lebih pedas berbanding cili besar..

Nyamuk Aedes VS Lintah
-kedua-duanya menghisap darah...tapi nyamuk aedes mampu menyebarkan penyakit denggi yang amat bahaya berbanding lintah yang hanya tahu hisap darah lepas tu perut memboyot..:)

Semut VS Gajah
-waktu kecil-kecil dulu kita selalu dengar cerita semut dengan gajahkan?yang mana gajah sangat belagak kerana ianya besar..berbanding semut yang kecil amat..tapi bila semut menyerang gajah dan masuk dalam telinga gajah, gajah dah tak tahan dengan gigitan semut lalu mengaku kalah..yer dak?lebih kurang macam itu lah ceritanya..

Boleh dilihat dari sudut falsafah kehidupan pula, yang mana kekalahan seseorang yang besar terhadap seseorang yang kecil dianggap sebagai satu kehinaan buatnya...seperti mana kisah Raja Namrud yang mati dikalahkan seekor nyamuk yang telah masuk ke dalam lubang hidungnya :) , lagi satu yang man kita pernah dengar tentera Bergajah Abrahah yang telah dikalahkan oleh burung-burung yang kecil yang membawa batu-batu dari api neraka.

Begitulah dalam kehidupan kita seharian, kita perlu berhati-hati juga dengan sesuatu yang kecil ini, kita jangan sangkakan mereka kecil tetapi tidak berbisa..mereka mampu mengalahkan kita..Kita perlu tahu setiap kejadian ada hikmahnya..ada kelebihannya...

Kita jangan anggap dalam kehidupan, kita seharusnya bertemu buku dan ruas!!!tidak semestinya...kita perlu fikir adakalanya, hanya kerana seekor lalat yang sentiasa duduk menghurung lubang hidung kita, akan menyebabkan terbengkalai kerja seharian kita

Jambatan Kaca Di Tianmen Mountain, Zhangjiajie, China.




Jambatan Kaca Di Tianmen Mountain, Zhangjiajie, China.



Jambatan selalunya diperbuat dari besi, keluli ataupun konkrit. Di Tianmen Mountain, Zhangjiajie, China ia berlainan sedikit kerana jambatan laluan di bukit tersebut diperbuat dari kaca.

 Bukit tersebut bukan rendah tetapi tinggi sangat-sangat taw. Tinggi jambatan ini berukuran 4700 kaki ataupun 1,430 meter dari paras laut.

Sanggupkah korg melalui jambatan ini? Jika korg tak berani, pasti korg kecut perut melaluinya nanti. Mana tidaknya, korg boleh nampak lantai jambatan itu menembusi cerun dibawah wooo.

Untuk pengetahuan anda, panjang jambatan ini adalah 60 meter sahaja

Birds Of America : Buku Termahal Di Dunia



Salinan John James Audubon's "Birds of America" telah terjual di acara lelong di London pada harga £ 7,3 juta ($ 11.500.000),dan dengan demikian menjadi buku yang paling mahal yang pernah dijual.

Acara lelong tersebut adalah peluang terbaik untuk memiliki salah satu edisi karya terbaik dari abad ke-19,dengan 435 ilustrasi tangan yang berwarna.Tawaran yang dimenangi oleh peniaga seni yang berpangkalan di London,iaitu Michael Tollemache.

Gambar Cara Potong Kuku Paling Ekstrem



*perghh extreme gilerr .. Silap-silap bukan kuku yang potong , jari hilang ..

Surat Khabar Yang Boleh Dimakan Selepas Dibaca



Metro.co.uk,berusaha bekerja sama dalam menghasilkan paper yang boleh dimakan. Jadi lepas selesai dibaca,paper tak perlu dibuang,tetapi boleh terus dimakan saja.Heston Blumenthal, ilmuwan kuliner, mempunyai peranan besar dalam mewujudkan idea unik ini.

Surat khabar yang boleh dimakan ini sedikit banyak merupakan obsesi saya",katanya.Jadi bagaimana dengan rasanya?,Para sukarelawan sudah menggigit paper itu dengan gigi mereka dan menelannya.Mereka pun menganggukkan kepala dan mendakwa rasa paper itu sangat lazat.

Tentu saja penghasilan paper itu tidak hanya memerlukan editing yang ketat,tetapi pengolahan adunan yang juga harus cermat.Adunan itu sendiri terdiri dari tepung maizena,minyak sayur,gula arab,air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran kertas.

Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline,foto dan artikel.Proses pembuatan dan pencetakan paper lazat ini memerlukan beberapa jam.Untuk mengeringkannya memerlukan waktu yang agak lama.

Untuk sentuhan terakhir,paper itu diberi aroma vanila yang baunya lembut.Charles Bouquet,dari Edible Paper Company,mengatakan projek itu akan mendorong kebiasaan daur ulang (recycle) dalam masyarakat."Kami berharap ini memberikan tambahan aroma pada berita dan menyajikan menu isu-isu terkini yang lebih berwarna".


*Perghhhhh, makanan pun leh jadi paperr, ni lagi sorang gileee yg mencipta, tp bagus kerana ideanyer begitu unik sekali. jd takdelah berkumpul je surat khabar tuh kt rumah kan? hahahha

Puluhan Duit Syiling Aneh Jatuh Dari Langit



SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.

Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya.

Sumber: harian metro online

Buah Epal Yang Isinya Berwarna Merah



Kita hanya mengenali buah epal yang berwarna merah atau hijau yang isinya berwarna putih. Namun kini, terdapat epal yang bukan hanya kulitnya yang berwarna merah, malah isinya juga berwarna merah. Sutton, iaitu sebuah syarikat perusahaan agrotani Inggeris telah menghasilkan epal yang diberi nama Redlove. Ketika ini, pohon epal ini hanya berada di Devon, England.

Uniknya mengenai epal ini ialah, ia mampu bertahan selama 14 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti ais. Jika ia disimpan di dalam peti ais, Red Love ini mampu bertahan selama sebulan. Menurut Foxnews, epal Red Love ini akan berada di pasaran 5 tahun akan datang.


Kuda Laut Jantan Yang Melahirkan Anak



Kuda laut membiak dengan cara yang sangat aneh iaitu bukan induk betinanya yang mengandung tetapi yang jantan yang mengandung. Pipefishes dan kuda laut adalah spesies di dunia binatang yang mengalami “male pregnancy”.

Kuda laut Jantan memiliki kantung benih yang digunakan untuk menyimpan telur yang diberikan sang betina. Ketika mengawan, mereka saling melilitkan ekor dan sang betina memasukkan tabung panjang yang dinamakan ovipositor ke kantung benih sang jantan.

Telur-telur mengalir melalui tabung ke kantung benih dimana kemudian disenyawakan. Embrio berkembang selama 10 hari - 6 minggu, bergantung pada spesies dan keadaan air. Kantung kuda laut jantan juga mengatur kadar garam, dengan perlahan meningkatkan kadar garam di kantung agar sesuai dengan lingkungan luar ketika telur dewasa. Telur yang menetas tidak bergantung pada induk. Bahkan kadang-kadang induk jantan memakan telur yang baru dilahirkannya. 

Saksikan rakaman kuda laut jantan mengeluarkan anak²nya:

http://www.youtube.com/watch?v=VzwrRKrw7Sk&feature=player_embedded


Kanak-Kanak Ini Memiliki Tangan dan Kaki Di Dada



Deepak Kumar Paswaan, 8 tahun dari Indian akhirnya hidup seperti kanak-kanak normal yang lain setelah ‘kembar parasit’nya dipisahkan dari badannya.

 Kanak-kanak ini yang mendapat gelaran ‘budak sotong’ dilahirkan bersama kaki dan tangan yang lengkap seperti kembar siam yang membesar di dadanya.

 Satu pembedahan selama 4 jam dilakukan kepadanya untuk memisahkan kembarnya itu di Hospital Fortis, Bangalore dan berjaya. “Saya penat menjadi budak yang lain dari kanak-kanak lain, saya mahu hidup normal” Ujar Deepak selepas pembedahan .


Gambar Pemandangan Dilelong RM13.5 Juta








NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.

 Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie. Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut. Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled. Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu. –


Sumber : Agensi

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...