Gambar Pemandangan Dilelong RM13.5 Juta








NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.

 Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie. Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut. Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled. Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu. –


Sumber : Agensi

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...