Teleskop Eropah Temui Kelompok Bintang Purba Luar Biasa

Teleskop Eropah temui kelompok bintang purba luar biasa




 Imej dari VISTA ini merupakan ceraian kecil dari Vista Variables di dalam peninjau Via Lactea (VVV) yang secara sistematiknya mengkaji bahagian pusat galaksi Bima Sakti di dalam cahaya inframerah. Di bahagian kanan terletak gugusan kelompok bintang UKS1 dan di bahagian kiri terletak satu penemuan baru yang sukar untuk dilihat, VVV CL001- gugusan yang tidak diketahui sebelum ini iaitu satu daripada 160 gugusan bintang di dalam galaksi Bima Sakti yang dikenali pada masa kini.


Imej :ESO/VVV Team/D. Minniti Teleskop tinjaun milik Eropah telah menemui dua kelompok bintang –bintang yang sangat tua di dalam galaksi Bima Sakti, menambah bilangan objek-objek kosmik yang jarang dikenali.

 Gugusan bintang adalah merupakan koleksi 100,000 atau lebih bintang-bintang purba. Mereka adalah antara objek-objek tertua di dalam alam semesta, dengan beberapa daripadanya terbentuk pada permulaan galaksi Bima Sakti. Hanya 158 gugusan bintang diketahui berada di dalam galaksi Bima Sakti sehinggalah teleskop peninjau VISTA di Balaicerap Eropah Selatan, di Balaicerap Paranal Chile, mengesan dua kelompok bintang yang lemah di panggil VVV CL001 dan VVV CL002.

 Kelompok bintang itu ditemui di dalam imej terbaru dari teleskop VISTA yang merupakan sebahagian daripada Vista Variables di dalam peninjau Via Lactea. Kajiselidik VVV produktif juga meletakkan kelompok bintang yang pertama jauh dari pusat galaksi Bima Sakti;di mana cahayanya perlu melalui tirai debu dan gas di tengah galaksi Bima Sakti untuk sampai ke teleskop-teleskop Bumi.

 Di dalam imej inframerah terbaru dari VISTA, gugusan bintang UKS 1 yang mempersonakan mendominasi di bahagian kanan. Tetapi penemuan yang paling mengejutkan ialah medan yang kaya dengan bintang-bintang :kelompok binatng yang lebih pudar telah ditemui dengan mengkaji data dari satu kaji selidik VISTA. Penemuan gugusan bintang baru ini iaitu VVV CL001, adalah lebih rumit untuk dilihat, tetapi koleksi kecil bintang itu terletak di tengah kiri imej.


crdt: http://astronomi.angkasa.gov.my/

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...