Bandar Mini Monaco Menakjubkan Bernilai RM3.3 Billion




LONDON - Beberapa pereka kapal layar mengemukakan pelan untuk membina kapal layar yang mengandungi replika bandar raya mini Monaco yang terapung di laut, lapor sebuah akhbar semalam. Kos pembinaan bandar mini itu ialah £700 juta (RM3.35 bilion) yang mengandungi replika trek lumba, Hotel de Paris, Cafe de Paris, Hotel Loews dan kasino Monte Carlo selain kolam renang serta gelanggang tenis. Ia merupakan idea firma Yacht Island Design yang beribu pejabat di Derbyshire, Britain.

Pengarah syarikat itu, Rob McPherson berkata, reka bentuk itu bertemakan sebuah kapal layar unik dan menggambarkan gaya hidup dan prinsip canggih. Reka bentuk bandar terapung itu sudah siap dan firma itu menunggu seorang bilionair untuk melabur dan memilikinya supaya ia menjadi realiti. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...