Kuala Lumpur dan Sutan Puasa

 
Buat mereka yang dah baca mengenai Haji Abdullah Hukum dalam blog ini, saya ucapkan terima kasih. Setidaknya anda dah tahu, siapa dia, dan mengetahui jasanya yang telah membina Kuala Lumpur. Ya, Yap Ah Loy memang yang membuka Kuala Lumpur (walaupun sebenarnya dia merupakan kapitan Cina Ketiga Kuala Lumpur) tetapi yang membangunkannya ...jangan dilupa akan nama dua individu ini - Abdullah Hukum dan Sutan Puasa.


Sutan Puasa
Kuala Lumpur suatu waktu dahulu hanyalah pekan dengan kebanyakkan rumah kedai berbumbungkan atap bertam dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Hubungan Sutan Puasa Dengan Kapitan Cina
Ketika Sutan Puasa di Ampang, anak raja Mandailing itu berurusan dengan pedagang Tionghua Hiu Siew dan rakannya Ah Sze Keledek dari Lukut. Kedua-dua pedagang Tionghua suku Haka itu kemudian pindah ke Ampang setelah diberitahu oleh Sutan Puasa bahawa mereka boleh cepat mengaut untung di Ampang.




Setibanya di Ampang, mereka memilih tempat sebatu jauhnya dari pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang sebagai tapak kedai mereka. Ini berlaku kira-kira pada 1859. Muara kedua-dua sungai itulah kemudiannya dipanggil Kuala Lumpur - berlumpur barangkali kerana kerja-kerja berkelian bijih timah di ulu sungai-sungai tersebut.

Jelaslah bahawa Sutan Puasa, Hiu Siew dan Ah Sze Keledek memainkan peranan dalam pembukaan Kuala Lumpur. Hiu Siew kemudiannya menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama dengan sokongan Sutan Puasa.

Sebagai "the leading Sumatran trader of Kuala Lumpur" (pedagang utama anak-anak Sumatra di Kuala Lumpur Sutan Puasalah yang memperkenalkan Hiu Siew dan Ah Sze Keledek kepada pengusaha-pengusaha timah Sumatra di Kuala Lumpur.

Kubu Sutan Puasa di Bukit Nenas
Menurut Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Sa'id, pengarang Pesaka Selangor, di penghujung Perang Kelang, "Orang2 Mandahiling serta ketua2 mereka seperti Raja Asal dan lain2 yang di Kuala Lumpur itu sudah undor masok ka-negeri Perak, tetapi setengahnya ada juga tinggal di Kuala Lumpur dalam kubu Bukit Nanas."

Seorang ahli sejarah Inggeris berkata, "the traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade, originally built in the 1860's on Bukit Nenas, and known after the cicil war as 'Sutan Puasa's stockade' from the Malay headman who had once occupied it."

"Tampuk tradisional kekuasaan Melayu di Kuala Lumpur adalah sebuah kubu, mulanya dibina pada 1860an di atas Bukit Nenas, dan dikenali sesudah perang saudara (di Selangor) sebagai 'kubu Sutan Puasa' sempena (nama) ketua orang Melayu yang pernah mendudukinya."

Nama asal Bukit Nenas ialah Bukit Gombak. Menurut riwayat lisan orang-orang Mandahiling, semasa Perang Kelang, nenas ditanam di atas bukit itu semacam dawai berduri bagi menghadapi kemaraan musuh.


Pedagang Timah Yang Disegani
Sutan Puasa turut melarikan diri sesudah Raja Mahdi kalah dan cuma kembali ke Kuala Lumpur sesudah Inggeris berkuasa. Dia terus menjadi pedagang timah di Kuala Lumpur.

Menurut Pasqual, seorang pegawai British yang bertemu dengan Sutan Puasa, pedagang-pedagan Mandailing dianggap amanah dan tidak mengurangkan timbangan dacing-dacing mereka, dan kerana itu pelombong-pelombong Tionghua lebih suka timah mereka disukat oleh Sutan Puasa daripada bangsa mereka sendiri.

Di akhir hayatnya, Sutan Puasa menetap di Kampung Rawa (Jalan Melayu sekarang) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit.

Sutan Puasa yang dahulunya orang Mandahiling yang terkaya sekali di Kuala Lumpur, menjadi miskin sesudah perang. Sementara bekas sahabat karib dan rakan perkongsiannya, Yap Ah Loy menjadi pelombong yang paling kaya dan berkuasa sekali di Kuala Lumpur.

Sutan Puasa menghembus nafasnya yang terakhir pada tahun 1909 di rumah sahabatnya, seorang lagi Kapitan Cina, dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang.

Sutan Puasa adalah merupakan antara pemimpin masyarakat Melayu pertama yang memajukan Kuala Lumpur dengan aktiviti perrdagangan dan pertanian. 
 
 

sumber: Mandailing, Forum Cari


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...