Kereta Tertua di Dunia Masih Boleh Digunakan Akan Dilelong

Kereta yang tertua di dunia yang masih boleh digunakan dan berfungsi baik , De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout dihasilkan pada 1884, telah dipasang untuk dijual dan dijangka mencecah sehingga £1.6 juta apabila ia dilelong pada awal bulan depan.


Kenderaan berusia 127 tahun berkuasa stim itu dibina oleh Georges Bouton dan Charles-Armand Trepardoux di Perancis pada tahun 1881 untuk Count De Dion, 12 tahun sebelum Henry Ford memasang kereta pertama.

Digelar 'La Marquise,' sempena nama ibu kepada De Dion, ia hanya sembilan kaki panjang dan berat 2,100 paun dan mempunyai kelajuan maksimum 38 batu sejam.

Perlumbaan pertama di dunia umumnya dianggap adalah percubaan Paris-Rouen tahun 1895, tetapi sebenarnya ada perlumbaan yang lebih awal iaitu pada tahun 1887 - ditaksir sebagai 'pertandingan permotoran pertama di Eropah', yang dikendalikan oleh editor jualan majalah basikal ternama di Perancis, Le Velocipede. Hanya sebuah kereta yang berlumba, iaitu kereta ini. 
Copyright:Shooterz LLC


Count De Dion memiliki aset berharga itu sehingga 1906, sebelum akhirnya menjual kepada pegawai tentera Perancis Henri Doriol.

Keluarga Doriol memiliki 'La Marquise' selama 81 tahun tetapi gagal untuk membuatnya berjalan selepas kehilangan kedua-dua tembaga dan kelengkapan loyang berikutan perang pada tahun 1914.


Setelah bertukar-tukar tangan sekali lagi pada tahun 1987, Tim Moore, seorang ahli Kelab Kereta Veteran British telah membuat kereta itu berfungsi sekali lagi di dalam setahun.

Dan setelah dipulihkan, Moore telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan di dalam kenderaan itu, termasuk empat perlumbaan London-Brighton
 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...