Gambar Yang Menggegar Dunia Part 1

 
#10   Pelarian Kosovo (Carol Guzy)

Carol Guzy, wanita pertama menerima Anugerah Pulitzer untuk kategori gambar berita, dan paling terkini menerima anugerah tersebut pada tahun 2000 untuk gambar-gambar beliau yang menyentuh mengenai pelarian Kosovo.

Gambar di atas memaparkan seorang kanak-kanak lelaki, Malim Shala yang berusia dua tahun sedang melalui pagar yang dibuat dengan kawat berduri disambut keluarganya. Beribu-ribu pelarian Kosovo telah bertemu semula dan berkhemah di Kukes, Albania.

                                                                                  

#9   Kekacauan Dari Peperangan (Carolyn Cole)

Seorang jurugambar Los AnglesTimes, Carolyn Cole mengambil gambar yang  menakutkan  ini semasa tugasan beliau di Liberia. Ia jelas sekali menunjukkan  kesan yang amat buruk berpunca daripada Perang Saudara di Liberia.

Kelongsong peluru meliputi sebahagian besar  jalan di Monrovia. Ibu kota  Liberia merupakan rantau yang paling teruk terjejas, kerana ia merupakan medan pertempuran antara askar kerajaan dan pasukan pemberontak.

                                                                                  

 #8   Pembunuhan Di Thailand  (Neil Ulevich)

Neal Ulevich telah memenangi Anugerah Pulitzer 1977 untuk "siri gambar kekacauan dan kekejaman di jalan-jalan di Bangkok, Thailand".

Pembunuhan di Universiti Thammasat berlaku pada 6 Oktober 1976. Ia adalah serangan yang sangat ganas kepada pelajar-pelajar yang berdemonstrasi menentang Field Marshall Thanom Kittikachorn ( FMT ).
FMT merupakan diktator ala tentera di Thailand. Mempunyai pegangan anti-Komunis yang sangat kuat, Thanom berkuasa selama  satu dekad di bawah pemerintahan tentera di Thailand dari tahun 1963 hingga tahun 1973, sehingga protes oleh orang  awam tercetus mengakibatkan keganasan bagi memaksa beliau untuk meletak jawatan.  

Diktator tentera ini kembali dari buangan pada 1976 dan mencetuskan protes yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan, diikuti oleh satu rampasan kuasa tentera.
Diktator ini menganjurkan bantahan yang sangat ganas. Penunjuk perasaan dan pelajar yang telah dipukul, disiksa, ditembak, digantung dan dibakar sehingga mati.

                                                                                  

#7   Selepas Ribut (Patrick Farrell)

Jurugambar Miami Heraldm, Patrick Farrell  merakamkan gambar-gambar menyanyat hati mangsa-mangsa ribut Haiti 2008. Beliau mendokumentasikan kejadian tersebut hanya dengan imej-imej hitam putih dan hasilnya sangat mengkagumkan.

Patrick Farrell  memenangi Pulitzer 2009 untuk kategori foto berita. Unsur utama dalam foto beliau ini adalah subjek seorang kanak-kanak menolak kereta sorong dengan belatar belakangkan kemusnahan selepas ribut yang melanda Haiti. Kesan hitam putih yang digunakan juga menambah rasa suram yang digambarkan dalam imej.

                                                                                  

#6   The Power of One (Oded Balilty)

Pada tahun 2006, pihak berkuasa Israel mengarahkan perpindahan penduduk yang menyalahi undang-undang terhadap  penduduk kota Amona. Amona merupakan penempatan Israel di Tebing Barat tengah, di atas bukit yang menghadap Ofra Balilty Oded, jurugambar Israel untuk Associated Press, hadir apabila pemindahan bertukar menjadi pertempuran antara peneroka dan pegawai-pegawai polis yang ganas.  

Gambar menunjukkan seorang wanita yang berani memberontak terhadap pihak berkuasa Israel.
Wanita dalam gambar ialah Ynet Nili, peneroka yahudi yang berusioa 16 tahun. Menurut Ynet Nili, gambar tersebut memaparkan tanda kehinaan negara Israel dan tiada satupun yang boleh dibangakan dengannya. 

“Gabar tersebut seolah-olah memaparkan sesuatu yang dianggap sebagai seni, tapi ianya tidak sama sekali bila kamu turut berada di sana. Apa yang berlaku di Amona sangatlah berbeza”. Nili mendakwa bahawa dia dipukul dengan kasar oleh pihak polis. “ Dalam gambar anda melihat saya berseorangan menentang ramai polis, tapi itu hanya ilusi.  Di sebalik jumlah yang ramai itu berdiri seorang lelaki ( Ehud  Barak, Perdana Menteri Israel ) tetapi di belakang saya berdirinya Tuhan dan orang-orang Israel.
 
 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...