Fakta Tentang Seks Selepas Berusia 50 Tahun




 
Ramai yang selama ini keliru sama ada masih adakah keinginan untuk melakukannya walaupun sudah berusia. Disini akan disenaraikan mengenai mitos dan fakta yang sebenarnya mengenai perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk memberi suatu pemikiran baru kepada anda.
Mitos- Orang yang berusia 50 tahun kurang berminat terhadap seks.
Fakta- Sebenarnya usia tidak mempengaruhi keinginin seksualiti seseorang. Sebaliknya orang yang lebih berusia memandang seks itu lebih tehadap keseluruhan perhubungan berbanding orang muda yang hanya memfokuskan terhadap perlakuannya. Hasil kajian daripada A National Council on Aging survey mendapati bahawa, pasangan yang berusia lebih daripada 60 tahun dan mempunyai hubungan yang tetap menyatakan, mereka berasa lebih puas berbanding ketika melakukannya pada usia 40 an.

Mitos- Faktor emosi dan psikologi mempengaruhi keinginan wanita pada usia pertengahan.
Fakta- Faktor fizikal memainkan peranan yang lebih besar berbanding emosi. Perubahan hormon semasa menopaus boleh mempengaruhi tindak balas seksual seorang wanita. Paras estrogen yang rendah boleh menyebabkan kekeringan faraj, menyebabkan ketidakselesaan semasa seks. Dan pada sesetengah wanita, paras testosteron yang lebih rendah boleh bermaksud kekurangan tenaga untuk melakukannya. Sebahagian wanita menyatakan keinginan mereka terhadap seks meningkat selepas putus haid.
Mitos- Wanita tidak akan mencapai kepuasan selepas usia pertengahan.
Fakta- Ramai wanita yang bersetuju bahawa mereka lebih merasa kepuasan selepas putus haid.
Mitos-  Lelaki berusia pertengahan tidak dapat mencapai klimaks disebabkan faktor emosi.
Fakta- Sebenarnya, faktor fizikal lebih mempengaruhinya seperti masalah peredaran darah, ganguan prostat, atau kesan sampingan daripada ubat tenaga batin yang diambil. Faktor fizikal mempengaruhi sebanyak 85% berbanding emosi.
Mitos- Pasangan di usia pertengahan yang tidak mempunyai hubungan seks yang kerap disebabkan kekurangan minat antara satu sama lain.
Fakta- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pasangan pada usia pertengahan yang jarang melakukan seks adalah disebabkan penyakit atau ketidakupayaan dan bukannya disebabkan kekurangan minat.
Mitos- Lelaki yang berusia lebih sukar untuk terangsang.
Fakta- Penuaaan tidak menyebabkan mati pucuk. Walau bagaimanapun, tahap hormon yang berkurangan menyebabkan beberapa perubahan. Seorang lelaki mungkin perlu lebih banyak ransangan fizikal untuk menjadi terangsang berbanding ketika usia muda. Tetapi ia sebenarnya tidak mempengaruhi keinginan lelaki terhadap seks.
 
 sumber

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...