Lagenda Unicorn dan Penampakannya Dalam Sejarah

Di dalam Novel Harry Potter, membunuh Unicorn dianggap sebagai dosa besar melawan alam. Namun Lord Voldermort tetap membunuh makhluk itu kerana darahnya dipercayai dapat memberikan hidup abadi bagi mereka yang meminumnya. Begitulah hebatnya penghargaan yang diberikan kepada makhluk misteri ini. Namun apakah ia benar-benar pernah wujud di dunia ini? ataukah ia hanya muncul di imaginasi para penulis fiksyen?

Unicorn dalam sejarah

Dalam legenda moden yang muncul pada abad pertengahan, Unicorn digambarkan sebagai makhluk berbentuk kuda dengan satu tanduk di kepalanya.

Dalam versi yang lebih tradisional, makhluk ini digambarkan memiliki kuku belah, janggut seperti kambing dan ekor seperti singa. Namun satu hal yang sama dari penerangan tradisional dan moden adalah kewujudan satu tanduk di kepalanya.

Pertama kali makhluk ini dikenali adalah pada lewat kebudayaan-kebudayaan kuno India.


Selain India, Cina juga memiliki Unicornnya sendiri. Makhluk ini dikenali dengan sebutan Qilin. Di Jepun, ia dikenal dengan sebutan Kirin dan digambarkan memiliki tubuh seperti rusa, sisik berwarna hijau dan sebuah tanduk panjang di kepala.


Pada abad pertengahan, pengaruh Unicorn sampai ke Eropah dan mula digunakan sebagai objek seni dan simbol-simbol kebangsawanan. Pada masa ini, sifat Unicorn telah berubah menjadi makhluk yang benar-benar menyerupai kuda seluruhnya dengan satu tanduk di kepalanya.

Seiring dengan kebangkitan kefahaman humanisme, Unicorn mendapat tempat tersendiri sebagai simbol cinta yang murni dan pernikahan yang setia.

Menurut legenda di Eropah, Unicorn disebut hanya boleh ditakluki oleh seorang perawan. Kerana itulah, para perawan seringkali digunakan sebagai umpan untuk menangkap makhluk ini di alam liar.

Dalam kepercayaan yang lebih popular, tanduk Unicorn disebut dapat mengaslikan racun. Kerana itu, menurut legenda, tanduknya pernah digunakan sebagai bahan upacara pembuat gelas yang digunakan oleh keluarga kerajaan. walaupun ramai yang percaya tanduk yang digunakan sebenarnya bukanlah tanduk haiwan mitos Unicorn, tetapi tanduk dari Narwhal, paus Unicorn. Lalu, persoalannya adalah apakah makhluk misteri ini benar-benar pernah wujud di dunia?

Unicorn yang lain
Sebenarnya kita memiliki makhluk Unicorn pada masa moden kini. contohnya, makhluk yang telah kita ketahui iaitu badak.


Atau Narwhal, paus Unicorn yang tanduknya boleh mencapai panjang hingga 3 meter.


Selain haiwan yang memang memiliki ciri-ciri seperti itu, kita juga memiliki Unicorn yang terjadi kerana kelainannya. Misalnya, rusa Unicorn yang lahir di Itali.


Atau lelaki Unicorn yang berasal dari China.


Para seniman yang begitu ingin memiliki Unicorn sendiri, mereka melakukan prosedur pembedahan atau manipulasi pada tanduk haiwan sehingga menghasilkan Unicorn. Seperti yang boleh kita lihat pada kambing ini.


Atau lembu ini.



Mungkinkah ia pernah wujud di dunia? Terdapat catatan-catatan masa lampau yang menunjukkan kalau makhluk misteri ini mungkin pernah hidup di beberapa bahagian dunia.

Hal ini diperkuatkan dengan fakta mengenai Unicorn hampir tidak boleh ditemui di dalam mitos Yunani. Para penulis Yunani kuno yang pernah kecewa mengenai makhluk ini beranggapan jikalau makhluk ini benar-benar wujud, di India. Ini mengesahkan penemuan oleh Mohenjo Daro dan Harappa.

Ada yang pernah mengatakan mengenai kewujudan makhluk ini adalah Ctesias, yang mengatakan Unicorn sebagai keldai liar dengan satu tanduk berwarna putih, merah dan hitam.

Ctesias menjelaskan makhluk itu seperti berikut:
"Unicorn adalah makhluk asli di India. Ukurannya sebesar keldai dengan kepala berwarna ungu kemerahan. badan nya berwarna putih, matanya berwarna biru dengan sebuah tanduk muncul di dahinya. hujung tanduk itu berwarna merah terang, tengahnya berwarna hitam dan putih di pangkalnya. Panjangnya kira-kira 18 inci"
Ctesias juga yang pertama kali mengatakan jikalau tanduk Unicorn boleh digunakan untuk mengaslikan racun.
Penulis lain, Strabo, juga pernah mengatakan mengenai kewujudan seekor kuda bertanduk di wilayah Caucasus.

Penerangan yang lebih lengkap kemudian diberikan oleh sejarawan Rom, Pliny the elder mengenai Unicorn.
"Makhluk yang sangat ganas ini disebut Monoceros dan memiliki kepala seperti rusa, kaki seperti gajah, dan ekor seperti babi hutan, sementara bahagian tubuhnya yang lain seperti kuda. Ia mengeluarkan suara rendah yang dalam dan memiliki satu tanduk berwarna hitam yang keluar dari tengah dahinya dengan panjang kira-kira dua cubit."

Laporan pada tahun 1486, Berhanrd Von Breydenbach, menceritakan sebuah kisah menarik mengenai penemuan unicorn. Ia menjelaskan di dalam buku berjudul "Peregrinatio in Terram Sanctam"atau "Perjalanan ke tanah suci".

Penemuan ini terjadi pada tahun 1483 ketika dia bersama satu rombongan seramai 150 orang pergi ke timur tengah untuk melakukan ziarah rohani. Dalam perjalanan ini, mereka berangkat dari Venice menuju Jaffa, lalu ke Ramala dengan karavan.

Dari situ mereka melanjutkan perjalanan ke Yerusalem dan mengunjungi semua tempat-tempat suci yand terdapat disitu. Setelah itu rombongan menuju ke gurun Sinai dan mengunjungi biara Santa Catharina. Di tempat itu, salah seorang penziarah bernama Felix Fabri bersama sekelompok orang yang sedang bersamanya melihat seekor Unicorn sedang berdiri di atas bukit dekat kaki gunung Sinai. Felix bersama rombongan mengamati makhluk ini dengan teliti untuk beberapa lama. Penampakan ini berlaku pada tanggal 20 September 1483.

Pada tahun 1530, Ludovica de Bartema, seorang bangsawan Itali yang melakukan perjalanan ke Mesir, Arab dan India juga bertemu dengan makhluk misteri ini. Ketika hendak masuk ke Mekkah, dia menggunakan nama samaran Mussulman supaya boleh bercampur gaul dengan rombongan karavan penziarah yang lain. Di kota itu, Bartema mengaku melihat dua ekor Unicorn. badan makhluk itu berwarna kuning coklat. Kepalanya seperti rusa dengan leher dan surai yang panjang. Kakinya pendek dan memiliki kuku seperti kambing. Menurut penduduk tempatan, kedua-dua haiwan itu adalah pemberian dari raja Etopia yang hendak dipersembahkan kepada sultan Mekkah.

Kesaksian Bartema menunjukkan kalau pada masa itu, Unicorn mungkin hidup di Etopia atau Afrika. Ini ditegaskan dengan kesaksian lain dari Don Juan Gabriel, seorang kolonel Portugis yang tinggal di Etopia selama beberapa tahun. Menurutnya, dia pernah melihat Unicorn di wilayah Damota. Makhluk itu berukuran seperti kuda dan berwarna agak gelap. Beberapa orang portugis lainnya yang tinggal di negara itu juga melaporkan pernah melihat Unicorn sedang memakan rumput di sebuah bukit di daerah Namna.

Pada abad yang lebih moden, laporan penampakan Unicorn diceritakan oleh seorang pakar sains Sweden bernama Dr.Sparrmann. Pada tahun 1772-1776, ia melakukan penelitian di Good Hope dan menulis dalam  jurnalnya mengenai seorang lelaki bernama Jacob Kock.

Jacob yang pada itu melakukan perjalanan menuju Afrika bahagian selatan menemui batu-batuan yang berukirkan Unicorn. Batu-batu ini ternyata diukir oleh suku setempat yang bernama Hottentots. Berdasarkan wawancara beliau dengan anggota suku tersebut, diketahui Unicorn sesungguhnya telah dikenali dengan baik diantara suku Hottentots. Warga suku tersebut mengatakan Unicorn memiliki bentuk seperti kuda dengan satu tanduk di kepalanya. Makhluk ini juga boleh berlari dengan sangat pantas.

Kisah yang diceritakan Dr.Sparrmann kemudian mendapatkan pengesahani dari kisah lain yang diceritakan oleh Mr.Henry Cloete pada tahun 1792 kepada akademi ilmu pengetahuan Selandia Baru menjelaskan, mengenai pengalaman Gerrit Slinger, salah seorang anggota suku Hottentots yang sedang berperang dengan suku Bushmen, menjumpai sembilan Unicorn dan menembak salah satunya. Menurut Slinger:
"Makhluk itu menyerupai seekor kuda dengan warna abu-abu terang. Di bawah rahangnya ada garis putih. Ia juga memiliki satu tanduk yang tumbuh tepat di tengah kepalanya. Kepala makhluk ini seperti kuda dan ukurannya pun kira-kira sama."
Mr.Cloete juga menegaskan kalau haiwan ini telah disahihkan kewujudannya oleh suku Hottentots. Walaupun mungkin tidak sama seperti gambaran yang kita lihat di buku-buku fiksyen, makhluk bertanduk satu menyerupai kuda ini benar-benar pernah wujud di dunia!

Elasmotherium
Tentu saja sebahagian pengkaji akan tetap menolak kewujudannya dan menganggap Unicorn hanya sebagai makhluk rekaan atau makhluk mitos seperti naga. Mereka percaya jika Unicorn itu mungkin makhluk yang disebut Elasmotherium, seekor badak Eurasia yang sudah pupus jutaan tahun yang lalu.


Walaupun dikatakan telah pupus jutaan tahun yang lalu, peliknya di beberapa suku purba di dunia ada legenda mengenai haiwan besar yang berambut yang berbentuk seperti sapi dengan satu tanduk besar di kepalanya, sama seperti Elasmotherium. Legenda-legenda suku ini mempercayai ia dasar pembentukan legenda Unicorn moden. Namun, apakah Elasmotherium dilihat memiliki badan seperti kuda seperti apa yang diterangkan oleh para penulis kuno? Kalau begitu mungkinkah di luar sana masih terdapat haiwan misteri yang kita kenali dengan sebutan Unicorn

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...