Lembah Bunga-Bungaan di India


Taman Nasional Lembah Bunga adalah sebuah taman kebangsaan di India, terletak di dataran tinggi Himalaya Barat. Terkenal kerana kepelbagaian jenis bunga alpine endemik dan keindahan alam yang luar biasa terletak di negeri bahagian Uttarakhand. Daerah yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna ini juga menjadi habitat bagi spesis haiwan yang jarang dijumpai dan haiwan yang diancam kepupusan seperti beruang hitam Asia, harimau bintang salji, beruang coklat dan biri-biri biru.

Lembah Bunga adalah lembah yang berada di ketinggian Himalaya. Para pendaki dan juga ahli botani menggambarkan lembah itu luar biasa indah, telah wujud sejak seabad lebih, bahkan dalam mitologi Hindu, keberadaan lembah ini sudah ada dinyatakan sejak zaman dahulu kala.

Lembah Bunga ini diwarnai dengan berbagai-bagai warna bunga tatkala bunga berkembang mekar dam memberikan kepelbagaian corak seiring dengan berlalunya masa. Lembah Bunga ini diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1982 dan sekarang merupakan Tapak Warisan Dunia di bawah seliaan UNESCO. Penduduk tempatan telah sekian lama mengetahui kewujudan Lembah Bunga tersebut dan mereka mempercayai bahawa tempat tersebut di diami oleh para pari-pari.





0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...