20 Fakta Menarik Tentang Lipas




1-Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha

2-Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow

3-Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus

4-Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup

5-Lipas mempunyai darah berwarna putih

6-Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.

7-Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang
beratnya adalah 50gram

8-Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia

9-Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina

10-Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho

11-Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan
angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.

12-Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani

13-Lipas ada gigi di dalam perutnya

14-Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu

15-Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat

16-Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula

17-Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung

18-Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho

19-Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam

20-Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

0 comments:

Post a Comment

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...