Tahukah anda, sepanjang hidup Pemimpin Agung Korea Utara ini, beliau  mempunyai pelbagai rahsia dan penipuan! Jom tengok rahsia dan fakta Kim  Jong-il disini.

Kim  Jong-il mempunyai lebih 50 nama gelaran untuk dirinya. Antaranya  seperti, "Respected Leader", "Dear Leader" dan "Glorious General Who  Descended From Heaven".

Kononnya,  ketika Kim Jong-il dilahirkan, terdapat sinaran pelangi-berkembar dan  burung yang meramalkan kelahirannya di kawasan terpencil Pergunungan  Paektu.

Kim  Jong-il amat gemar memakan daging keldai panggang! Pernah juga satu  kisah dahulu beliau mengimport 12 ekor arnab gergasi untuk diternak,  namun kemudiannya menjadi makanan untuk dirinya.

Kim  Jong-il mempunyai kuasa rahsia dimana beliau mampu mengawal cuaca, dan  kadang-kadang juga cuaca bertindak balas bergantung kepada perasaan  dirinya.

Kim  Jong-il mempunyai fobia terhadap penerbangan udara seperti bapanya.  Jadi beliau akan cuma melakukan perjalanan menggunakan keretapi kebal  peribadinya.

Kim  Jong-il mempunyai minat yang gila terhadap wain dan menghabiskan  sebanyak USD$700,000 setiap tahun untuk membeli arak Hennessy dan wain  dari Perancis.

Kim Jong-il tidak pernah membuang air besar!

Kim  Jong-il pernah menculik dua orang pengarah file ternama Korea Selatan,  untuk dipaksa menghasilkan sebuah filem tiruan kepada filem Godzilla,  pada tahun 1978.

Kim  Jong-il amat cerewet pada makanan! Nasi yang dihidangkan akan  diasingkan mengikut butiran beras, dan setiap butir beras mesti  mempunyai berat, saiz,warna dan ukuran yang betul.

Kim  Jong-il membuat kenyataan pada tahun 2004 kepada rakyat Korea Utara,  beliau telah menghasilkan menu makanan baru yang dinamakan 'Hamburger'.  Ini dikatakan sebagai usahanya untuk menghapuskan pengaruh kapitalis US.

Ketika  berumur 5 tahun, abangnya, Kim Shu-ra telah maut mati lemas dalam kolam  renang, dan menurut laporan, Kim Jong-il adalah punca dan pembunuh  abangnya itu.

Kim Jong-il mendakwa dirinya sebagai Pakar Internet dan kononnya seorang Hacker komputer yang berbakat.
 sumber : borakkosong.net

0 comments:
Post a Comment