Peluru yang Boleh Mencari Sasaran Dengan Automatik

 


Peluru yang boleh memandu sendiri telah dibangunkan oleh penyelidik keselamatan negara Amerika Syarikat untuk digunakan secara meluas oleh tentera.

Penyelidik ketenteraan AS itu telah membangunkan teknologi yang akan melihat askar tentera biasa menembak dengan ketepatan penembak tepat (sniper).

Malah peluru empat inci panjang seperti dart itu sangat berkesan dimana ia boleh mencapai sasaran, dipandu oleh laser, dua kilometer jauhnya.

Ia berfungsi melalui sensor optik dalam hidung peluru yang mengesan cahaya laser pada sasaran.

Sensor kemudian menghantar maklumat kepada bimbingan dan kawalan elektronik yang menggunakan algoritma untuk mengira arah.

Peluru kemudian memandu sendiri, melalui sirip kecil, ke arah sasaran.

"Kita boleh membuat pembetulan 30 kali sesaat," kata penyelidik Red Jones.

"Ini bermakna kita boleh perbetulkan, jadi kita tidak perlu tepat setiap kali."

[BBC News]

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...