Kapal Layar RM45 juta




MODEN... kapal layar Adastra dianggap binaan membawa ciri era angkasa lepas.


AKTIVITI perkapalan kini memasuki era baru dengan terbinanya kapal layar mewah bernilai AS$15 juta (RM45 juta) yang memakan masa lima tahun untuk disiapkan.

Dianggap satu daripada kapal layar paling mengagumkan di dunia, Adastra sepanjang 42 meter itu pasti menarik perhatian sesiapa saja ketika ia dilancarkan secara rasmi di China beberapa hari lalu.


Ditempah Anto dan Elaine Marden dari Hong Kong, Adastra adalah hasil ciptaan daripada perancangan dan pembinaan selama lima tahun. Ia dilihat satu-satunya kapal layar yang mampu mencabar koleksi bilionair Russia, Roman Abramovich.


Foto

BENTUK UNIK... pandangan belakang Adastra.


Foto

SEDIA BERLAYAR... selepas melalui tempoh lima tahun merancang dan membina, Adastra berjaya disiapkan dan bersedia untuk berlayar di laut.


Foto

SERBA MEWAH... kemasan di ruang dalam Adastra.



Adastra dibina hasil ilham pereka kapal layar terkenal di dunia yang berpangkalan di Sussex Barat, John Shuttleworth. Ia dibina dengan lebar 16 meter dan berat 52 tan.


Kata Shuttleworth, pembinaan Adastra memerlukan kajian terhadap konsep trimaran yang lebih canggih berbanding yang pernah ada sebelum ini.


“Cabaran mengubah konsep ini menjadi kapal layar mewah memaksa saya membuat kajian lebih dalam bagi membangunkan pemikiran baru mengenai kestabilan dan keselesaan di laut,” katanya.

Badan Adastra dibina daripada kaca dan Kevlar. Saiznya membolehkan kapal layar berkenaan memuatkan sehingga sembilan tetamu dan enam anak kapal.


Ruang dalam Adastra dipastikan selesa dan membolehkan penghuninya menikmati pemandangan indah di sekeliling, manakala kokpit terbuka dipasang sofa di kedua-dua sisi.

Dek terbuka di bahagian belakang pula menyediakan landasan untuk penghuninya mandi.


Kelajuan maksimum Adastra boleh mencecah 22.5 knot dengan jarak sejauh 4,000 batu nautika (7,408 kilometer) pada kelajuan 17 knot. Jarak itu mencukupi untuk perjalanan dari United Kingdom ke New York.


Majalah Boat International berkata, Adastra boleh mendorong pembinaan kapal layar untuk jarak jauh yang lebih efisyen pada masa depan.


sumber : harianmetro.com.my



Sebagai langkah keselamatan, Adastra dipasang dengan sistem pemantauan kapal dan boleh dikawal dengan seunit iPad Apple dalam jarak 50 meter.


Adastra digerakkan dengan seunit enjin Caterpillar C18 yang memiliki kekuatan 1,150 kuasa kuda dan dua unit Yanmar 110 kuasa kuda.


Di ruang dalam Adastra dibina kawasan lounge, meja makan dan pusat kawalan. Pusat kawalan utamanya - mempunyai dua tempat duduk - berada di kawasan lebih tinggi di antara dek belakang dan kawasan rehat.


Ia adalah sebahagian daripada rasuk lintang yang membentuk Adastra.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...