Makanan Dan Minuman Penguat Syahwat



1. Rebung: Buatlah masakan untuk sebarang jenis masakan.

2. Kobis: Dimakan mentah atau dijadikan ulam.

3. Ubi Merah: Dimakan mentah, boleh juga dimasak sebagai sayur atau direbus jadikan sup dicampur
dengan halia dan bawang merah. Selain itu, ubi kentang juga sejenis ubi penguat syahwat.

4. Lobak Merah: Dijadikan jus minuman atau dimakan mentah. Baik untuk syahwat.

5. Jintan Manis dan Kayu Manis: Dicampur dalam masakan, terutama sup atau rebus dijadikan air minuman. Diminum sewaktu suam, elok dicampur madu lebah.

6. Kaki Itik atau Kaki Ayam: Direbus, kemudian dimasak dan disejukkan dan diambil minyak atau lemaknya dicampur ke dalam sup. Atau kaki ayam atau itik dijadikan sup dan dicampur halia, bawang merah, lada hitam, bawang putih. Jadikan amalan harian.

7. Ayam Kampung: Bahagian ayam paling berkhasiat bagi menguatkan syahwat ialah kulitnya, kepaknya, hempedal, kaki dan cenonggeng (disebut juga buntut ayam).

8. Halia: Elok dijadikan sebagai bahan campuran setiap masakan terutama masakan sup atau sayur rebus.

9. Buah Badam: Baik diamalkan kerana amat mustajab menguatkan syahwat. Caranya ambil 7 biji dan ditumbuk dan dicampur dengan susu lembu atau susu kambing di minum setiap pagi. Buah badam juga boleh dimakan mentah atau digoreng. Dimakan sebanyak 7 biji sehari.

10. Ekor dan Cenonggeng (Buntut): Kalo binatang seperti lembu atau kerbau ekornya sangat bagus dimasak sup. Berkhasiat menguatkan syahwat.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...