Meteora : Bangunan Biara Di Puncak Gunung Batu Athos, Greece


Meteora (bahasa Yunani: Μετέωρα) adalah salah satu kompleks biara Ortodoks Timur yang terbesar dan terpenting di Greece atau bahasa silamnya adalah Yunani. Terdapat enam biara di sini dan kesemuanya dibina pada puncak sebuah gondolan bukit batu terjal semulajadi di Thessaly, Greece Tengah. Bandar yang paling berdekatan dengan kompleks ini adalah Kalambaka. Meteora merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Melihat gambar-gambar kompleks biara ini, pasti anda akan berasa sangat takjub. Bagaimanakah sebuah kompleks biara boleh berdiri di atas puncak gondolan bukit batu yang terjal iaitu sebuah gondolan tanah yang naik menegak dari paras tanah seakan ia adalah sebatang tiang yang dipacakkan di atas tanah. Pasti akan terbayang betapa sukarnya pembinaan kompleks biara ini, padahal usianya sudahpun mencecah ratusan tahun. Pasti juga terbayang teknologi apakah yang digunakan untuk membina bangunan² biara ini yang bahan² binaannya perlu diangkut dari bawah yang sangat curam?


Terdapat enam buah biara di kompleks ini. Ia berada di kawasan Thessaly, berhampiran dengan Sungai Pineios iaitu berada di pinggir barat laut Greek Tengah. Apa yang cukup menarik tentang kompleks ini adalah laluan untuk menuju ke biara tersebut yang sangat sukar pada suatu masa dahulu. Kononnya pada masa dahulu kala, untuk pergi ke biara tersebut perlu menggunakan sebuah peralatan seperti jala bagi tujuan menaik dan menurunkan barang, termasuklah manusia. Maka oleh yang demikian, kekuatan hati dan kepercayaan diri amatlah diperlukan untuk menjejakkan kaki di kompleks biara berkenaan.

Para pertapa pada abad ke 11 Masihi sering mengasingkan diri dengan cara menghuni gua/ceruk yang berada di lereng² bukit batu terjal tersebut yang ketinggiannya mencapai sehingga 50 meter. Namun sejak kebelakangan abad ke 15, barulah para pendita aka pertapa mulai membina pelbagai biara di puncak bukit yang terjal berkenaan. Sudah semestinya untuk keluar masuk ke biara itu hanya boleh dengan menggunakan bakul besar atau jala yang ditarik dari puncak bukit batu terjal tersebut.

Itulah Meteora! Ia wujud jauh di tengah-tengah daratan Greece. Ia berada pada salah satu puncak bukit bukau batu karang di kaki pergunungan Pindos. Bukit bukau ini naik menjulang tinggi seolah-olah terdapatnya sekumpulan stalakmit bersaiz mega yang mendongak naik dari dasar lembah Thessalian yang subur.


Biara-biara tersebut tampak cantik berlatar belakangkan bukit bukau di lembah Thessalian itu. Benteng tanah merahnya yang kontra dengan warna dinding bukit batu karangnya yang lebih menonjolkan warna kekelabuan menyerlahkan lagi suasana indah permainya. Pandangan dari atas bukit ke arah dataran rendah pula dipenuhi oleh perpohonan, jurang dan beberapa kawasan perkampungan. Sungguh luar biasa keindahannya sehingga Meteora disebutkan sebagai salah satu tempat yang paling mempesonakan yang wujud di bumi.

Di dalam biara pula terdapat banyak old icons, lukisan dinding, ukiran kayu berlapis emas dan pelbagai artifak kuno yang bernilai tinggi lainnya. Namun amat sayang sekali kerana pada masa Perang Dunia II, tentera Nazi telah menghancurkan banyak biara antik dan bersejarah sehinggakan daripada 24 biara kuno yang pernah didirikan di situ pada suatu masa dahulu, kini hanya tinggal enam biara sahaja yang masih boleh dihuni dan telah dijadikan sebagai muzium.


Ironinya, seorang produser filem James Bond rupa²nya telah tertarik pada tempat yang unik dan cantik ini sehinggakan beliau memilih sebuah biara yang bernama Agia Triada (Holy Trinity) Monastery untuk dijadikan sebagai lokasi pembikinan filem "For Your Eyes Only" yang diperanan utamakan oleh Roger Moore.

Namun kini usaha untuk melawat biara-biara tersebut tidaklah sesukar dahulu lagi kerana telahpun dibina sebatang jalan untuk menuju ke Meteora terbabit. Malah telah dibina sebuah tangga pada dinding tebing bukit batu terjal tersebut sehingga tetamu boleh naik ke puncak bukit untuk sampai dengan selamat ke bangunan biara berkenaan. Meteora juga telah diletakkan sebagai tapak "Unesco 's World Heritage", dan kini berjuta-juta pelancong dalam dan luar negera boleh datang ke Meteora yang dikatakan sebagai "One of the Most Amazing Places in Greece" atau "One of the Most Spectacular Places to visit in Greece".

 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...