Keranda Tergantung Milik Suku Kaum Saganda

Masyarakat suku kaum sagada di Filipina telah mengamalkan upacara pengebumian mayat dalam keranda tergantung sejak 2000 tahun lalu. Tradisi ini muncul kerana kepercayaan suku kaum Sagada tentang kehidupan selepas kematian.

Menurut kepercayaan mereka,seseorang yang meninggal dunia perlu dipersiapkan tempat persemadian yang tinggi supaya roh mereka mudah menghampiri syurga. Justeru, itulah dinding bukit batu kapur menjadi tempat yang sesuai untuk menggantung keranda yang berisi mayat kaum Sagada.


 contoh keranda yang diukir

Bagaimanapun, bagisesetengah penduduk, mengabadikan mayat orang tersayang di dinding bukit batu kapur merupakan satu cara untuk memperingati dan menjaga khazanah bangsa untuk tempoh yang lama. Sebab itulah, sebelum upacara pengebumian dilakukan, keranda terlebih dahulu diukir dan beberapa ritual dilakukan supaya roh tenteram dan aman.

Kadang kala, sewaktu upacara ini berlangsung, ada tulang termulang si mati retak dan patah lalu jatuh bertaburan di bawah lantai batu kapur. Keadaan itu menyebabkan ada dikalangan pelancong menjadikan tulang temulang itu sebagai cenderahati yang cukup berharga sewaktu melawat tapak perkuburan tergantung ini.



Disebabkan terlalu lama berada di dinding batu kapur, ada sesetengah keranda sudah mula diseliputi stalaktit. Lama kelamaan, keranda itu akan menjadi sebahagian daripada dinding batu kapur.
Sagada adalah sebuah daerah terpencil yang terletak kira-kira enam jam perjalanan atau 12 jam pada musim hujan dari Pulau Luzon ke Banaue, utara Manila. ~cima~




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...