Kisah John Titor Si Pengembara Masa

 
Ini adalah sebuah cerita berkaitan manusia yang bernama John Titor bersama mesin masanya yang mampu mengembara merentasi masa dan zaman untuk tujuan² tertentu di bawah kawalan pihak berkuasa ketenteraan Amerika Syarikat. Sebuah kisah fitnah akhir zaman untuk memusnahkan nilai² keagamaan. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda akan datang suatu masa manusia akan didengarkan perkara² yang tidak pernah didengari sebelumnya.


Alkisah John Titor Dan Mesin Masanya


Beberapa tahun lalu, muncul sebuah topik tentang seseorang yang mengaku sebagai pemgembara masa telah menggoncang forum² internet. Ia menggelarkan dirinya sebagai John Titor iaitu seorang Tentera AS pada tahun 2036, yang membawa misi khusus melintasi masa untuk ke zaman 1975 Demi mengambil dan menyelamatkan komputer portable pertama di dunia IBM 5100.

Mendengarnya seolah-olah kisah fiksyen sains, namun John Titor akhirnya menjadi perdebatan paling spektakular dan kontroversi sejak tahun 2001 hinggalah sekarang! Ia menjadi lagenda di dunia maya, kerana informasi yang diberitahunya mengenai masa depan (Abad 21) sebahagiannya telahpun dibuktikan benar² terjadi. Dan ketika pada awal 2001, John Titor kembali ke zamannya iaitu era 2036.

Informasi yang dibawa oleh John Titor itulah yang sangat menggemparkan dunia maya kerana telahpun satu persatu berseiringan dengan perjalanan masa, apa yang diperkatakan olehnya mulai terlihat kebenarannya. Ia juga memuat baik skema mesin waktu yang digunakannya untuk memberitahu tugasnya dan menyebarkan formula ilmiah mesin tersebut di forum² internet.

Siapakah John Titor? Beliau mendakwa bahawa telah lahir pada tahun 1998 di Florida, AS dan beliau juga mendawa bahawa telahpun berjaya menjalankan misinya untuk kembali ke tahun 1975 demi mengambil PC IBM 5100 dikeranakan PC itu memiliki program bahasa unix yang tidak pernah lagi digunakan pada komputer generasi sesudahnya.

Menurut John, semua sistem unix akan menghadapi “time error”pada tahun 2036 dan disebabkan itu IBM 5100 itu sangat penting bagi mereka. Ketika perdebatan hangat itu sedang terjadi tentang kebenaran kewujudan pengembara masa, pernyataan John Titor kemudian diakui kebenarannya oleh pihak IBM. Mereka kagum kerana ketika PC IBM 5100 sedang dicipta pada tahun 1975, hanya 5 orang sahaja yang berkemampuan untuk memecahkan bahasa unix pada komputer itu. Maka dari manakah John dapat mengetahui rahsia itu?

John mengakui mesin masa yang digunakannya adalah daripada model C204 iaitu sebuah mesin masa ciptaan mini dengan kapasiti muatan 3 orang untuk merentasi masa. Mesin itu adalah hak milik tentera AS pada tahun 2036, dan kewujudan mesin masa pada zaman itu bukanlah dilihat sebagai suatu barang aneh walaupun ia dianggap sangat eksklusif. Model lain yang lebih besar adalah daripada jenis C206 buatan General Electric (GE) yang mampu memuatkan penumpang sehingga 7 orang dalam satu-satu masa. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksimum 60 tahun ke masa silam dengan kecepatan 10 tahun per jam!


Keratan Rentas Reka Bentuk Mesin Masa John Titor
Walaupun misinya adalah ke tahun 1975 namun John Titor singgah sebentar ke tahun 2000 iaitu pada 2 November 2000 hingga ke 24 March 2001 untuk urusan peribadinya iaitu melawat ahli keluarganya untuk beberapa bulan. Setelah itu beliau kembali semula ke tahun 2036 dengan meninggalkan sejumlah maklumat penting tentang masa depan!


Di antara maklumat-maklumat yang telah diberitahu oleh John Titor di dalam forum internet yang dikunjungilah adalah:

1. John Titor memberitahu bahawa prinsip asas mesin masa itu telah diusulkan oleh CERN iaitu sebuah asosiasi riset partikel atom dan nuklear dalam 20 negara Eropah yang berpusat di Geneva, Swiss. Menurut John pada tahun pertama kerja pembinaan mesin masa adalah bersifat seperti “black hole” mini yang menyedut partikel fizik (jasad/objek) ke suatu masa atau zaman yang telah ditetapkan.

Faktanya: Pada tahun 2001, CERN telah menghebahkan eksperimen spektakular Large Hadron Collider (LHC) dan Relativistic Heavy Ion Collider (RHIC) iaitu dua buah mesin yang mampu memancarkan tenaga berkekuatan dahsyat, dan eksperimen anti objek yang telah menghasilkan sesuatu yang kelihatannya seperti “black hole” mini buatan yang mampu menyedut setiap objek di dalam jangkauannya.

2. John Titor mengatakan akan terjadinya sebuah peristiwa yang menggemparkan di AS pada tahun 2001 yang dikenali sebagai 9/11. Berkaitan dengan bencana di dua buah bangunan pencakar langit dan peristiwa itu telah menjadi dasar pengemuman perang terbuka terhadap pengganas di seluruh dunia oleh AS.

Faktanya: Pada 11 September 2001, WTC di New York telah dihentam dengan dua buah kapal terbang komersial yang ditawan pengganas yang menyebabkan berlakunya tragedi yang paling berdarah dalam serangan pengganas di AS dan dunia. Sesuatu yang dihubung kaitkan dengan jaringan Al-Qaeda. Dan AS melancarkan serang balas terhadap segala bentuk keganasan dan jaringan yang berkaitan dengannya.

3. John Titor memberitahu akan terjadi sebuah lagi serangan ketenteraan AS ke atas Iraq dengan alasan terdapatnya senjata pemusnah massal di sana. Namun itu lebih merupakan tindakan politik kerana senjata pemusnah yang didakwa AS itu tidak pernah ditemui di Iraq.

Faktanya: Ketenteraan AS dan pasukan multinasional tali barutnya telahpun melakukan serangan ke atas Iraq sekitar March 2003.

4. John Titor menginformasikan akan terjadinya suatu bencana besar yang memusnahkan ratusan ribu nyawa pada akhir tahun 2004.

Faktanya: Gempa bumi yang diikuti gelombang tsunami telah membadai beberapa kawasan Asia pada Desember 2004, dengan jumlah mangsa yang mencapai angka ratusan ribu nyawa di beberapa buah negara Asia dan yang terburuk adalah di wilayah Aceh – Nias, Indonesia.

5. John Titor mendakwa pula bahawa akan terjadinya perlanggaran meteorit di atmosfera bumi daripada objek dari luar angkasa selama lebih daripada satu dekad di Bumi.

Faktanya: NASA dan beberapa badan astronami pelbagai negara lainnya ada melaporkan tentang sebuah kejadian hujan meteor dan perlanggaran meteorit ke dalam atmosfera Bumi yang dimulakan dengan kehadiran komet yang melintasi bumi pada tahun 1998 yang telah memperlihatkan cakaran hujan meteor yang dijangka terus berlaku hinggalah ke tahun 2032. Dilaporkan juga terdapat ancaman perlanggaran dan hentaman asteroid kecil dengan atmosfera Bumi mulai tahun 2008 hingga ke tahun 2032 akibat lintasan perputaran orbit Bumi merentasi ke inti sabuk asteroid di sistem suria.

6. John Titor juga berkata tentang Alien dan UFO yang masih juga terus menjadi misteri pada zamannya . Tetapi pemahaman tentang mahluk luar angkasa itu didakwanya semakin boleh diterima akal akan kewujudannya. Beliau mendakwa alien juga barangkali adalah pengembara masa dari dimensi atau galaksi lain kerana beliau membuat andaian bahawa jika manusia mampu merentasi masa sepertimana dirinya maka adalah tidak mustahil terdapat makhluk lain yang lebih maju dan kehadapan teknologi dan ilmu sainsnya untuk berbuat sepertimana yang dilakukan manusia.

7. John Titor juga sempat untuk memberitahu tentang ramalan kalendar suku kaum Maya yang dijangkakan akan berlaku kiamat pada tahun 2012 sama ada ia adalah benar atau tidak. Akhirnya beliau menyifatkan bahawa sememangnya akan terdapat fenomena yang luar biasa dan unik serta aneh pada tahun 2012. Namun ia tidaklah terlalu menjejaskan manusia dan penghuni dunia lainnya dengan menekankan bahawa beliau sudahpun melalui peristiwa itu dan masih tetap hidup setidaknya untuk sampai ke tahun 2036!

Menurutnya, fenomena yang bakal terjadi pada tahun 2012 itu merupakan puncak fenomena alam yang pada saat ini (tahun 2001) ia sudahpun mulai terjadi. Tahun 2012 bukanlah kiamat sepertimana yag digembar gemburkan, tetapi apa yang terjadi ketika itu akan menyebabkan berlakunya satu malapetaka besar dunia yang akan mengorbankan banyak makhluk hidup. Fenomena itu amatlah berkaitan dengan peristiwa iklim, aktiviti tektonik dan gunung berapi yang ditandai dengan gempa-gempa yang berskala besarnya, taufan, badai dan tsunami.

Faktanya: Ketika ini (tahun 2009) telah banyak terjadinya gempa bumi, badai, hujan, banjir yang menelan banyak mangsa akibat berlakunya perubahan iklim dunia.

8. John Titor menyebutkan bahawa Perang Dunia III akan terjadi dengan hebat pada tahun 2015. Serangan senjata nuklearlah yang menjadi asbab utama terjadinya perang dunia ketiga itu yang menyebabkan Bumi mengalami kerosakan teruk seperti berlakunya pencemaran radioaktif hinggakan kehidupan pada masa depan adalah sangat membebankan dengan sumber makanan sihat yang sangat terbatas, stok air bersih yang minimum, dan cara jalani kehidupan yang amat susah akibat daripada kekurangan beberapa barangan asas.

Ini hanyalah sebahagian daripada informasi yang dikhabarkan oleh John Titor. Dan telahpun terjadi beberapa maklumat ini dikemudian harinya setelah John Titor mengucapkan selamat tinggal untuk kembali ke tahun 2036 di forum internet. Masih terdapat banyak lagi informasi lain yang disampaikan John Titor. Walaupun ada yang mengesyaki bahawa ini mungkin sahaja hanyalah sebuah cerita hoax namun maklumat² tentang masa hadapan yang telah disampaikan oleh John Titor telahpun disahkan benar-benar terjadi.

Ditambah pula dengan kehadiran campur tangan agen rahsia pemerintah AS yang ingin memburu John Titor justeru itu telah membuatkan ramai orang mempercayai bahawa kewujudan John Titor adalah benar! Beberapa orang saksi yang mendakwa pernah bertemu dengan John Titor mengakui mereka diinterogasi oleh agen-agen rahsia AS. Keluarga John Titor juga dilaporkan telah bergegas untuk berpindah rumah sebelum badai besar melanda Florida pada tahun 2001. Mungkin mereka sudah diberitahu John Titor tentang akan terjadinya badai tersebut. Dan pada masa kini maklumat seluruh keluarga John Titor telahpun dirahsiakan!


Beginikah Rupa Mesin Masa John Titor??

Mesin yang dikatakan mesin masa John Titor (dalam filem ke apa gambar ni diambil saya tak pasti) 

Perjalanan Waktu!


Idea dan konsep penjelajahan masa ini mungkin sudah hampir setua kewujudan peradaban manusia. Di dalam kitab kuno Mahabharatha terdapat sebuah pernyataan tentang Raja Reivata yang melakukan perjalanan ke nirwana untuk bertemu dengan Brahma. Sekembalinya ke Bumi dia berasa sangat terkejut kerana telah melepasi pelbagai zaman sejak kepemergiannya untuk berjumpa dengan Brahma.

Ditambah pula lagenda Urishima Taro dari Jepun yang berkisahkan tentang seorang nelayan yang telah menyelamatkan seekor kura-kura dan berkesempatan untuk berkunjung ke Istana Dewa Naga di bawah laut. Dia telah dijemput tinggal di istana itu untuk selama tiga hari, namun sekembalinya dia ke kampung halaman, dilihatnya nelayan² kampung halamannya itu berada tiga ribu tahun ke hadapan.

Apatah lagi dengan kisah misteri Segitiga Bermuda yang sangat aneh kerana dikatakan jika terdapat kapal laut atau kapal udara yang melalui kawasan itu, ia bakal ghaib tanpa dapat dikesan. Mengikuti sebuah teori berkemungkinan kapal-kapal itu juga telah termasuk ke sebuah dimensi yang lain.

Apa yang telah dinyatakan oleh John Titor berkaitan 'lubang masa' berkemungkinan ia adalah benar-benar wujud. Beliau ada menyentuh bicara berkenaan teori fizik quantum yang kemudiannya diperdalamkan dan dipraktikkan pada zamannya dan telah memberikan sebuah sumbangan yang amat besar untuk mewujudkan mesin masa.

John Titor juga menyatakan bahawa apa yang dilakukannya ketika kembali ke masa lalu tidak akan sesekali merubah masa depan pada zaman yang dihuninya. Menurutnya kehidupan pada tahun 2036 adalah berada pada suatu dimensi yang berbeza dengan dimensi yang kini sedang kita huni.

P/S: Bagi saya, kewujudan dimensi lain itu lebih kepada kewujudan alam lain seperti alam ghaib jin yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Kerana di Malaysia juga terdapat kisah manusia yang telah memasuki alam bunian. Mengikuti daripada penceritaan insan yang telah termasuk ke alam bunian itu, beliau mendakwa hanya berada di sana selama beberapa jam atau hari, namun sekembalinya beliau ke rumahnya, ahli keluarga dan kenalannya telah mendakwa bahawa beliau sudah hilang selama beberapa minggu atau tahun. 

Berkenaan John Titor, saya langsung tidak mempercayainya melainkan ini hanyalah sebuah lagi perancangan rapi golongan elit untuk membawa sebuah lagi teori ramalan baharu berkaitan ramalan masa hadapan yang sebenarnya mereka telah rancang bertahun-tahun lamanya sebelum mereka melaksanakan projek "Pengembara Masa-John Titor". DIHARAPKAN KESEMUA PEMBACA TIDAK MEMPERCAYAI RENCANA BERKAITAN KEWUJUDAN JOHN TITOR INI. Setelah tahun berganti tahun telah membuktikan bahawasanya sememangnya terdapat manusia² keji yang cuba membohongi manusia lain atas tujuan² tertentu di bawah perancangan New World Order. Cukuplah sekadar membacanya untuk mengetahui bagaimana terdesaknya "mereka²" itu untuk membohongi manusia terutamanya yang berpegang kukuh pada agama Islam. Allahuakhbar!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...