Mogadishu Antara Bandar Paling Bahaya di Dunia






 
 
 
 
 
BEBERAPA orang menaiki sebuah van untuk kembali ke kawasan perumahan di Bakara, Mogadishu pada Khamis lalu selepas para pemberontak kumpulan Al-Shebab berundur dari bandar ini.







MOGADISHU – Bandar Mogadishu di Somalia dianggap antara yang paling tidak selamat di dunia kerana kejadian tembakan curi yang dilepaskan oleh beberapa kumpulan militia yang saling bermusuhan kerap berlaku.
Kejadian tembakan curi itu berlaku selepas kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan Al-Qaeda, Al-Shebab melarikan diri dari bandar ini.
Kumpulan tersebut melarikan diri pada bulan lalu dari Mogadishu selepas kalah dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Somalia yang diiktiraf masyarakat antarabangsa termasuk Kesatuan Afrika (AU).
Namun, kumpulan itu memberi amaran akan melakukan serangan gerila di bandar ini seperti serangan bom kereta dan pembunuhan.
Walaupun kerajaan sementara Somalia kini menguasai sepenuhnya Mogadishu buat kali pertama selepas Perang Saudara berlaku pada 1991, para pemberontak masih mengawal bahagian selatan dan tengah Somalia yang kini dilanda masalah kebuluran.
Di bandar ini, kehidupan berlangsung seperti biasa dengan jalan-jalan raya sibuk dengan bas mini, orang ramai duduk minum teh di deretan rumah manakala penjaja menjual buah-buahan segar.
Pasukan pemantau media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menyenaraikan Somalia sebagai negara paling banyak kematian buat kakitangan media.
Seramai 23 kakitangan media mati sejak 2007. Jumlah itu tidak termasuk mangsa terbaharu iaitu kakitangan Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang mati ditembak manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 27, cedera di Mogadishu kelmarin.
Tembakan itu dilepaskan oleh kumpulan penyerang yang tidak dikenali.
Dalam kejadian itu, seorang pegawai keselamatan dengan tentera kerajaan yang disokong AU, Abdukarim Ali berkata, kakitangan media itu menaiki sebuah kenderaan dalam konvoi yang disertai bersama beberapa lelaki militia swasta yang kerap diupah oleh rakyat asing untuk melindungi ancaman penculikan di bandar ini.
“Lelaki-lelaki itu (kakitangan Bernama TV dan jurukamera TV3) ditembak dengan peluru semasa mereka berada di dalam kereta,” kata Abdukarim. – Agensi
sumber : kosmo

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...