4 Pantang Sewaktu Menyusukan Bayi


Anak Yang Menyusu Dengan Susu Ibu Lebih Manja.

Salam.
Susu ibu merupakan susu ajaib yang telah dianugerahkan Tuhan kepada anak melalui ibunya. Ia merupakan satu keajaiban kerana susu ibu mempunyai segala apa yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir untuk terus hidup sihat dan membesar.

Dan baru-baru ini, saya dapat tahu bahawa rasa susu ibu dipengaruhi oleh corak pemakanan si ibu, ada pakar mengatakan bahawa jika si ibu makan banyak buah oren, susu yang dihasilkan dari buah dada juga akan mempunyai rasa oren. Aha ... siyes ... bukan nak gelak2 ni .. tapi betul.

Oleh kerana itu, sangatlah penting buat ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka untuk segera prihatin dengan apa yang mereka makan, kerana secara tak langsung akan efek pada pemakanan bayi mereka.

Ambil panduan berikut supaya anak anda tidak menerima masalah atau kesan sampingan dek kerana anda yang makan ...

4 Pantang Sewaktu Menyusukan Bayi


Pil Perancang Kehamilan

Hormon estrogen dalam pil perancang boleh mengakibatkan ganguan kepada penghasilan susu ibu.
Decogestants
 
Ubat ini merupakan ubat untuk mengurangkan masalah selsema atau alahan. Pengambilan ubat ini ketika sedang menyusukan bayi akan menyebabkan pengurangan penghasilan susu ibu.

Alkohol
 
Bayi akan mendapat mudarat daripada tabiat meminum minuman beralkohol. Ia akan menjadikan bayi cepat letih.

Kafein
 
Bayi akan menerima kesan jangka panjang seperti suka marah dan sukar untuk tidur. Jadi, kurangkan atau sebolehnya tidak mengambil minum berkafein sewaktu menyusukan bayi.
 
 

Sumber: Majalah Pa&Ma

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...