Neelofa, Artis Cantik - Sekadar Hiasan |
Salam.
Bila sebut pasal kecantikan, yang menjadi sinonim dengannya adalah wanita. Wanita pasti dikaitkan dengan kecantikan. Ini adalah kerana sifat semulajadi wanta itu yang dianugerahkan kecantikan, dan yang menyukai kecantikan.
Wanita, saya boleh katakan sentiasa mementingkan kecantikan, baik kecantikan luaran dan dalaman. Mereka amat prihatin jika nak dibandingkan dengan lelaki. Kecantikan bagi wanita penting supaya kekal menawan, anggun dan menjadi tarikan.
Dan entri kali ini, saya khaskan buat wanita - dan kecantikan.
4 Tips Kekal Cantik Buat Wanita
- Menjaga Kecantikan Semulajadi - Kecantikan luaran dengan alat solek yang tebal semata mata tidak akan kekal lama. Gunakan masa utk perkara yang berfaedah dan tentukan objektif hidup anda, jgn banyak berangan angan. Tidur dengan cukup dan bangun awal pagi serta elakkan tidur di siang hari dengan tempoh yang lama.
- Menjaga Suara - Latih diri bercakap dengan nada yang lembut dan tidak terlalu kuat. Biasakan menggunakan perkataan seperti 'tolong serta minta maaf'. Jangan menggunakan perkataan yang tidak baik atau menyumpah seranah.
- Menjaga Kulit - Banyakkan minum air masak, makan buah buahan, sayur sayuran dan ulam ulaman segar. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Pilih sabun yang lembut dan tidak mengeringkan kulit.
- Menjaga Kehormatan Diri - Elakkan dari berkawan dengan orang yang salah. Jagalah diri sewaktu keluar dari rumah. Berpakaian sopan dan elakkan balik terlalu lewat ke rumah. Jaga maruah dah jangan bergurau keterlaluan dengan insan yagn berlainan jantina.
Semoga ia memberikan manfaat pada wanita semua
p.s: Kecantikan dalaman menyerlahkan kecantikan luaran ....
0 comments:
Post a Comment