Ikan Paling Berbisa di Dunia

 
Nak tahu ikan paling berbisa di dunia? Hmm inilah dia .. Ikan Batu (Stone Fish). Sekali pandang saling tak tumpah macam ikan kerapu je. Tapi ianya bukan. Ia ikan dengan bisa yang boleh mengancam nyawa manusia.


Ikan ini boleh dijumpai di lautan Indo-Pasifik, dan ada juga bukti ia bukan sahaja hidup di lautan tetapi sesetengan spesiesnya hidup di sungai. Ikan ini ada duri di sirip dorsal yang akan menegak ke atas bila merasa dirinya terancam.

Penyelam terutamanya sering terpijak ikan ini kerana rupa bentuk ikan ini yang seakan-akan batu. Seandainya terpijak, rawatan kecemasan yang boleh dilakukan selain menggunakan antivenom ialah dengan memanaskan bahagian terkena tusukan duri ikan batu ini. Gunakan air panas yang melebihi 40 darjah celcius dan tuamkan di tempat terkena racun.

Ia mudah didapati di perairan Australia dan juga Indonesia.

Sumber: Wikipedia

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...