Jodhpur, adalah bandar terbesar kedua di negara bagian Rajasthan, India. Terletak 335 kilometer (208 mil) barat dari ibukota negara bagian, Jaipur.Dulunya adalah ibukota kerajaan yang dikenali sebagai Marwar.Jodhpur adalah destinasi pelancongan yang popular, kerana ada banyak istana, tembok pertahanan dan kuil-kuil.
Kota ini dikenali sebagai "Sun City" kerana cuacanya selalu cerah sepanjang tahun. Kota ini juga disebut sebagai "Kota Biru" kerana banyak rumah bercat biru di sekitar Fort Mehrangarh.Jodhpur terletak di dekat pusat geografi negara Rajasthan, yang membuatnya menjadi tempat yang nyaman untuk dikunjungi oleh pelancong.Kota tua Jodhpur dikelilingi oleh tembok batu tebal.
Mengapa para penduduk mengecat rumah mereka menjadi biru? banyak orang yang tidak tahu mengapa alasannya. Namun sebagian besar percaya bahwa itu berhubungan dengan sistem kasta yang berlaku di India.Diperkirakan bahwa kelompok Brahmana adalah yang pertama kali mengecat rumah mereka dengan warna biru untuk menandakan kedudukan mereka dan membezakan mereka dari kelompok yang lain.
Tapi para penduduk pun mengikutinya, mereka mengecat rumah mereka juga dengan warna biru. Sampai sekarang warga Jodhpur tetap mempertahankan tradisi ini.Jika penduduk ditanya mengapa mereka mengecat rumahnya dengan warna biru, mereka menjawab kerana warna biru akan membuat rumah mereka menjadi sejuk dan bebas dari nyamuk.Ada juga yang menjawab warna biru akan menampilkan kesan riang dan sejuk ditengah-tengah gurun Thar yang sangat panas.
Pemandangan Kota Jodhpur dari Tembok Fort Mehrangarh.
Rumah bercat biru di dalam kota Jodhpur.
Rumah bercat biru di sekitar Fort Mehrangarh.
0 comments:
Post a Comment